Penginapan Murah dan Best di Kundasang dan Kota Kinabalu




Bila pergi melancong salah satu perkara yang penting adalah tempat tinggal. Biasanya kita membuat penempahan awal melalui rekomendasi kawan-kawan ataupun pembacaan diblog. Ejen penempahan juga banyak membantu.

Bila peruntukan yang banyak telah dibelanjakan kepada pengangkutan, makanan dan pakej pelancongan di sesuatu tempat maka bab penginapan akan kita akan korbankan. Eh eh…betul tak? Itu untuk orang yang perlu berbajet bajetlah. Oleh sebab itu tajuk kali ini adalah Penginapan murah dan best di Kundasang dan Kota Kinabalu berdasarkan pengalaman aku baru-baru ini ke Sabah; sebuah destinasi percutian dalam Malaysia yang SANGAT menarik. Sebut saja nak meneroka darat, laut atau gunung Sabah bersedia memenuhinya. Ini kali keempat atau lima aku ke Kota Kinabalu, tak muak muak ke sana.

Malam yang pertama kami di Kota Kinabalu

Oleh kerana kami sampai pun dah senja adalah tidak sesuai untu terus ke Kundasang. Kami menginap dekat Le Meridien. Faham betul betul…dekat Le Meridien bukannya di Le Meridien hahahaa….Tempat rehat kami di Iskandar Sinsuran berdepan dengan Pasar Filipina. Ulasan ringkas aku, sangat berbaloi kepada sesiapa yang tidak kisah tentang ‘kelas’. Biliknya agak luas, bilik air pun bersih malahan bila aku request extra bed kami diberikan dua buah tilam spring 10 inci yang ditindan supaya sama level dengan katil sedia ada serta dipasangkan cadar dan selimut seperti katil yang lain. Servis pun baik pulak tu. Di bawahnya ada kedai runcit dan restoran mamak. Pasar Fillipina pula bertentangan haishhh... nak apa lagi? 

Di KK kehidupan malamnya taklah semeriah mana bagi orang yang tidak ke kelab malam so nak mudah tidur kami makan apa suka di gerai depan tu kemudian jalan jalan cuci mata di pasar malam. Balik pasang air cond, mandi dan bammmmmm tidur. Tak banyak songeh dah memasing.


Malam kedua kami di Jilienija Homestay, Mesilou

... 1600m dari paras laut yang tertinggi dan tersejuk di Malaysia

Dulu aku pernah menginap di The Pines Resort, di homestay sebelah PR, hotel di pekan Kundasang dan kini bertukar angin ke Mesilou. Homestay ini berhampiran dengan ladang lembu Desa Dairy Farm. Jika nak ke ladang tu belok kiri homestay ni terus ke depan. Memang nak stay di tempat tinggi dan dekat dengan Mount Kinabalu. Haa….di sinÄ« ada cerita sikit. Eloklah pihak pihak tertentu ambil perhatian sikit dan perbaiki mana mana yang patut.

Homestay di Mesilou ni aku dah tempah awal. Aku nak homestay 2 bilik berharga RM200 semalam dan pihak yang menguruskan tu telah menghantar gambar melalui whatapps. Disebabkan banyak aktiviti dalam perancangan ditambah anak-anak tak ada experience lansung tinggal di penginapan jenis itu jadi homestay adalah paling sesuai untuk menimba pengalaman baru.

Awak tahu tak konsep homestay yang sebenar?

Konsep homestay sebenarnya ialah penyewa tinggal bersama tuan rumah. Breakfast pun tuan rumah yang sediakan. Lunch dan dinner kalau kita minta dan dipersetujui dengan harga tertentu. Hakikatnya ramai yang menjual nama homestay sedangkan mereka hanya menawarkan penginapan sama seperti hotel dan rumah tumpangan dengan harga yang lebih rendah sedikit. Walau bagaimanapun ramai daripada kita yang tak kisah sebab lebih selesa tanpa kehadiran orang luar, lainlah kalau kita ke negara lain nak juga merasa tinggal bersama Rangga di rumahnya. Heh! Tetiba nak serumah dengan Rangga.

Kami tiba di homestay yang dipersetujui lewat petang. Aku tak kisah sangat bilik yang sempit sebab sejuk dan telah compensated with attached bathroom. Yang tak puas hatinya dapur tak ada seperti yang aku minta. Gila frust tak dapat masak hahaaa….isteri mithali sangat. Tuan rumah tu nak besarkan rumah so dapurnya tak boleh digunakan. Alah kalau ada pun kat luar…tak sesuai sangat. Sejuk weiiii… siang pun 20c. Towel pun tak ada. Bila aku minta dapatlah sehelai sedangkan masa aku tinggal di homestay yang seberang sana dulu siap towel dan hot shower lagi. 

