Seri Menanti Resort

Seri Menanti Resort, Kuala Pilah dikelilingi beberapa tarikan pelancongan seperti Istana lama Seri Menanti yang kini telah dijadikan muzium, Kelab Golf DiRaja Seri Menanti dan istana Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Beberapa kilometer ke kiri terletak sebuah tarikan baru, Ladang Alam Warisan.



Resort ini juga menyediakan dorm dengan harga yang sangat berpatutan. Kalau nak buat majlis kenduri kahwin pun sesuai juga dengan pemandangan indah Gunung Angsi, garden wedding gittewww.. boleh bergambar ala hndustan berguling-guling hahaa...menjeling mak andam weh, kotor baju dia.

Aku rasa kekuatan resort ini adalah pada lokasinya di Bandar DiRaja dan keenakan masakan di Cafe Berlado. Memang nak kono lado mulut memasing hahaa... podeh! Kolam renangnya juga dibuka kepada umum dengan bayaran RM5 seorang.

http://4.bp.blogspot.com/-VQqjkuGlwUI/Uoyb_N-2J8I/AAAAAAAAAJw/qHbMhuebmzM/s1600/DSC_0008.JPG





 http://2.bp.blogspot.com/-sNVNWn1gRDA/TgU57FpCr0I/AAAAAAAABqA/2V7BKMRJwQs/s1600/istana%2Blama%2Bseri%2Bmennti%2Bdibina%2Bthun%2B1931.jpg
Istana lama Seri Menanti terletak bersebelahan dengan Seri Menanti Resort yang kini telah dijadikan muzium. Gambar dari sini

Bila dah berada di Seri Menanti aku cadangkan teruskan perjalanan ke Kuala Pilah untuk menikmati keenakan cendol bus stand dan rojak di pasar. Cawangan utama cendol tu pun di pasar Kuala Pilah juga selang dua kedai dengan si penjual rojak. 

Atau, boleh juga melawat Ladang Alam Warisan di Kampung Tengah, Seri Menanti. Dekat sangat dengan Seri Menanti Resort (masuk kat lorong masjid Kampung Tengah). Free entrance.

Seri Menanti Resort
Kampung Buyau
71550 Seri Menanti
Negeri Sembilan
Tel : 06 4970577

 **Line internet di sini macam dot dot dot. Ini memang tempat berehat tanpa gangguan media sosial ;-)


Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free