Thailand | Bersantai di Chatuchak Park, Bangkok



Cara orang Malaysia bercuti agak berbeza dengan pelancong barat. Kita ni tiada cuti yang diberikan khas oleh kerajaan untuk melancong, pepandai ko lah berapa hari nak bercuti asalkan tak melebihi cuti tahunan.

Oleh kerana kita biasanya dibenarkan bercuti setakat empat lima hari sahaja pada satu satu masa maka ramai daripada kita memenuhkan berbagai aktiviti dalam tempoh masa tersebut. Apa nak buat, cuti sekojap bona. Bergasaklah berjalan dari pagi sampai ke malam (tapi aku suka).

Dalam pada kita nak melihat banyak attractions tu eloklah juga kita tarik nafas panjang dan berehat sekejap. Kesian tumit dan otot kaki kita tu kak, tetiba kena berjalan sakan. Selalunya naik office di tingkat 1 pun guna lif.

Kalau ke Bangkok aku cadangkan bersantai di Chatuchak Park. Taman ini berdekatan dengan dengan BTS Mo Chit, MRT Kampheng Phet dan bus stop Mo Chit. Siap boleh shopping di the world's largest, Chatuchak Weekend Market lagi. Flower Market pun di area sini tapi seminggu sekali je lah dari pukul 10 malam hari Selasa hingga petang Rabu. Seronok duduk sini di petang hari minggu. Walaupun ramai orang still ada space untuk kita. Siap ada orang buat bisnes menyewa/menjual tikar plastik lagi.

Aku berada di skytrain Mo Chit station. Di bawah tu bus stop Mo Chit. Jangan confuse dengan Mo Chit bus station ye, yang itu kena naik bas/teksi.



Chatuchak Park telah dibuka pada tahun 1980 setelah melalui proses pembinaan  bermula tahun 1975. Tanah tersebut telah didermakan oleh State Railway of Thailand dengan keluasan 0.304 kilometer persegi. Kemudiannya ia digabungkan dengan Queen Sirikit Park dan Wachirabenchatat Park walaupun dipisahkan dengan Jalan Kampaengphet 3.

Terdapat tasik buatan dan jambatan melintasinya. Muzium keretapi pun berada di taman ini tapi aku tak pergi pun... kurang berminat dengan muzium kecualilah yang istimewa sikit macam War Remnant Museum dan Straits Chinese Jewellery Museum.

 Dulu di Trafalgar Square pun ada banyak merpati juga
 






Relakskan badan dan minda di sini.



 

Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.