Japan’s Largest Volcano Mt. Aso Erupts, Forces Evacuation of Tourists



Japan’s Largest Volcano Mt. Aso Erupts, Forces Evacuation of Tourists | Mount Aso yang terkenal dengan aktiviti pendakian di kalangan pelancong telah meletus pada 14 September 2015 jam 9.50 pagi waktu tempatan. Berikutan letusan tersebut arahan larangan mendekati gunung berapi terbesar di Jepun itu telah dikeluarkan.

 
Letusan Gunung Aso yang terletak di selatan Pulau Kyushu telah meletakkan Jepun dalam keadan berjaga-jaga. Asap tebal dan debu panas berterbangan dari lokasi kejadian yang berdekatan Kumamoto, bandar ketiga terbesar di Kyushu dengan populasi seramai 730,000 orang. ANA Holdings Inc. telah membatalkan enam penerbangan yang memberikan perkhidmatan ke lapangan terbang Kumamoto manakala Japan Airlines Co. membatalkan empat penerbangan.

Sumber di sini
 
Sumber di sini
 
Agensi Meteorologi Jepun telah meletakkannya pada skala 3 daripada 5 dan memberi amaran kepada pendaki supaya tidak mendekati gunung berapi tersebut. Setakat ini tiada kecederaan dan kematian dilaporkan. Penduduk diingatkan akan bahaya asap gunung berapi dan jatuhan batu panas.
 
Kerajaan tempatan telah menetapkan 4km zon keselamatan di sekeliling gunung tersebut. Gunung Aso setinggi 1,592m telah mula mula aktif sejak Ogos 2014 dan semalam memuntahkan debu setinggi 2km ke udara tanpa tanda-tanda awal hingga menyebabkan sekurang-kuranganya 18 penerbangan dibatalkan. Ia merupakan gunung berapi aktif tetapi menjadi lokasi pendakian yang popular.
 
Jepun terletak di "Lingkaran Api" (Ring of Fire) dan memiliki lebih daripada 100 gunung berapi aktif di lingkaran yang berbentuk ladam kuda. Tahun lalu Jepun menghadapi kejadian letusan gunung berapi yang terbesar dalam 90 tahun yang menyebabkan 63 kematian apabila Mount Ontake meletus tanpa amaran di tengah Jepun.
 
Kyushu Electric Power Co yang memiliki Loji Nuklear Sendai menyatakan letusan tersebut tidak akan memberikan impak kepada loji nuklearnya yang terletak 160km selatan Gunung Aso.
 
 
Nota
Walaupun Malaysia tiada gunung berapi aktif tetapi kita berdekatan Sumatera yang sering menghadapi letusan gunung berapi dan gempa bumi yang sedikit sebanyak memberikan kesan juga kepada bangunan pencakar langit di negara ini, selain banjir dan tanah runtuh. Tak lupa, masalah jerebu yang kita hadapi saban tahun. Untung bebeudak dapat cuti hari ni.
 

Post a Comment

0 Comments