Saigon lagi derrrrr



 Ramai orang minat shopping di Ho Chi Minh kan? Yang belum berkesempatan tu mesti dah pasang angan-angan. Ada orang lakinya tak bagi pergi sendiri kena ada guide. Tak kisahlah tu yang penting cik puan dan tuan di dalam gambar ni sangat gumbira penghabih duit beli kain baju. 

 Kain diaorang ni main lipat dan banyak yang bidang sebesar 60 inci so kalau kita nak buat baju kurung dia akan bagi 3.5m saja. Kedai rapat-rapat, kalau nak beli kat kedai A jangan jeling kedai B sebelum selesai memilih di kedai A nanti kena sound. Si amoi tu suka betul mengusik sorang budak lelaki dalam group aku sebab dia tembam. Biasalah orang Malaysia terlebih makan, vietnamese jarang-jarang jumpa yang gemuk.

Mereka kutempatkan di Tan Hoa Ngoc dan aku di AVA, jauh sikit but still behind Ben Thanh market. Silaplah bagi depa dok sini takde service basuh baju cuma yang bagusnya terletak di sebelah kedai makan muslim Champa yang juga menjual pakaian dan tudung. Kami mengulang makan di sini ajelah, Hjh Basiroh untuk breakfast. Sebelah Hjh Basiroh pun ada kedai makan baru tapi harga sembelih leher punya, sekutu VN Halal. Orang sini makan macam-macam siput, yang cengkerangnya cantik-cantik tu...erkkk kat kedai halal pun ada, halal ek? Tak tergamak den nak makan.
 hahahaa..... aku ingatkan aku dulu tak dapat naik sebab gomok rupanya dia pun tak lepas, kena angkat dek bapaknya. 

 Merasai pengalaman masuk terowong vietcong. Kita lalu sekejap je mereka dulu hidup dalam ni sampai 20 tahun. Lagipun terowong yang dibuka untuk pelancong ni dah dibesarkan saiznya untuk accomodate saiz westerner dan pelancong-pelancong obes. Dah dibesarkan pun rasa sempit susah nak bernyawa, kalaulah terpaksa tinggal dalam ni nauzubillah. Semua orang bertepuk tangan bila brother baju biru tu berjaya melepasi cabaran hehehehh..... meleleh-leleh peluhnya bila sampai ke atas semula. huiii ingat senang ke nak membongkok kalau kita tinggi dengan perut yang besar.

Then ke War Remnant Museum. Untuk gambar-gambar lain sila baca entry aku sebelum ni.
 Vietnam War - adakah Amerika pemenangnya?

 Tiger Cage untuk menyeksa orang-orang yang melawan tauke. Dulu takde C4 jadi diseksalah dalam kurungan yang bersaiz harimau, terpaksalah mencangkung sepanjang masa. Dalam satu kurungan tu bukan mencangkung sensorang ye kena share dengan banduan lain, kejam sungguh. Tempat potong kepala pun ada.

Kenangan pahit di sini, lens cap aku hilang pulak dahhhhh.... aku rasa semua lens aku dah pakai cap tiruan sekarang ni.

  I tell u, bau kueh yang makcik ni jual punyalah harum macam bahulu. Aku suka yang kecik tu, yang leper macam waffle garing sangat. Lokasinya dekat Saigon Square.

 Dikala anak tuan puan leka bermain ipad, iphone dan psp anak orang ni terpaksa mengikut emaknya berniaga. Ada 3 orang di bawah tu.Yang dalam gambar tu bukan mak dia.

Suka sangat dengan corak kain-kain ni tapi malangnya 4 pasang kain dan baju kurung manik tu orang kirim :(
Ole-ole untuk keluarga: T-shirt dan set baju baby, boxer untuk anak bujang, beg Crumpler, seluar renang, pelampung budak, t-shirt vietnam, bola, hammock. Boxer tu murah je RM5 sehelai, lepas tawar menawar aku ingatkan rm5 tu untuk setepek 3 helai heheh...anyway saiz yang besar sikit kat Reject Shop harganya RM16 sehelai. Kualiti dan design boxer tu lebih baik daripada yang aku beli di Surabaya. Bola tak bagus, baru main beberapa kali dah hilang colour la ni dah terkopek-kopek. Hammock tu sampai la tak bergantung lagi hmmmm....bukan main mengirim lagi lah orang rumah aku tu kan.

Tamat sudah ke oversea tahun 2012 ...........

Post a Comment

0 Comments