Medan revisited...Day 3 Berastagi

Tags

Kita breakfast kat luar kemudian terus jalan kaki ke Pasar Buah Berastagi. Ada alpukat, pisang kaki, salak, limau, terung belanda dan lain-lain. Terung belanda bukan yang macam di tempat kita ni... yang merah ni untuk dibuat jus. Sedap gak, rasa macam jambu batu pun ada.

Abang kuda dok mengayat budak-budak

Akhirnya kutemui kembali kapal wap nehh.... masa kat Bandung hari tu aku ada beli 5 buah kapal tapi bila kembali ke Malaysia terlupa pulak aku camana nak bagi dia bergerak. Nasib baik la terserempak yang ini... dah terbukak rahsianya. Syok oooo.... bagi anak-anak main macam real jek. Mudah dan murah, guna minyak masak je.

Pemandangan dari Bukit Gundaling (goodbye darling). Dari atas ni boleh dilihat dua buah gunung berapi Sibayak dan Sinabung.

First time dulu tak sempat ke sini sebab mengejar masa. Kali ni puaslah menjelajah Taman Alam Lumbini tapi tempat ni tersorok sikit dan jalan masuknya tak bertar. Kuil ni adalah tempat pengajian agama Budha yang terbesar di Asia. Tak boleh merokok dan memakai kasut di dalam kawasan kuil.

Sebenarnya malap je kat dalam ni, chek bagi terang noooo.....

Di satu bahagian lain ada kawasan hijau. Lepas melalui jambatan gantung ni kita akan turun ke bawah lepas tu naik balik la. Nyaman je di taman ni. Puaslah bergambar kat sini....

Di depan kuil ni ada ladang carrot. Cantik betul, geram je tengok carrot yang dah besar tu... selalunya nampak kat bugs bunny jek. Kalau terlepas kelinci kat sini kenduri sakan le deme

Kemudian kami ke kaki Gunung Sibayak. Yang aku nampak ada dua je kolam air panas. Jalan masuk ke sini teruk, kalau naik sedan habihlah keto kau jang. Di sini jugak kita boleh lihat rumah penduduk yang berlantaikan tanah isk isk... untungkan hidup di Malaysia. Tapikan bila kita susah macam-macam kita ikhtiarkan untuk menyambung nyawa, yang penting rajin dan tak malu (buat kerja halal sudah). Kalau tak percaya pergilah tengok tempat orang, yang sangat anoyying cara mendapatkan duit dari kita pun ada. Walaupun kekadang bosan kena follow dengan seller jual fridge magnet, toys, mafla dan lain-lain tapi aku kagum dengan kesabaran dan muka tak malu depa tu. Yang pasti pada mereka hidup mesti diteruskan walaupun ko rasa nak melahar je.

Yang ini Sibayak View, yang satu lagi tu lagi kuat bau sulfurnya. Tempat berendam air panas kat sini.... siap ada yang berkaraoke berdangdut di pentas yang bayo bayo omak abah den. Tergolak den menengok ea.... aiyolahaiii..... suko bona diaorang ni berhibur.

Restoran pun ada, halal katanya tapi Bintang pun ada dijual. Aku rasa tak yakin so aku suggest depa makan di Medan nanti. Walaupun lewat tapi ada banyak pilihan di sana. Wahhhh.......... terserlah kepuasan dan kekenyangan mereka makan kat Koki Sunda Restoran. Siap order tomyam lagik, rindu la tu...almaklum, dok pekena nasi padang dan makanan minang sesajor aku pun dah tak lalu ....... tempat pun selesa.
Para pelancong ni kuhantar di Carolina Medan- luas, bersih dan selesa. Melompat keluar je dari pintu hotel terus masuk ke cyber cafe, nak bertenet ke nak main game hilangkan bosan ke.... takde hal. Gerai makan dan kedai baju siap pun berderet kat sini cuma agak jauh dalam 200m dari masjid raya.

Den check in kat Residence sajo...... bilik single siap bilik air.
Kawasan hujung katil tu bolehlah untuk bersolat sensorang. Kat bilik ni ada satu tingkap pecah pulak..adehhh... banyak nyamuk la pulak yang masuk.

Masa aku ke sini bulan 6 dulu kami terpaksa melalui kawasan cafe yang masih under constructions untuk ketingkat atas. Ramai foreigner di sini sebab dekat dengan tourist spot. Kata supir aku ada perisik kat cafe tu. Mungkin jugak kot, dah hujung-hujung tahun ni manalah tahu ada yang nak membuat onar.

Oleh kerana dah nak maghrib bergegaslah aku ke masjid depan nun, menunaikan impian nak berjemaah di sana. Alhamdulillah.

Oleh kerana kami lunch agak lewat so malam ni aku bawak deme gi makan kat Pagar Ruyung, kawasan India Muslim. Punyolah podeh masakannya kalah orang Nisimlan.


I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free