Aku tak puas hati lalu minta tukar. Dapat rumah yang di bawah ni….aku suka! Highly recommended! Lengkap serba serbi. Satu perkara kena ingat, walaupun hot shower disediakan, Mesilou sangatlah sejuk jadi kalau dipulas sampai nombor 4 pun taklah panas sangat airnya.

Rumah ini juga mempunyai dua bilik dan disewakan dengan kadar RM250 semalam.
 

Salah angle aku ambil gambar rumah ni. Di sebelah kanan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu manakala di sebelah kiri arah matahari terbit ada sebuah sekolah rendah SK Mesilou. Sampai je rumah semenanjung aku teruslah minta anak buah apply sekolah ni hahaa...murid dahlah tak ramai, dapat banyak elaun pulak tu. Pemandangan cantik dengan udara yang bersih. Sihat tubuh badan duduk sini.
 

Letih betul menjaga budak sorang ni asyik turun naik tangga, sudahnya kami sorokkan tangga tu. Di bilik sebelah ada katil dua tingkat ini saja. Tak banyak songeh pun budak-budak tu sebab sejuk. Sila abaikan segala yang bersepah tu ya.

Lepas angkat semua barang dari rumah pertama kami diberitahu yang rumah ini dah ada yang booking keesokan harinya. Aduh! Frust giler. Nak marah pun ada tapi tuan rumah ni punyalah baik tolong carikan rumah lain. Lepas aku buat site visit I decided to shift there on the next day. Poneklah den berpindah randah. Lagipun dapur kat Homestay Salman kecik sikit. Yang menariknya di situ boleh dengar deruan air sungai di hadapan homestay. Haishhh pindah lagi esok hari. 

Di Sabah subuhnya bermula jam 4.48 pagi. Anehnya boleh pulak aku bangun awal dan berjaga sampai ke malam. Gambar di bawah ni dalam pukul 5.30 pagi kot. Bila di sini janganlah korang melepak di dalam rumah aje sangat rugi okay. Lihatlah alam ciptaan Allah ini sepuas-puasnya...entah bila lagi akan sampai ke sini. Bertuahnya orang Sabah.

 
 



Oleh sebab sejuk, baju tidur boleh recycle sampai 3 hari. Travel light gituh.

Di kawasan ini ada sebuah kedai runcit yang dibuka sehingga pukul 8 malam. Bangun pagi tu aku terus berjalan-jalan di sekitar kampung. Banyak pulak anjing pepagi tu yang bukan main garang lagi menyalak. Teringat satu tips, kalau ada anjing menyalak garang kat kita kita pura-pura tunduk ambil batu. Memang berkesan tapi aku memang pegang pun batu tu siap acah nak lempar lagi hahaaa...

Jika jalan terus ke hadapan tempat aku berdiri tu kita boleh ke sebuah kelab golf. Di simpang kiri sebelum kelab golf tu arah ke Mesilou Nature Resort. MNR adalah salah satu tempat permulaan pendakian Gunung Kinabalu yang dikatakan lebih mencabar berbanding di Pondok Timpohon di Kinabalu Park. Kata orang cantik tempat tu. Aku ajak bos naik tapi bila tengok jalannya menegak naik tak jadi lerrr...kami pusing di banglo Maple Brook tu aje.

Di bawah ni Sek Keb Mesilou. Betapa cantiknya pemandangan di sini kalau you all tengok secara live. Kita berada di atas awan.


 

Malam ketiga kami di Salman's Homestay, Mesilou

... 1600m dari paras laut yang juga homestay tertinggi dan tersejuk di Malaysia 

Walaupun kami sangat suka tinggal di Jilienija Homestay rumah tu dah ada orang booking keesokannya. Itulah yang aku katakan diawal tadi perlu penambahbaikan dalam proses booking dan pemilihan rumah untuk pelanggan. Aku redha je lah walaupun leceh berpindah randah. Nasib baik bebudak ni bawak beg sekolah masing-masing sonang kojo den bagi arahan yo. Homestay yang ini berada dalam 100m dari rumah tadi.

Ada sesuatu yang kita boleh belajar dan pengalaman ini sesuatu yang menarik juga. Aku tak rasa terbeban sangat sebab bos sama-sama menguruskan anak-anak. Homestay yang ini ada kelebihannya tersendiri walaupun susunatur ruangnya agak sempit. Tapi, tempat 'lepaking'nya meletop!

