Recents in Beach

header ads

Jungle Trekking di Kinabalu Park

Jungle Trekking di Kinabalu Park | Hari kedua, seperti yang dirancang kami bawa anak-anak jungle trekking di Kinabalu Park. Aku dah bagi tau kawan yang ikut tu, walaupun saya bawa famili kak, itinerary tetap macam saya jalan sensorang. Janganlah risau ikut famili aku ni cuma nak mula bergerak di waktu pagi je ada kesukaran sikit. Sikit je. Bawa budak kecik kan...

Dalam perjalanan ke Kinabalu Park kami singgah sebentar di Rumah Terbalik. Tiketnya berharga RM10 untuk pelancong tempatan. Aku tak masuk sebab dulu dah pernah. Ada renovation di bahagian halaman rumah. Kereta merah tu pun dah alihkan tempatnya. Punyalah ramai orang waktu cuti sekolah ni...



Kami drive sampai ke Timpohon Gate tempat permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu, gunung yang berada di Banjaran Crocker dengan ketinggian 4,905.20 meter dari aras laut. Ia merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara yang terbentuk daripada batu granit. Suhu di kawasan ini pun dah sejuk sampai berasap mulut apatah lagi di atas gunung nun yang boleh mencecah 0 darjah selsius.

Biasanya para pendaki akan bermalam di resort atau hostel di dalam kawasan Kinabalu Park ini juga. Kira tempat berkumpullah kerana pendakian akan dimulakan di waktu pagi sehingga sampai ke rumah rehat di ketinggian 11,000 kaki. Kemudian pukul 2 pagi esoknya kembali mendaki hingga ke puncak. Selepas selfie bagai di puncak tu barulah turun semula. Kalau berhajat mendaki silalah buat latihan keras ya sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mendaki. Bukan sekadar berjogging, turun naik tangga, panjang bukit dan gunung, nak test lutut tu dulu dan tempah tempat setahun sebelum pendakian. Demi keselamatan dan penjagaan alam sekitar jumlah pendaki dihadkan untuk satu satu masa.
  
 
 
 
Yang untung 'anak ghimau' tu, berdukung sampai atas hehe... nasib baik dia kata nak ayah..nak ayah..

Sejak aku dan bos datang sini dulu kami dah berazam hendak membawa anak-anak trekking di tempat yang indah ini. Biar mereka tahu menghargai alam. Dan sememangnya mereka exited sayangnya cuaca tidak mengizinkan menyebabkan kami dapat mendaki sehingga 500m sahaja. Dulu ayahnya boleh pergi sampai 1000m, aku 800m jer. Letih weiii nak tambah 50m lagi pun tak berdayo. Kali ni bawa budak kecik so bila hujan makin deras rintiknya kami pun berpatah balik. Takut juga nak turun dalam hujan lebat...karang tergelincir ke tak ke naya?

Carson Fall

 Yang seorang ni dok heboh mulut berasap


Setiap kali aku lalu di kawasan berhutan, bukan sahaja di Kinabalu Park ini, aku akan minta anak-anak pandang sepuasnya dan nikmati kehijauan tu. Kebetulan di sini, hidu udara bersih dan bau dedaunan tu. Nyaman. Sekarang zaman duit dan ketamakan, asal jadi duit semua nak ditarah dan dijual. Apalah yang tinggal untuk anak cucu kita nanti.

Kinabalu Park telah dinobatkan sebagai taman negara pada tahun 1964 (antara yang terawal) dan yang pertama di Malaysia diberikan taraf World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 2000 disebabkan "nilai luar biasanya". Ia juga berfungsi sebagai antara kawasan biologi yang terpenting di dunia dengan 4,500 spesis flora dan fauna, termasuk 326 beburung dan 100 spesis mamalia. Aku adalah nampak rerama dan burung seekor dua. Mungkin masih di kawasan rendah kot. Lagipun dah tengahari memang susahlah nak nampak hidupan hutan ni. Mereka kan dah keluar mencari rezeki sejak pagi lagi, macam manusia juga.

Rekod kehebatan manusia mendaki gunung

Kita bawa mereka jalan-jalan dulu... mana tahu pengalaman ini boleh inspire mereka untuk mendaki Gunung Kinabalu suatu hari nanti? Aku dan suami sokong je... perkara yang baik kita sokong. Yang penting jaga keselamatan diri dan jangan sesekali lupa Tuhan. Nak harapkan mak dia? entahlah...hehehe

Kepada yang berminat untuk mendaki silalah book tempat setahun awal dan book sekali guide yang disukai. Kalau tak kenal mana-mana guide pihak taman negara akan beri mana-mana yang ada je lah tapi jangan risau mereka ni terlatih. Elok sewa porter sekali tolong angkatkan barang. Mereka tu urat dawai tulang besi. Upahnya mengikut kilo, boleh bajet dari sekarang.




Percutian keluarga bersempena wedding anniversary yang ke-17. Alhamdulillah semua happy. Nanti kita sambung ya..banyak lagi tempat kami pergi.





Post a Comment

0 Comments