Eksplorasi Memorial di Kuala Lumpur

Eksplorasi Media Memorial | Pernah tak uols yang dah menjadi mak ayah ni meletakkan lawatan ke memorial-memorial di dalam itinerary semasa melawat Kuala Lumpur? Itu bagi yang tinggal di luar KL lah macam aku ni. Orang KL pernah pergi tak? Tak? Aiyooo.... 

Aku malu nak mengaku tapi sebenarnya dah berjanji nak bawa anak melawat Muzium Negara sejak dia darjah 2, sekarang ni dia dah nak habis sekolah hahaa... Each time kita lalu sana dia akan kata, "mama kata nak bawa pergi sini..". Ko ikut rombongan sekolah je lah kakak oiii.. InsyaAllah tahun ni walaupun tak pasti bila, aku janji tahun ni, nak bawa Geng Bas Sekolah melawat Kuala Lumpur. Nak bawa naik komuter dari Seremban, menginap di hotel yang berdekatan LRT dan monorel dan bergerak ke sana ke mari dengan kaki serta bas. Nak sangat naik bas kan... dia ingat seronok sangat tersangkut dalam traffic jam tu hahaa...

Bila Santai Travel jemput hari tu rasa macam best pulak. Maklumlah trip sebegini biasanya dilakukan rombongan sekolah dan universiti aje. Banyak ilmu baru dan cerita 'diluar suratkhabar dan majalah' yang kita dapat. Aku rasa betapa berbezanya pemimpin dahulu dan kini. Mudahnya mereka didekati sehingga anak orang gaji pun boleh duduk di riba ketika pebincangan penting yang tidak formal di rumah. Patriotiknya mereka hingga tak sanggup membelanjakan wang negara seperti harta sendiri. Betapa kisahnya mereka dengan kemaslahatan rakyat terbanyak.
Aku ada banyak gambar yang nak ditunjukkan dan nak bercerita panjang tapi kita bagi intro dululah eh. Rasa bertuah sangat dapat masuk ke seksyen tertentu yang ditutup kepada orang awam. Tak sangka dapat pegang baju allahyarham Saloma. Aduhaiii keciknya pinggang dia!
Menurut pegawai Arkib Negara Malaysia, mereka terkejut ada pelajar yang tak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Itu belum ditanya yang nombor tiga. Kita baru ada enam PM pun ramai yang tak ingat, kalau berpuluh macam di Amerika Syarikat tu macam mana pulak? Mati la... den pun tak mampu nak mengingat mengikut susunan kalau dah ramai bona. So how parents? Lets bring them explore Malaysia. Jom jalan-jalan ke memorial!
Memorial Tunku Abdul Rahman
Semua rakyat Malaysia patut tahu Tunku Abdul Rahman yang digelar Bapa Kemerdekaan adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau memberi sumbangan besar dalam mendapatkan kemerdekaan Malaya dari British.
Pada masa PM Malaya hendak dipilih, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dirasakan paling sesuai kerana selain ilmunya yang tinggi beliau juga merupakan kerabat diraja. Orang Melayu dedulu kan sangat hormat raja-raja Melayu. Sekarangpun kita hormat juga selagi mereka tidak melampaui batas.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !!!
 
Jenis kereta yang sama yang digunakan semasa pengisytiharan kemerdekaan


Koleksi akhbar yang dijilidkan

Memorial Tun Abdul Razak
Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri yang kedua. Beliau adalah bapa kepada PM kesayangan korang sekarang. Almarhum adalah seorang yang sangat berdedikasi dan telah mencetuskan pembukaan Felda tetapi Allah lebih sayangkan beliau. Nyawanya dicabut ketika negara masih memerlukan idea dan khidmatnya.
Kalau ko melawat rumahnya rasa macam best sangat. Lapang, open concept dan rasa betul-betul macam rumah keluarga. Pernah beliau meminta qoutation daripada Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah kolam renang di rumah kerajaan tersebut (memorial tu lah) tapi bila JKR qoute RM17 ribu beliau membatalkannya and settle with small fontain instead. Anak-anak dia boleh mandi kat club's swimming pool je, katanya. Takdelah nak renovate rumah kerajaan sampai berpuluh jootaaaaa ...




