My China Trip- Shanghai Day 3 | Berjuta Tulips di Shanghai Flower Port


My China Trip- Shanghai Day 3 | Berjuta Tulips di Shanghai Flower Port | Tujuan ke Hangzhou di musim bunga dah tentulah nak tengok bunga sangat. Dengan cuaca yang sejuk dan nyaman memang waktu yang sesuai untuk berjalan. Selain spring musim lain yang sesuai ialah autumn, musim luruh. Masa tu dedaun semua bertukar kuning, coklat dan oren. Sangat cantik !


Hari ni aku berpindah ke hostel lain, SOHO International Youth Hostel yang lebih dekat dengan bandar. Kononnya kalau ada masa nak bergaul dengan orang lain pulaklah. Jangan silap faham ya hostel bukan sahaja disewa golongan muda tapi yang tua pun ada asalkan bersesuaian dengan matlamat masing-masing. Aku pun setakat sempat “hello” je dengan 2 orang mek saleh yang share dorm dengan aku. Itupun aku dah berselubung dengan duvet tapi mata tak mahu lelap, sejuk sangat. Pakai t-shirt lengan pendek je diorang tidur… aku berbungkus tangan dan kaki. Sejuk ooiii…. Pagi pun dah 13C. Time hujan ni lagilah sejuk.
 
Aku memang dah ada detail Shanghai Flower Port tu dan sejak di hostel yang sebelum ni dah bertanya dengan staf tu nacam mana nak pergi sebab semua line metro yang aku search menunjukkan sampai line 11 aje. Masalah bahasa dia nak menerangkan tu satu hal, satu masalah lagi apa yang dia tulis tu membuatkan aku lebih keliru. Tempat tu agak jauh dan mereka pun tak berapa familiar. Sudahnya pergi je sendiri, tawakal je lah.





 
Kepada yang belum tahu menggunakan sistem metro di sana, jangan risau sangat sebab ada versi English cuma kebih baik study dulu dari sini. Sebelum ke mesin tiket tu pun study dulu yang kat dinding tu. Kita kena pilih Line yang final.
Nak ke SFP naik subway Line 2 then turun di Long Yang Road lepas tu naik Line 16 ke Lingang Avenue. Itu takde hal dan aku pun menonong mengikut arrow yang menunjuk ke situ… tapi aku pelik jugak, takkan tak kena beli tiket lain? Hahaa… betul pun… nak keluar tak boleh so aku bagi tau le customer service person tu. Nasib baik tak kena denda hehee.. dia suruh bayar 6 yuan. Staf-staf subway semua baguslah dengan pelancong, manis je muka.
Sampai di Lingang Avenue kena naik shuttle bas pulak, 1 yuan. Senang je sebenarnya tapi memang suspens sikit sebab kalau kita bertanya je cepat-cepat menggeleng atau kata “NO”. Polis trafik pun tak dapat nak tolong oii. Cari yang muka muka student universiti tu mereka mungkin boleh membantu serba sedikit. Mereka ni sure akan cakap “I’m sorry, my English is poor….” tapi mereka akan cuba tolong sebab mereka nak belajar bahasa inggeris.

Di SFP aku ambil beratus gambar... akak seronok uolllsss. Nak tengok tulip free kat Hangzhou dah takde pulak so kenalah membayar 100 yuan di sini. Yang masih belajar tu jangan lupa bawa student card korang kemana-mana ye. You’ll get 50% discount! Yang nak tengok bunga tulip sila datang pada waktu yang ditetapkan. Di waktu lain bunga jenis lain pulak bersesuaian dengan musim.


 Romantiknya honeymoon di sini









Ya Allah, rasa nak tidur baring atas bunga-bunga tu. Rasa macam kat Keukenhof sangat adik kakak… dengan trench coat tu bolehlah kelentong orang nanti hahaa… hai entah bilalah nak sampai sana. Semoga dimurahkan rezeki kesihatan, masa, wang dan peluang. Kalau dapat pergi dengan percuma alangkah bagusnya. Kalau dapat ikut entourage memana mak datin best kot hehe..

Aku berjalan sampai sakit kaki. Punyalah luas tempat ni… itupun aku tak masuk muzium bunga tu sebab bimbang ditinggal bas. Letihnyalah haiii dahlah satu benda pun tak masuk dalam perut aku hari ni, takut masuk toilet punya pasal. Erkkk tak kuasa!


Itu burung apa bah? Murai. Burung apa bah? Murai.. Burung apa bah? Burung Murai sayang








Datanglah sini tengok bunga yang banyak tu. Buat family photoshoot ke memang ngamlah. Aku sampai sini pun sebab Tony Fernandes bagi tiket free tapi masa tu kena fuel charge 200 hengget pulak. Sesiapa yang booking tahun ni untunglah bayar tax aje.
Balik tu aku masih berusaha nak mencari masjid semalam dengan turun di Dijing’an Temple tapi tak jumpa jalan tu. Polis trafik pun menggeleng bila ditanya. Aku pun bila ternampak Nanjing Road teruslah berjalan mencari sesuap nasi. Aku kan lapar? Rupa-rupanya aku berada di West Nanjing Road dan nak sampai ke pedestrian walk ya rabbi rasa jauhnya memaksa kaki yang letih berjalan.

Hari ketiga di sini disebabkan berjalan kaki yang jauh tu aku dah dapat gambaran jelas di mana letaknya People’s Square yang aku kena scam tu, Madamme Tussaud dan sebagainya. Di bahagian barat Nanjing Road berderet high end boutique. Ko sebut je nak brand apa.. Ferrari, Gucci, Prada bla la bla… yang kaki shopping tu eloklah book hotel di Nanjing Road ni. Nanti aku blogkan restoran makanan halal di Shanghai pulak.
Oleh kerana tak berjumpa kedai yang menjual sate kambing jadi aku pun masuklah kedai muslim semalam. Main tunjuklah kat gambar, nampak macam ada campuran mihun tapi nan hado…yang ada cendawan, pucuk tauhu dan lain-lain. Sekali tengok meja sebelah makan roti tempayan cicah daging kambing…menelan air liur kita. Itulah yang tak syoknya berjalan seorang, nak order lelebih pun tak boleh.

Portion sup tu kan besar tapi aku usaha jugaklah nak habiskan isinya, sekali tu si bini tauke ketuk kepala anak kecik dia yang meragam dengan sudu  terus hilang selera makan. Haiya... takde tempat lain ke nak pukul? Semua orang memandang tau. Laki dia pun marah. Potong betullah.
Ishhh... jeling lagi daging kambing meja sebelah sambil berjalan keluar hahah...

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free