VIDEO : Cara yang betul meyembelih binatang korban menurut Islam



VIDEO : Cara yang betul meyembelih binatang korban menurut Islam | Hari ini adalah 12 Zulhijjah 1436H, bermakna hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum Maghrib esok untuk melaksanakan ibadah korban yang dituntut dalam islam.


Sumber di sini.

Umat islam yang berkemampuan digalakkan untuk menyembelih binatang ternakan kepunyaan sendiri atau dibeli sebagai tanda taatkan Allah. Binatang liar tidak sah menjadi binatang korban. Jika kita nak berkorban binatang seorang seorang rasa macam tak mampu kan? Berat juga sebab harga seekor lembu atau kerbau dah berapa ribu sekarang ni. Jadi solusinya kita pakat adik-beradik atau jiran sekambung untuk berkongsi membeli lembu, kerbau atau unta. Kambing dan bebiri tak boleh kongsi.

Itulah yang keluarga suami lakukan beberapa tahun lepas. Mereka adik-beradik collect seorang RM35 setiap bulan hingga cukup setahun. Maka dapatlah satu bahagian seorang. Nanti bila anak-anak aku dah bekerja (walaupun lambat lagi) aku nak suruh mereka buat begitu jugalah. Mulakan dengan berkongsi.

Harga dah naik eh, tak termasuk GST. Sumber di sini.

Sumber di sini

Sumber di sini.


TEMPOH DAN MASA BERQURBAN
Tempoh dan masa berqurban hendaklah dilakukan berdasarkan ketetapan yang berikut, iaitu: 

(a) Penyembelihan hendaklah dilakukan pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13. Qurban tidak sah dilakukan pada malam sebelum Hari Raya (10 Zulhijjah). Ia juga tidak sah dilakukan pada malam 14 Zulhijjah. 

(b) Penyembelihan dilakukan apabila berlalu masa dua rakaat solat sunat Hari Raya Adha serta bacaan khutbah. Sebagai contoh: Masa yang ditetapkan untuk solat sunat Hari Raya pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 9.30 pagi. Maka waktu berqurban bermula pada jam 9.30 pagi. 

(c) Penyembelihan yang dilakukan selepas tempoh tersebut, sama ada imam menunaikan solat atau tidak, sama ada orang berqurban menunaikan solat atau tidak, sama ada imam menyembelih haiwan qurban atau tidak, hukumnya adalah sah. 

(d) Waktu penyembelihan qurban berterusan siang dan malam (tetapi makruh dilakukan pada waktu malam) sehingga Hari Tasyrik yang terakhir (13 Zulhijjah) sebelum terbenamnya matahari. Bagi penyembelihan qurban yang dilakukan sebelum terbit fajar, maka hukumnya adalah tidak sah. 

(e) Penyembelihan qurban yang dilakukan selepas terbit matahari dan sebelum waktu solat sunat Hari Raya Adha adalah tidak mendapat pahala sunat dan tidak dikira sebagai ibadah.

Untuk lebih kefahaman dan syarat-syarat lain sila rujuk ke e-fatwa


Link video di bawah adalah cara penyembelihan binatang, korban atau tidak, menurut Islam. Beliau memberitahu:

1) Parang hendaklah yang super tajam

2) si tukang sembelih juga memberitahu di kawasan mana yang patut disembelih (ada sedikit perbezaan di antara unta dan lembu)

3) sembelih ketika binatang menghembuskan nafasnya supaya darah keluar dengan banyak untuk menghasilkan daging yang tidak berbau

4) dan sembelihlah dengan pantas supaya tidak menyiksa binatang.



***Pernah tengok tak video seorang mat saleh muslim yang merebahkan kambing untuk disembelih dengan doa? Tak melawan lansung kambing tu! 

***Kawan aku bercerita, masa dia di Wales dulu dia telah menjamu kawan non-muslim dengan daging halal. Kawan dia kata rasanya lebih enak. Kita tak tahulah betul ke tidak sebab kita tak pernah makan binatang yang tidak disembelih secara Islam.

Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.