Pelajaran Baru, Pengalaman Terbaru | 10 Pengalaman Otai Mengembara Berkereta



Pelajaran Baru, Pengalaman Terbaru| 10 Pengalaman Otai Mengembara Berkereta:

Assalamualaikum and hello... tamat dah cerita roadtrip hari tu tapi i'll do the hotel review later. Hope dapat membantu ketika merancang perjalanan anda. Ada tempat yang rasa nak repeat, ada juga yang nak dimasukkan jika berpeluang ke sana lagi di masa akan datang.

February trip giving me a new knowledge about travelling... cara berkonvoi, cara memberi arahan, idea, spirit and make new friends. Selama ini aku tak amik pot pun kalau orang kata kereta aku tu dah kecil... perlu kereta besar sebab dah lamalah... anak ramailah..bla..bla.. berada di kalangan mereka membuatkan aku rasa nak kembali masuk opis bekerja bersungguh-sungguh dan beli Alphard eh... Exora cukuplah heheh... selesa bawa anak-anak berjalan jauh. Anganan yang sehangat tahi ayam (ermm... lebih baik beli rumah).

Hari ni aku nak share cerita pengembara tegar melihat bumi ciptaan tuhan dan makhluk yang mendiaminya.


10 Pengalaman Otai Mengembara Berkereta:

1. Untuk membawa kenderaan ke China kita perlu apply permit at least sebulan sebelum travel. Permit tu pula hanya dibenarkan untuk menjelajah satu province sahaja.

Di border check-point kita perlu mengikuti kursus keselamatan jalanraya yang dijalankan oleh JPJ mereka. Bahasa pengantara bahasa cina pulak tu.... Mekanik mereka akan check everything, kalau ada leaking kena repair di situ juga.

Orang yang berumur melebihi 75 tahun TIDAK DIBENARKAN memandu di China.

2. Setakat ini pengalaman di pejabat imigresen Rusia yang paling teruk. Mereka nak ambil gambar pun kena exactly seperti dalam passport. Kalau dalam gambar tu kita tersenyum sikit, gambar terkini yang mereka nak ambil tu pun mesti sama hahaha.... jenuh. Teringat aku buat muka sengal masa ambil gambar untuk tiket masuk ke Angkor Wat tahun lepas hahaa...

3. Semasa trip ke Siberia mereka camping selama 25 daripada 65 hari kembara. Tidur dalam khemah semasa temperature dibawah 10C. Hebat!

4. Sandstorm sangat menakutkan, ingatkan nak hilang nyawa dah. Waktu itu dirasakan berada di dalam kenderaan adalah lebih selamat daripada duduk dalam khemah. Debu-debu halus itu pula boleh merosakkan kamera dan video..

5. Untuk shipping kereta ke London akan memakan masa selama 4 minggu. Borang Kastam DiRaja Malaysia dan agensi berkaitan perlu diisi dengan teliti ketika membawa masuk kembali kereta persendirian ke Malaysia. Jika salah isi kereta anda mungkin akan dianggap sebagai kereta import. Terbang beribu RM nanti membayar tax. Jaga-jaga, mereka efisien mengutip cukai.

6. Di kawasan high altitude photographic equipment mungkin akan bermasalah sebab suhu terlalu rendah. Kamera tak boleh on macam mana nak ambil gambar? Handphone bolehlah kepit celah ketiak.

7. Viagra ada kegunaan lain selain sebagai "ubat pemulihan dot dot dot..." tetapi kenalah mengikut dos tertentu dan TIDAK BOLEH diikuti dengan rokok atau alkohol.

8. Untuk perjalanan yang lama organizer akan menyediakan doktor, chef dan mekanik dalam setiap konvoi. Bagi trip kurang dari seminggu seperti ke Thailand ni hanya mekanik disediakan dan dia bertindak sebagai 'sweeper', kena drive belakang sekali. Cerita mereka, hari hari awal di Siberia chef memasak beberapa jenis makanan, meja siap beralas berhias. Lama-kelamaan chef pun semakin tak tahan sejuk, masak yang ringkas aje lagipun api susah nak menyala.

