Recents in Beach

header ads

Foto-foto GEMPAK Borneo Jazz 2015 di Miri - Day 1

Helloooo...!

Foto-foto GEMPAK Borneo Jazz 2015 di Miri - Day 1 | This is my first time attending Borneo Jazz Festival in Miri, Sarawak which coincide with my birthday on May 8th. What I can say, it was AWESOME!! Kira birthday celebration paling best setakat ni. Cheap tickets for early birds, outdoor stage, great performers and professionally organized by Sarawak Tourism Board. The programme also get the support from Malaysia Tourism and Cultural Ministry (MOTAC), Sarawak Shell Berhad Miri, Malaysia Airlines, Parkcity Everly Hotel, Marriot and many more.

 
Memang gempak habis beb! Bertuahnya aku dapat tengok Borneo Jazz Festival 10th Anniversary yang dah tentunya performers yang dipilih adalah yang terbaik sejak dimulakan 10 tahun yang lalu. Memang syiokkk habis! Performers ni pun memang sangat suka datang kembali ke sini hinggakan ada yang sanggup membatalkan show yang dah dipersetujui lebih awal tapi aku rasa yang paling 'gila' ialah Jump4Joy. Diorang buat persembahan yang terakhir di hari pertama tu pulang kembali ke Sweden jam 5.30 pagi esoknya sebab ada show lain di Stockholm  malam tersebut. Menggeleng kepala manager diorang sebab band tu sendiri yang agree nak datang Borneo Jazz. Dia tak masuk campur, katanya.
 
Iols nak share gambar yang iols shoot, next i'll share gambar dari STB's photographer pulak ye. Hmmm... aiseh teringat-ingat kemeriahan konsert tu. Kecewa sikitlah tak dapat bergambar dengan Mo'Blow selepas show sebab ramaiiiii sangat yang queue minta tandatangan dan bergambar. Peminat Anthony Strong yang membuat persembahan sebelum MB pun ada yang kecewa sebab sampai Mo'Blow habis menyanyi pun queue untuk AS tak habis lagi. Takkan aku  nak potong queue kot? Haishhh.. kalau aku muda remaja mungkin aku akan ketuk pintu bilik AS tu minta sign, dekat sebelah je pun. Depan bilik aku tu bilik two of The Nylons. Itu kalau aku masih muda remajalah.
 
 Press conference hari pertama. Dari kiri The Nylons (Canada), Jump4Joy (Sweden), Lluis Coloma (Spain) dan Shafeii Obe and All The Best (Malaysia)

 The performers with Encik Ismady (three from left) from Malaysia Airlines

 Me with Shafiee Obe and All The Best, the band from Sarawak representing Malaysia in this event. Saya rasa comel hahaa..

Meh kita tengok gambar-gambar yang tak seberapa ni dimulakan dengan...

Shafiee Obe and All The Best
Shafiee Obe and All The Best membuat persembahan di hari pertama konsert. 
 


Lluis Coloma from Spain

 





 From left Manoco German, Lluis Coloma, Leo Torres, Marc Ruiz, Jaume Badrenas, Marc Sort and Jordi Prats.

The Nylons from Canada



Jump4 Joy from Sweden



Jamming on day 1. Sebenarnya dalam Ruai Bar ni malap je cahayanya tapi aku ter-over expose sampai hilang mood bar tu.




 
Jamming session selepas concert pun best betul. Aku kagumlah dengan diorang ni, walaupun dari negara yang berbeza tapi boleh je terus sambung-menyambung bermain muzik. The sounds of saxaphone, drum, bass and keyboard sebijik seirama je (sorry, aku tak banyak tahu nama alat muzik). And the crowd were enjoying it. Aku memang minat jazz, r&b, soul music tapi bila part lagu slow macam inang tu aku pun keluarlah ke balkoni hehee.. tak koser ai. Bila masuk balik The Dirty Dozens ajak menari. Errr takutnya ai kena pelukkkk.... menari jejauh je hahaa... ai pandai menari tau, kalah mek saleh tu. Saja je tak nak show off, takut kita dengan kamera yang bebanyak tu hewhew..
 
Esoknya time breakfast dengan Nia, si Dirty Dozens ni bagi hug and kissess kat orang meja sebelah. Aku suspens dah. Budaya mereka memang macam tu... selain "good morning honey", "good morning love, "good morning sweetie" yang enak didengar.
 
Nia, aku takut dipeluk...
Nia, aku bimbang dicium dong...
 
hahahhhaa..... suspen giler aku (kalau yang encem encem tu macam nak redha jer hahaha...)
 
Congratulations STB! Okay guys, save 13-14th May 2016 for another Borneo Jazz!
 
 
Travel tips:
Kalau u all berhajat untuk ke konsert ini tahun depan, selain Parkcity Everly hotel yang menjadi lokasi konsert dan hotel rasmi, Marriot Miri hanya bersebelahan sahaja. Hotel yang biasa biasa pun banyak juga. Boleh book 4 5 bulan awal.
 
Jazz music is very niche so the expected crowd is only around 8,000 tidaklah seramai konsert di stadium. Untuk mendapat tiket yang murah beli secara online. Aku dah buat blogpost di sini. Next year mungkin company tu juga yang akan menjual tiket. Tahun depan rajin-rajinlah buka website STB untuk kepastian.
 
Tiket penerbangan ke Miri sangat murah jika dibeli sewaktu sale. Miri bandar minyak, tak ada apa sangat di sini tetapi Miri juga ada diving site. Malah di luar Miri ada beberapa National Park seperti Gunung Mulu, Gua Niah, Lambir Hills, Loagan Bunut dan SimilajauGunung Mulu National Park is one of the UNESCO World Heritage Park. I'll blog about it later. Boleh juga tinggal di homestay Bario yang terkenal dengan berasnya tu. Sejuk beb, kena naik kapal terbang ke sana.
 
Bab makanan halal di pedalaman, kalau tak yakin silalah makan ikan dan sayur sahaja atau bawa makanan sendiri. Pengembaraan memberikan lebih pengalaman dan menjadikan kita lebih matang dalam melihat dan menilai budaya orang. Tak perlu cerewet.
 
 

Post a Comment

0 Comments