Memorial Tun Hussein Onn
Memorial untuk PM yang ketiga ni agak moden berbanding yang lagi dua tu. Beliau adalah bapa kepada menteri kesayangan korang jugak, Dato' Seri Hishamuddin.

Tak banyak cerita yang kita dengar mengenai beliau, tempoh pemerintahannya pun satu penggal saja disebabkan masalah kesihatan. Beliau pernah menjadi tentera dan sangat beminat dalam bidang tersebut sehingga pernah mengetuai beberapa operasi ketenteraan.

Menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di luar negara sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Dalam buku Tun Daim Zainudin beliau ada menyebutkan tentang PM ketiga ini. Yang aku suka di memorial ni ialah "qoute" yang hebat yang dipegang oleh PM itu. Tengok gambar menantu beliau Tengku Marsilla pun syok juga, sweet dulu kini dan selamanya kot.

Pergilah melawat memorial ni cepat cepat sebab dah nak kena roboh. Bank Negara Malaysia nak ambil-alih.
 




Galeria Seri Perdana
Kata orang, manusia yang menjaga kesihatan dan rajin berfikir umurnya panjang. Mungkin itu terpakai kepada Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Mengikut Arkib Negara, Galeria Perdana yang paling ramai pengunjung. Malahan cruise yang berlabuh di Pelabuhan Klang akan membawa tetamu mereka ke sini sebagai salah satu tempat lawatan. Siapa pemimpin dalam dunia ni yang tak kenal Dr Mahathir? Memimpin Malaysia selama 22 tahun, beliau agak tegas dan berani 'menjawab' dan mengeluarkan pendapat. Takdolah ontok jo walaupun bertalu-talu orang bertanya, rakyat kemain ghisau dah ni.

Tidaklah semua keputusan yang dibuatnya tepat tetapi beliau telah meletakkan Malaysia di peta dunia. He has to be respected for that. Dulu orang ingat kita kat Malaysia ni duduk atas pokok tau.

Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Dr Siti Hasmah. Kedua-duanya mula bertemu semasa belajar bidang kedoktoran di Singapura. Sehingga kini mereka masih meraikan hari pertama pertemuan mereka. How sweet...
 

 Cenderahati yang pernah diterima Tun Dr Mahathir Mohamed
 


Pustaka Peringatan P. Ramlee
Aku pernah ke sini di zaman kanak-kanak dulu. Lama betul dah. Pustaka Peringatan P. Ramlee juga sentiasa menerima kunjungan orang ramai. Allahyarham bersama isterinya, Saloma, terlalu sentimental hubungannya dengan rakyat Malaysia dan Singapura. Aku ni pun lahir selepas kematian beliau tetapi tak jemu-jemu menonton filem-filem yang dilakonkan P. Ramlee.

Lahir di Pulau Pinang kemudian berhijrah ke Singapura sebelum menetap di Setapak. Beliau sangat sayang anaknya Sazali. Haishhh... banyaknya aku ceritakan tentang P. Ramlee tapi nantilah, Arkib Negara Malaysia pun tak jawab lagi emel aku. Payah nau nak balas, tengah beli setem kot nak balas dengan snail mail.

Semasa kami ke sana adik angkatnya yang digelar Ramli Kecik dan seniwati Mariani pun ada. I bergambar dengan pelakon legend uollssss...




Belajar di dalam bilik darjah sahaja adalah membosankan. Sungguh. Kita ni yang dah bekerja pun  kena terus update diri sendiri. Biar kita mampu menjadi tempat rujukan kepada lebih muda (rasa tua giler buar statement ni hahaa). Kita selalu mencari kehebatan negara orang sedangkan banyak je tempat bagus bagus di 'belakang dapur sendiri'. Betul.... blogpost akan datang aku nak tunjukkan betapa indahnya Malaysia (cantik weiii Gua Mulu).
Hah, jadi tak pergi memorial minggu ni??

1 comments so far

I would like to thank you for the efforts you've put
in writing this site. I am hoping to view the same high-grade blog posts by you in the
future as well. In truth, your creative writing abilities has inspired me to get my very own website now ;)

my page: ForskolinExtractPure.com

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free