9. Jika anda perlu melakukan trekking/hiking silalah berlatih sebelum berangkat pergi.

10. Pengembaraan ke negara yang lebih jauh seperti Siberia, Amerika Selatan, Afrika contohnya, ditawarkan dalam bentuk pakej yang meliputi penginapan di lokasi tertentu, tour guide, insurans dan beberapa perkara lagi. Kosnya tinggi tetapi bagi golongan ini passion menjadi keutamaan. Sebab itulah participants berada dalam range umur 40-65 tahun dan established dalam kerjaya atau bisnes.


Bagaimana Mendapatkan Makanan Halal?

Jika ke Thailand tidaklah susah sangat mencari makanan halal terutamanya di wilayah selatan. Mungkin agak sukar di bahagian northeastern. Cuba cari roti di 7Eleven.

Di negara lain pula tipsnya carilah masjid. Dimana ada masjid di situlah ramai komuniti muslim. Sesetengah kenderaan ada fridge so bolehlah stock-up apa-apa yang patut. Paling teruk pun makanlah ikan atau sayuran sahaja.

Di dalam konvoi kami ni ada yang vegetarian so bolehlah merasa makanan yang mereka bawa. Selama ni aku ingatkan orang yang vegetarian makan sayur semata-mata tetapi sebenarnya ada baaanyakkkk pilihan sehinggakan di atas kapal di Alaska ada berbelas jenis makanan untuk orang yang tidak makan makanan berdarah ni. Masa pergi Terengganu tahun lepas, driver kami tu vegetarian so aku tanyalah, you vegetarian...tapi kenapa badan you lagi besar daripada I? hahah... memang nak balik jalan kaki. 

Ada dua jenis snek yang aku rasa, satu tu leper memanjang yang biasa India kacang putih jual tu.. satu lagi chevdo. Aku pernah makan chevdo tapi rasanya tak sama dengan yang 'cooked with love' ni.

Chevdo berasal dari Gujarat dan biasa disediakan sewaktu Indian celebrations like Deepavali. Di UK sana dipanggil Bombay Mix. Emping beras, kekacang seperti almond & dhal, ubi kentang, bijan, kismis digoreng berasingan bercampur daun kari sebelum digaulkan dengan chilli powder, garam dan kayu manis. Sedap weh! Kena makan sebalang baru syok.



Kawan Baru
Dapat juga berkenalan dengan June Yap, seorang businesswoman, artis, photographer dan entah apa-apa lagi kerjanya yang sudah mengembara ke banyak negara. June dikatakan seorang yang creative and able to adjust herself in the different form of art. June pernah membuat pameran karya seninya di Balai Seni Visual Negara. Tengoklah sebahagian hasil kerjanya dalam buku Odyssey of Arts yang menunjukkan kebolehannya menggunakan oil painting, ink painting, membuat floral arrangements dan ketajaman matanya dalam bidang fotografi.

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai karya seninya bolehlah emelkan kepada june.we2@gmail.com

 Reflections in Cuba

 Ink paintings


 Ethiopia, Africa

Peraturan Berkonvoi

Bila berkonvoi kenderaan akan ditampal dengan nombor dan setiap peserta perlu mematuhi convoy procedures at all times seperti:

1) Perlu memandu mengikut turutan nombor setiap masa dan tidak boleh memotong kenderaan peserta lain keculai dalam keadaan kecemasan.

2) Sentiasa memerhatikan kenderaan di belakang. Sekiranya ia semakin perlahan kenderaan di depannya juga perlu perlahan and allow them to catch up.

3) Sebelum memasuki simpang sila pastikan kenderaan di belakang melihat kita. Jika mereka masih jauh kita kena tunggu dulu di simpang tu.

4) Membenarkan kenderaan peserta untuk memasuki semula posisi konvoi bila-bila perlu. 


Patuhi juga convoy order sama ada loose, closed or tight convoy.


Okay, saya semakin pandai setakuk lagi. Sikit lagi nak capai CGPA 3.85.

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free