Medan revisited...Day 2 Pulau Samosir



Hari ni pun kami breakfast di kedai Islam Murni tapi aku minum je lah sebab tak biasa makan nasi pepagi.


 Then kami ke Ambarita naik van hotel. Aku tak bagi guide tu kacau tetamu aku... aku terangkan sejarahnya serba sedikit lepas tu amik gambar dan shopping souvenir kat sini. Lebih baik u all beli souvenir kat kedai di sebelah luar yang belah dalam nak mengono sesajor.

Ada sorang seller ni dia buka harga rm5 untuk sehelai kain batik tu tapi makcik tetamu aku ni minat kain samarinda tapi harga bukak mulutnya mak aiiii...... lebih seratus ribu so aku tolong tawarkan sampai 60k. Lepas makcik tu agreed nak beli dia tanya balik tentang kain batik 5 hengget tu... si seller tu boleh cakap bukan yang itu, itu yang bagus... lima ringgit yang di sana... hampeh tolll.

Makcik tu cakap iye yang ini awak cakap tadi...

tidak bu, mana bisa yang ini...yang ini kualititas bagus...

memang hampeh! Aku pun dengar. Makcik tu tanyo kek den, makcik salah dengar ke tadi? Takdenya salah dengar makcik .... diaorang suka membelit. Lepas tu kan hehehehheh.... aku ada la tanya harga 2, 3 barang kat situ tak dilayannyo den dohhh.... hahahah..... bengkek la tu kat aku sebab tak dapat makan makcik tu. Bila geng-geng lain beli kain samarinda tu kat kedai sebelah luar dapat 40k rupiah jek. Dah joki dio kan.


Yang warna merah tu dulunya dicat dengan darah, yang ini dengan cat biasa je...

Nampak tak ukiran apa kat tangga tu? Empat di kiri dan kanan yang cicak tongah peteng tu? Orang batak ni kalau nak pilih calon isteri dicarinya barang baikkkk punya.... kalau saiz Dolly Parton tu kira carta terataslah tu kononnya subur. Tak taulah sekarang ni masih diguna pakai lagi ke tak petua tu. Kalau dah tak laku sangat boh silikon je lah takpun pakai push-up bra, settle.

Dalam perjalanan ke Tomok melawat kuburan Raja Sidabutar kami melalui kawasan penanaman padi di kaki bukit. Semuanya secara manual di sini. Cantik sangat pemandangannya.

Ini kuburan waris King Sidabutar berusia sekitar 300 tahun. Kubur raja yang sebenar berusia 600 tahun kat atas lagi tapi kami tak naik sampai sana. Di sepanjang jalan ke atas penuh deretan kedai cenderahati. Lebih banyak pilihan di sini. Kalau nak beli souvenir Lake Toba eloklah beli di sini sebab di kota Medan susah nak dapat.

bye bye Carolina! Kalau ada rezeki nak berehat di sini lagi, lebih cantik penginapannya daripada Yulia's Inn di Iboih, Pulau Weh, Aceh

Di Parapat ada pasar pagi, kira macam pasar tanilah. Aku pun terjebak gak beli barang sebungkus seribu rupiah nih, apa ekk aku beli..... tali kasut, gam gajah, .... 1 lagi tak ingat pulak.
mari pilih... mari pilihhhh!!

Singgah di sini jugak... dulu aku tak turun sebab menjaga anak yang dah tergolek keletihan. Boleh masuk ke dalam mulut ikan tu tau. Lokasi ikan ni di atas bukit yang mana di sekelilingnya ladang kopi. Travel agency lain tak berhenti kat sini aku punya agency jer yang berhenti diluar route hehehhe...

Singgah sebentar di sini berposing

Si piso piso waterfall.... bagaimanalah air tu boleh keluar tanpa henti kan? tak hujan pulak tu.... laju mencurah-curah je turunnya air terjun tu.

Malam ni kami bermalam di Berastagi, di Ginsata Hotel. Aku tak recommend lah hangpa stay kat sini. Selepas dapat late confirmation nak ke Medan aku try book hotel yang harganya sekitar rm150 tapi full so try yang inilah.

 Actually aku booked room tapi bila sampai sana dia kata kamarnya kecil so dia bagi sebuah rumah. Okaylah rumah besar, aku dan supir amik dua bilik di belakang. Yang tak bestnya air ke rumah ni dikontrol dari luar sebab katanya bocor nanti airnya keluar (pelampung tangki rosak kot) so bila time subuh orang nak solat terpaksalah guna air yang sedikit dalam kolah tu. Walaupun kolah ada dua tapi depa ramai kannnn...... kolah pun hukaloh... Sebelum check-in tu aku gi check rumah tu dulu dengan toiletnya dan mintak depa bersihkan lagi toilet tu, mengangguknya bukan main lagi tapi ...maleh den nak sambung, faham sendiri sudah. Bilik aku yang cenonet tu pun harganya lebih mahal dari bilik deluxe Hotel Carolina yang luas, cantik dan bersih. Ehhh... ada lagi, aku mintak towel sampai dua kali tapi towelnya ada kecik ado besor sikit ada yang nipis yang murah punya tu .....hmmmm.... takkan kesini lagilah unless terpaksa.

Kesejukan di Berastagi ni sampai ke tulang!
 .
Lepas check in kami gi makan .......... hazab betul memasak kalau dapur paras lutut. Tak sayang tulang belakang betul taukenya.



Post a Comment

0 Comments