Perdana Menteri jemput i datang rumah. Ko hado?

Aku yakin ramai rakyat Malaysia yang teringin benar nak berjumpa dengan Perdana Menteri negara sendiri. Mesti rasa bangga kan? Tak kiralah apa parti kepercayaan kau, berjumpa Bendahara negara macam satu achievement. Lebih-lebih lagi jika perjumpaan itu tidak disertai oleh 'orang-orang kuat' beliau. Selain daripada PM aku juga teringin nak berjumpa dan solat berimamkan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Kalau boleh nak mendengar tazkirah beliau sekali.


Aku sendiri pernah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamed di sebuah RnR arah utara. Nak pergi Langkawi kot beliau. Dr Mahathir kan suka drive sendiri. Masa tu beliau berdua aje dengan pembantu/pemandunya, dah pencen dah masa tu. Oleh kerana aku dan husband terpaksa keluar bergilir-gilir jadi kamera aku tinggalkan dalam kereta. Masa terserempak tu ya Allah exited tak terkata, Dr M dikerumun orang ramai untuk bersalam dan bergambar. Yang aku ni pula guna handphone norkiah versi murahan, hampalah.... tu yang tergedik-gedik sangat nak beli hanphone berkamera selepas tu. Lama jugalah beliau 'ditahan', kalau tujuan beliau adalah ke tandas, nayalah dia huhuuu...

Kemudian semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di tahun yang ke berapa entah, Dato' Seri Najib Tun Razak datang kat akuuuu.... hah giler ko termalu aku kena suluh dengan kamera banyak banyak gituh hahaa.. Aku beralih berdiri bertentangan dengannya..then click! click! wuishh dah ada phone camera masa tu tapi sayang tak print, entah budak manalah yang pi delete gambar tu.

Yo yo ooo jo tajuk tu...  Perdana Menteri jemput i datang rumah. Ko hado? hahaaa....bila pulak Dato' Seri Najib Tun Razak ada masa nak membaca blog picisan aku ni... Yang sebenarnya Fons Tmns yang mempelawa kami melawat ke rumah PM.

Tak pula aku tahu bahawasanya kita boleh sesaja nak pergi ke rumah Perdana Menteri Malaysia di Seri Perdana. Aku rasa Barrack Obama pun tak berani buat cenggini. Nak nak pulak yang datang nanti berbungkus berjanggut bagai, kecut perut dia hahaa...

Buah kurma ke ni? Masa ni heboh pokok kurma berbuah di Kelantan. Mesti sedap ni kan?

Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama Ketua-ketua negara, Ketua-ketua Kerajaan, Pembesar-pembesar negeri dan orang ramai.
Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai.
Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ini mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah. Dibina pada 1997, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman. Arca 3 Ariktek adalah firma arkitek yang bertanggungjawab merekabentuk kompleks Sri Perdana.

Kediaman rasmi ini pernah didiami oleh tiga orang Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bermula dari tahun 2009 Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. 

 Untuk masuk ke sini kita akan melalui pemeriksaan seperti di lapangan terbang





Sebelum masuk ke dalam rumah kita kena pakai sarung kasut ni dulu. Macam polis forensik, jangan tinggalkan apa-apa kesan DNA di sana.
Galeri Pameran
Galeri pameran di tingkat bawah

http://www.seriperdana.gov.my/RESIZE/Bilik_Tetamu_Utama.jpg

Bilik Tetamu Khas 
 Beberapa bilik utama yang digunakan untuk menyambut dan meraikan Ketua-ketua negara, Ketua-ketua kerajaan dan pembesar-pembesar luar dan dalam negara.Sumber gambar di sini.


Pejabat Perdana Menteri bertentangan dengan lompleks kediaman rasmi beliau. Kiranya PM boleh teropong je lah siapa buat kerja siapa mengular hehee.. Kediaman keluarga PM sebenarnya di sebelah kiri aku ni, tak boleh ambil gambar. Tinggi rumah ni mesti tak kena banjir.

Waktu lawatan ke Seri Perdana adalah seperti berikut:

Isnin-Khamis
Melalui tempahan (guided tour)
9 pagi - 3 petang

Sabtu-Ahad dan Cuti Persekolahan 
(walk in)
9 pagi - 3 petang

Peringatan

* Tempoh lawatan selama 1 jam 30 minit.
* Berpakaian kemas dan sopan.
* Pihak pengurusan boleh meminda jadual lawatan sekiranya terdapat majlis rasmi semasa waktu lawatan tersebut.
* Pelawat dari Dalam Negara dan Luar Negara perlulah membawa Kad Pengenalan Diri / Passport untuk tujuan pendaftaran.
 

Bagi lawatan guided tour, sila hantar permohonan anda secara BORANG ONLINE atau email : ke , selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh lawatan.

Apa-apa hal pun isi borang dulu ya, kalau ada function Seri Perdana tak dibuka untuk lawatan.

Pengurus
Kompleks Seri Perdana
Persiaran Seri Perdana
62502 Putrajaya
Malaysia
Tel : 03 8888 8200 / 8888 8201
Fax : 03 8888 3271


Selepas lawatan ke rumah PM barulah kami ke Floria Putrajaya dan menonton Magic of the Nights. Sehari suntuk kat Putrajaya. Dari sebuah kawasan ladang yang luas Putrajaya telah menjadi sebuah bandar terancang yang ingin dicontohi oleh banyak negara.


Perbadanan Putrajaya

Masjid Putrajaya. Terdapat dua buah masjid di Putrajaya, satu lagi Masjid Sultan Mizan atau Masjid Besi


Pejabat kerajaan

Istana Kehakiman

Jambatan ni tergantung tak ada kiri kanannya. Pelik? Sebenarnya dulu ada perancangan untuk mengadakan sistem LRT di sini tetapi menurut sumber orang Putrajaya lebih selesa berkereta dan naik bas. Ye lah, bukan sesak sangat pun di sini. Orang gomen yang ramai. Aku rasa syarikat penyedia perkhidmatan LRT pun pasti akan membuat feasibility studies dulu takkan nak terus invest aje. Kok bejombik orang kek sini barulah untung buek LRT.



PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa Kompleks Seri Perdana akan ditutup untuk lawatan bermula pada 27 Disember 2014. Kompleks Seri Perdana akan dibuka semula pada 31 Mac 2015. (Tertakluk Dengan Syarat Yang Ditetapkan)

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free