Bercuti di homestay?



Assalamualaikum.

You all pernah tak terfikir nak bercuti di homestay? Di negeri Sembilan ni adalah beberapa homestay yang terkenal seperti Homestay Lonek dan Laman Bangkinang di Batu Kikir, Kg Pelegong di Labu,  Laman Ejo di Seri Menanti, Felda punya tapi tak ingat nama di Jempol. Di area lain i tak sure.

Konsep homestay ni sebenarnya kita duduk dengan tuan rumah. Kalau kita sewa sebuah rumah yang tak bersama tuan rumah itu dah dikira rumah tumpangan. Dengan bayaran tertentu yang dikira perkepala kita akan disediakan tempat tidur, makan dan dibawa menikmati aktiviti menarik yang ada di sesuatu tempat tersebut seperti menoreh getah, persembahan tarian dengan muzik tradisional, aktiviti bersawah, mandi di air terjun dan sebagainya. Kalau kita ni duduk flat/apartment, mak ayah kita pun duduk apartment jugak eloklah kita cuba something different. Merasalah jugak duduk di kampung melihat ayam itik.

Aku tertarik dengan sebuah homestay di Penang tapi selepas dicongak waktu tiba dan nak berangkat, tolak masa meronda lagi.... rasa macam tak berbaloi pulak nak stay kat situ kali ni. Sure, next time nak try tidur di situ sebab ia menjanjikan pengalaman yang berlainan. Anak-anak aku sure suka.

Aku tengah berurusan dengan seorang pengurus homestay ni, kalau nak ambil gambar bila-bila pun boleh tetapi kalau boleh aku nak ambil gambar semasa ada tetamu yang agak ramai, siap dengan penglibatan mereka dalam aktiviti di tempat tersebut. Meriah uollllsss !! Tunggu je lah.

Post a Comment

2 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.