Pameran Keganasan Komunis di Muzium Negeri

Tags

Sudah lama aku merancang nak ke Muzium Negeri bersama anak-anak. Lamanya tu kan, dari anak sulung aku sekolah rendah sampai sekolah menengah hahaa... gila lama. Every time kami melalui tol mesti diorang kata, mama cakap nak bawa kita pergi sini huhuu...



Biasalah kita mudah nampak kuman di seberang...pergilah kit berjalan ke ceruk kampung orang padahal di kampung sendiri pun gempak juga.

Program lawatan yang berkaitan dengan perajurit ni dah lama aku tak ikut, rasanya semenjak kami dah tak duduk dalam kem askar lagi. Walaupun kem tentera di Port Dickson mengadakan acara menarik setiap tahun belum pernah lagi aku pergi sebab PD selalu sesak bila diadakan acara-acara tertentu. Tetapi, selepas melawat War Museum di Ho Chi Minh aku berazam untuk membawa anak-anak menjejaki sejarah negara di muzium Malaysia. Azam je dulu... lama juga berazam huhuuu.. akhirnya jejak juga ke sini semasa Pameran Keganasan Komunis di Muzium Negeri, Seremban.

Okay, sekarang www.ruggedmom.com tunjukkan sedikit gambar di dalam muzium tersebut tetapi gambar keganasan komunis tu takdo sebab anak den dah meraung ketakutan dalam gelap.



Di sebelah muzium terdapat replika istana lama



Gambar Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang lalu. Yang sekarang ni namanya Tuanku Mukhriz. Anak baginda yang ada column dalam akhbar The Sun dulu tu bertama Tunku Zain Al Abidin. Eloklah tu boleh berbicara hal serius, ni tak, ada pulak anak raja dok update status di twitter dengan gelpren. Lepas tu bergaduh dengan kipas susah mati musuh dia...entah apa-apa entah. Kita perhati dan menilai je lah kan.

Pameran ini diadakan sehingga penghujung Disember. Kalau uolls nak ke Port Dickson atau Melaka boleh singgah dulu di Seremban makan gulai lomak cili api sebelum meneruskan perjalanan ke sana. Butik coklat pun berada di dalam kawasan muzium. Dekat sangat dengan tol Seremban, boleh berjalan kaki je.




I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free