KREN TUMBANG DI MEKAH, 107 MAUT



KREN TUMBANG DI MEKAH, 107 MAUT | Allahu... dugaan besar jemaah haji tahun 1436H. Dengan cuaca panasnya, ribut pasir, angin kencang dan semalam kren jatuh di kawasan saie.

 
Kejadian yang berlaku pada kira-kira 5.24 petang (10.23 malam waktu Malaysia) akibat kren di luar kawasan saie jatuh di kawasan tawaf di Masjidil Haram mengakibatkan serpihan bumbung dan sebahagian kren menimpa jemaah haji.
 
Menurut tv Al Jazeera kren tersebut jatuh di tingkat tiga bahagian timur masjid selepas hujan lebat dan ribut. Memang dua tiga hari ni Mekah dilanda ribut. Kawasan Masjidil Haram tu masih lagi dalam proses pembesaran untuk menjadikannya seluas 400,00 meter persegi untuk menempatkan 2.2 juta jemaah dalam satu masa.
 
Ribut petir bermula kira-kira jam 4 petang waktu tempatan membawa angin kencang yang mnyebabkan kejatuhan suhu daripada 42 kepada 25 darjah Celcius (107.6 kepada 77 darjah Farenheit), menurut pakar kajicuaca CNN.
 
Foto express
 
Foto voanews
 
Strong wind and rains reportedly uprooted trees and rocked cranes in the area around the Grand Mosque [AP]


 
Foto Liberty News.
 
Jika kejadian berlaku sejam selepas itu iaitu waktu solat Maghrib maka angka kematian dijangka akan lebih ramai lagi.
 
Foto itv
 
Setakat blogpost ini disiarkan, Pertahanan Awam Arab Saudi telah memaklumkan kejadian pada petang Jumaat 11 September 2015 telah menyebabkan 107 orang jemaah terkorban manakala 238 lagi cedera. Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, enam jemaah Malaysia yang terdiri daripada empat lelaki dan dua orang wanita cedera dengan seorang patah kaki. Lebih daripada 50 pasukan penyelamat dan 80 ambulans dikejarkan ke tempat kejadian.
 
Mari sama-sama kita doakan diampunkan dosa jemaah yang meninggal dunia dan yang cedera lekas sembuh supaya mereka dapat melaksanakan rukun wajib haji.
 
Ahli keluarga mangsa yang terlibat boleh menghubungi saluran rasmi Tabung Haji di 03-62071919. Untuk mengelakkan kesesakan talian aku rasa elok kita wakilkan seorang sahaja ahli keluarga yang menghubungi talian ini. Kesian staf Tabung Haji yang entah berapa ramai saja tu nak melayan ahli keluarga 23,000 jemaah. Bersabar dan bertabahlah. Jangan dengar khabar angin ya. 
 
 
Nota
Mungkin ada sebahagian daripada kita kecewa tidak terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini walaupun duit di Tabung haji dah cukup. Ingatlah setiap sesuatu itu berlaku ada sebabnya. Mungkin Allah nak elakkan kita terlibat sama dalam tragedi ini. Mungkin sebab badan kita tak mampu menanggung kepanasan bahang matahari di musim haji kali ini. Mungkin, mungkin dan mungkin.
 
Hanya Dia maha mengetahui.
 
 

Post a Comment

0 Comments