Pemilik homestay yang ketiga ini merupakan seorang lelaki muda dari Kota Kinabalu. Rumah ni jenis papan sederet empat pintu. Yang seunit lagi masih dalam pembinaan. Suasananya memang menarik dengan adanya ladang sayuran dan sungai mengalir deras di bahagian hadapan dan puncak Gunung Kinabalu kelihatan jelas di belakangnya. Scenery wise ngam. Yang tak berapa best dapurnya kecil, terbuka dan di bawah (luar). Kalau korang tak nak masak beriya-iya okay je kat sini. Masa kami sampai tu banyak perkakas yang tiada atau tak cukup. Kami dok ulang minta itu Ä«ni sampai rasa segan pulak. Susahlah cik kiah nak menyediakan hidangan untuk anak-anak burung yang ramai ni kalau perkakas tak lengkap… adakah sebab dia bujang? hohohoooo... 

Kami check-in dalam pukul 6.45 malam, dah gelap. Plan asalnya nak buat bbq tapi ayam yang kami beli pun bukan main keras kejang lagi baru keluar dari freezer kedai. Badan pun boleh tahan letih berjalan dari pagi sampai senja siap naik Canopy Walk di Poring Hot Spring lagi. Lagipun dalam hujan tu suhu bukan main sejuk lagi. Sesiapa yang keluar masuk tak tutup pintu siaplah kena bebel.


Setiap unit homestay ni ada dua bilik dengan katil queen bertilam foam. Tak berapa best tilam tu. Extra bed lengkap tilam bantal selimut cuma RM15 sahaja satu set. Dapurnya secara terbuka di bahagian luar macam gambar atas tu (yang dituup dengan papan sekerat tu-masih kawasan rumah kitalah). Dari dapur tu boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas. Mesin basuh dan fridge pun ada di luar. Wifi pun ada...request password awal sket sebab diorang ni tidur awal. Macam pelik je aku pun tidur seawal pukul 11.00 hehee..

Masa aku masak malam tu takdelah rasa sejuk sangat...sebab berdiang agaknya...tapi air paip wuiii macam baru keluar dari peti ais. Sangat sejuk! Untung penduduk kampung tanpa wayar ni, elektrik aje kena bayar, air free dari gunung. Tak sanggup nak mandi malam tu walaupun ada air panas. Air je panas tapi lantai sejuk.

 Kalau nak buat bbq sila inform tuan rumah lebih awal. Bakar kat varandah ni je...


Di sebelah kanan atas tu ada ladang sayuran manakala di bawahnya pula air sungai menderu kuat. Sangat indah alam ciptaan tuhan ni. Aman damai sangat berehat di beranda ni. Orang rumah sebelah dari Sipitang pun ramah, dapatlah berbual-bual menambah informasi.

  Nampak tak yang putih berbintik-bintik di tengah tu? Burung baru bangun mencari rezeki. Indahnya suasana dikala matahari terbit.
Duduk breakfast di sini sambil mendengar deruan sungai owhhhh...


Kalau berminat bolehlah hubungi tuan rumah si lelaki ganteng bernama Salman di nombor 013-8595737 atau boleh tengok gambar lain di fb beliau.

Wahhh masa aku tengah siapkan blogpost ni tetiba bos kata next time kita beli ikan siap siap dari KK untuk bbq. Huiyaiii...bilo nak poi laie tu bang??


Updates
Disebabkan ramai yang membaca post ini maka aku akan tambah lagi homestay menarik di Kundasang/Ranau dari semasa ke semasa.


Hounon Ridge Farmstay & Camping
Kg Himbaan, Bundu Tuhan, Ranau, Sabah.

HOUNON bermaksud berkabus dalam Bahasa Dusun yang merupakan salah satu suku dominan dalam negeri Sabah

 


Sumber di sini.

Tak perlu bercerita panjang kot, tengok gambar dan baca komen di facebook Huonon Ridge Farmstay pun dah tahu best.











Post a Comment

8 Comments

  1. Assalamualaikum.

    Terima Kasih Puan Kerana Sudi Menginap Di Jilinieja Homestay. Saya Bagi Pihak Mesilou Atamis Homestay Mohon Maaf Atas Kelemahan Pengurusan. Harap Dapat Berjumpa Lagi. :)

    ReplyDelete
  2. Amboi.. Tengok elaun?? Wah3.. Xpyah la apply d sni kalau tngok elaun ja..

    ReplyDelete
  3. jln2 kt cni car review hotel kk..tq sis for sharing ;)

    ReplyDelete
  4. Tq sis for sharing, very helpful!

    ReplyDelete
  5. sis utk salman homestay tu kalo dlm 10 org bole masuk ke

    ReplyDelete
  6. Siti Mariam,
    agak sempit sebab diantara bilik tu diletakkan settee. Laluan ke dapur pun agak kecil tetapi suasananya memang nyaman.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.