Menikmati Musim Sejuk di Haigeng Park dan Dianchi Lake

Menikmati Musim Sejuk di Haigeng Park dan Dianchi Lake | Inilah kali kedua aku berada dalam musim sejuk tanpa salji di negara orang. Sebagai typical Malaysian, berada di suhu dibawah 10c di waktu pagi walaupun tanpa salji adalah suatu keadaan yang kurang menyelesakan. Memang betul lebih selesa berjalan dalam keadaan yang sejuk berbanding panas berdebu namun memakai baju yang berlapis-lapis agak menyukarkan jugalah terutama ketika mahu bersolat.


WINTER IN KUNMING
Pergerakan kami setiap hari di Kunming, China, bermula lebih kurang jam tujuh suku pagi. Solat subuh jam 6.36 pagi... waktu di Kunming sama dengan Malaysia. Pukul tujuh pagi tu golap bumin laie di musim sojuk ni. Plan hari Ahad tu untuk ke Western Hills yang perlu melalui Haigeng Park dan Dianchi Lake. Aku tak study tentang transportion ke sana so ikut je lah ke mana the gegurls bawa.

Jika awak awak dan awak inginkan pemandangan dan suasana nyaman tanpa kesibukan kota eloklah book hotel/resort di kawasan Dianchi ni cuma mungkin mendapatkan makanan halal tu agak susah sikit, dalam 7km ke bandar. Oleh kerana Kunming ni bersuasana musim bunga sepanjang tahun bila bila pun kita boleh jogging di tepi tasik tu. Menurut kata passenger Air Asia sebelah aku, musim sejuk tahun ni tak berapa sejuk sangat, setakat 17c je di tengahari hari...tahun lepas 5c. Huh.. tu pun dah berhingus hidung ni.

Pokok sakura banyak ditanam di sepanjang sebelum sampai ke stesen bas tu. Kalau nak ambil buat kenangan petik dan terus kepit celah buku. Pandang kiri kanan dulu eh heheheh...

KEINDAHAN HAIGENG PARK
Haigeng (lake dike/beting Tasik Dianchi) terjadi akibat pasir dan lumpur yang ditolak ombak lalu membentuk beting panjang di antara kawasan dalam dan cetek.

Tebingan Haigeng ini sepanjang empat kilometer dengan kelebaran 40-300 meter. Di selatannya ada sebuah kolam renang asli yang dipenuhi pengunjung ketika musim panas. Musim panas pun tak berapa panas kot.

Di musim sejuk beribu burung camar singgah di sini. Pemandangannya sungguh mengasyikkan. Kalau tak takdelah mengulang ke situ lagi selepas the gegurls balik Malaysia. Berejam mengadap burung, nasib baik tak terkena beraknya.

Mari tengok gamabra-gambar yang aku ambil ni. Kalau tak berahi juga nak ke Kunming selepas tengok gambar-gambar ni memang aku kena banyakkkk belajar ambil gambar lagilah ni.





The gegurls... Cik Lat, Jie and Faizah. Di belakang tu Western Hill. Syok ooo naik cablecar and ropeway car. 


















INDAHNYA DIANCHI LAKE
Dianchi Lake ialah tasik air tawar yang berketiggian 1,886 dari paras laut. Dahulu ia dikatakan lebih cantik dengan air yang hijau tapi sekarang heavily polluted.

Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Yunnan dan keenam di China. Berbentuk bulan sabit, keluasaannya menghampiri 300km persegi dengan panjang sekitar 40km dan lebar 12km. Ia hanya berkedalaman 4.40 meter sahaja. Taklah dalam sangat tapi boleh lemas.

Dianchi Lake berada di kaki Western Hill manakala Daguan Park di utara.




AKTIVITI DI HAIGENG PARK
1. Di Haigeng Park kita boleh bersantai berjalan kaki atau menyewa basikal. Sangat hebat suasana di tepi tasik dengan burung camar yang berterbangan kemudian berebut mengambil makanan di tangan kita. Beburung ini terbang dari Baikal Lake di Rusia sejauh 5,000km!

Elok kita bawa sesiap roti/biskut sebab penjual roti tu jual 10 yuan sebungkus. Aku rasa biskut 20 yuan. Mahal gilos! Melampau mahal. Nak copek kayo agak eh.

2. While waiting for the gegurls yang melawat Yunnan Nationalities Village, aku lepaking di Haigeng Park yang sedang meriah dengan karnival kanak-kanak. Mak ayah siap bawa tikar dan khemah sambil melayan anak bermain. Dah anak seorang je ... bagai menatang minyak yang penuh lah kan? Meriah sungguh masa tu. Ada yang bermain layang-layang, melompat-lompat dalam buaian yang macam trampolin tu, memancing ikan dalam pond plastik dan macam-macam aktiviti lagilah.
 Di tempat orang ranting kering pun nampak cantik. Lebih cantik lagi ke sini di musim bunga. 

3. Kalau suka boleh naik cruise tasik selama sejam dengan hanya RMB80. Harga tanpa GST tu dah termasuk persembahan tarian daripada salah satu etnik minoriti Kunming. Tak bosan menonton mereka menari sebab rancak. Walaupun air tasik kurang cantik tetapi pemandangan di sekitarnya... Subhanallah! Pergilah weiii.... tengok sendiri ciptaan Allah. Selain Mekah dan Madinah, berziarah ke tempat lain pun dapat pahala jika betul niatnya. Tuhan tak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.


BAGAIMANA UNTUK KE HAIGENG PARK DAN DIANCHI LAKE?
Dari hostel kami di Jinbi Road tu, kami perlu menaiki bas no 74 (RMB2) yang akan terus hingga stesen terakhir. Kalau macam ni senang, yang lecehnya naik bas di China ni jika kita perlu turun di pertengahan jalan disebabkan masalah bahasa. English sangat minima. Bas no 74 ni akan melalui Xichang Road dan Dianchi Road dan berhenti di setiap bus stop. Senang. Stesen bas berada betul-betul di hadapan Dianchi Resort and Spa. Bas no 94 pun boleh.

Di bandar Kunming para penumpang tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan parkir bas (bus station), perlu menunggu atau turun di perhentian bas berdekatan. Di setiap bus stop ada dinyatakan bas-bas yang singgah di situ.

Jika dari Kunming Railway Station, sila naiki bas no 24 atau 44 (RMB8). Akan sampai di sana antara 30-40 minit. Turun saja dari bas teruslah berjalan mengikut anak panah tu atau ikut je kemana orang ramai tuju. Follow the crowd gituh. HP dan DL berada di satu tempat.

Sejak awal tahun 2015 Kunming Municipal Council telah mengumumkan Haigeng Park ticket-free. Ok jimat sikit.


Lepas pusing pusing ambil gambar aku pun duduk di bangku tepi padang tu. Tu dia.... punyalah sejuk walaupun matahari mencarak. Rasa macam duduk dalam peti ais! Nasib baik ada orang jual sate kambing dan tauhu bakar tabur cili kering, panas sikit badan.

Itulah serba sedikit yang pengalaman aku dan suggestions ketika berada HP dan DL. Hope you'll enjoy it too.


**Dah dah... jangan ingat aku banyak duit pulak melancong sampai ke China ni, tiket pergi balik naik Air Asia cuma RM187 jer. Tak kena fuel charge macam pergi Hangzhou tahun lepas.

3 comments

cantik2 semua gambar ni, seronoknya ke sana

musim sejuk best juga berjalan ya

pehh..

memang best kalau datang sini.

dapat dek anak aku, mesti dia gi kejar burung-burung tu semua.

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free