Medan revisited...Day 1 ke Danau Toba

Tags

Oleh kerana aku ni kalau nak makan kena mengais dulu, kali ni aku mengais jauh sikitlah, sampai obersi. Aku bawa tetamu yang first time ke Indonesia. Turun je dari kapal terbang terus kubawa ke Istana Maimun. Yang buat depa terkejut baru nak naik kereta dah terkena dengan orang sana huhuhuhu..... kerjanya 'tolong' angkat beg ko yang kat bahu letak kat boot kereta yang mana ko berada 3 inci dari boot tu. Dah le mintak ringgit pulak tu.... banyak la ko kan, ingat den nak layan? Duit aku paling kecik pulak 5k rupiah time tu, aku bagi le tapi tak ikhlas sesungguhnya. Mencikkk. Beg hiking aku tu tak sampai suku pun isinya, tak berat mana pun.

Owhh... kat airport Medan pun ada cerita. Bapak kat meja imigresen tu dengan muka belum minum pagi suruh aku baca peringatan no 2 di bahagian belakang passport.

Baca yang no 2
(lepas baca aku pandang muka dia dengan muka seposen)
Sudah baca yang no 2?
(angguk)
Faham?
(angguk lagi macam burung belatuk) Mengapa pak?
hmmm.... kali ini saya bagi masuk (dia cop dan aku cepat-cepat belah)

Passport aku masih berbaki 7 bulan dan aku beli tiket pergi balik. Dah berulang kali aku check sebelum bertolak ke sana. Aku tak faham mengapa dia soal tapi aku diam ajelah sampai kami jejak kaki kat lcct semula dan ada peserta bagi tau kena paw kat airport Medan. Barulah terbukak cerita ni. Mau uang kopi pak? Eden ni luguih pak, kalo mau uang cakap biar terang...... tapi buat apa pulak aku nak bagi bukannya aku salah. Negara Indonesia tu menarik tapi dot dot dot ....

Dulu aku dah show show gambar dari depan kan so kali ni i show show gambar dari bahagian anjung istana pulak. Jangan lupa ziarah tempat ni melihat senibina silam. Pada hari ketiga kami di sini diadakan majlis perkahwinan di kawasan istana ni siap tulis pengantin tu ada degree dalam bidang bla bla.... motip?

Dari sini kami terus menuju ke Parapat tapi sebelum tu bersantap dulu di restoran Simpang Tiga. Nasib baik depa tunjuk bil selepas makan kalau time sedang makan mau tercekik dibuatnya. Lauk yang dihidang penuh semeja.... puaslah makan tapi aku amik 3 jenis je.

Jus alpukat yang sudah pasti ku order.... sudah jatuh chenta

Menuju Parapat. Yang ada dalam gambar ni 4 orang penumpang tapi yang sebenarnya lebih, tersorok kat depan. Kesemuanya termasuk drebar 7 atau 8 orang. Di Indonesia mereka optimize segala ruang jalan. Di antara becak dengan van tu boleh lagi van menyelit. Berdecit mulut orang belakang aku keseriauan ahaahaha... aku dah beberapa kali mengalaminya tapi still tekan brek angin lagi. Gila tol!

Dari kota Medan ke Parapat senang je dan kalau kita drive sendiri lagi murah tapiii....... puaslah orang kete belakang hon aku nanti tak lepas memotong hahahahaa.... aku yang tak guna lesen P pun tak berani weh. Abah den yang jadi pemandu terbaik masa jadi sojar dulu pun tak berani drive kek Indo, terkejut dia bila driver buat u-turn kat jalan dua hala yang sangat sibuk di Bandung dulu. Anyway ko akan kagum jugak melihatnya, toleransinya tinggi di jalanraya.

Hard to see in malaysia..... tak pernah kot

Kalau ko dah nampak banyak monyet kat tepi jalan lepas tu nampak pulak abang sojar nih.... dah sampai Parapat lah tu. 
Kami solat kat Masjid Raya Taqwa Parapat. Masjid ni sedang direnovasi, di tingkat bawah ada kelas KAFA. Ada sorang cikgu tu mengajar sambil ikat anak dia kat badan dengan kain batik lepas. Kagum, sedih, insaf semua ada dalam hati aku. Dalam kotak derma yang kat tangga tu ada gak duit RM aku nampak. Sedekahlah ek, tak dapat banyak sikit pun jadilah, untuk agama kita dan anak-anak kecik tu jugak. Daripada bagi kat budak-budak yang bertindik telinga, hidung, bibir sambil merokok tak henti-henti kat jalanraya Medan tu lebih baik bagi kat masjid.

This time kubawa tetamu naik feri untuk penumpang sahaja maknanya kena naik kat Pelabuhan Tigaraja. Kalau feri yang besar itu kena naik kat Pelabuhan Ajibata. Saja nak bagi rasa pengalaman yang berlainan sikit.
  
Best giler rumah orang ni mengadap Danau Toba

Mula-mula hantar penumpang kat Horas....... cer tengok pompuan-pompuan tu basuh kain, manual lagi... banyak pulak tu.

Dah sampai di Carolina Hotel......... dari sini kita naik ke lobi then turun pulak di sebelah sana untuk ke bilik. Cantikkkk sangat tempat ni, highly recommended lah.  Rasa macam orang kaya dalam filem Hollywood pun ada..... turun dari bot terus ke rumah. Harganya sangat berbaloi dengan kenyamanan yang akan dirasai.

Carolina Hotel, Tuk Tuk, Pulau Samosir 



Tempat lepaking

Masih tak tertawan?

Nak memancing boleh, nak naik jet ski boleh, nak berjemur pun boleh, mau mandi pun bisa buk

Diantara 4 bilik yang disewa...... yang ini ada bath tub. Luas bilik-bilik di sini..... wahhh... dah macam jadi ejen hotel pulak aku nih.

Bilik ni ditingkat atas. Kita masuk dari pintu tu tapi ada lagi satu pintu ke balkoni.

Oleh kerana aku nak yang murah walaupun tak dapat yang termurah jadi aku kena duduk atas langit. Masa mendaki tangga tu terasa semput sama macam trekking kat Kinabalu Park dulu, bahana malas exercise. Walaupun harga bilik ni sangat murah (yang ko takkan jumpa di tanahairku yang terchenta) tapi .............. tengok sendirilah! 


Bersantai di balkoni menunggu sunrise betul-betul mengadap bilik. Tak terkena cahaya pun sebab dilindungi pokok. Aduhaiiiii........... bestnyaaaaaaaaa

Atas bilik aku tu dah ada orang sewa. Yang bule ni pun dah duitnya mahal nak jugak berebut bilik murah dengan orang macam aku ni.

Malamnya kami makan di luar- Kedai makan Islam Murni, kena jalan ke luar hotel dalam 60m. Ada beberapa lagi kedai makanan halal di sana so jangan risau. Sedap tak sedap belakang kira tapi ishhh sedaplah nasi goreng dia. Nasi padang pun ada. Anggap je lah ko berada di Holland.... makanan halal limited.





19 comments

salam...nak tanya , dari medan ke parapat naik apa ye yg senang & selamat?

anon, sewa avanza/xenia/innova tapi innova agak mahal. Harga berbeza dan kalau keluar kota (keluar dr bandar medan kita kena bayar elaun makan dan penginapan supir).

Untuk trip kali ni supir makan sekali dgn kami dan oleh kerana dia tak ikut ke Pulau Samosir so kami bg elaun penginapan saja.

selalu sekali makan berapa eh harga? nak bajet bape duit kene bawak.hehe

ayu, to me makan agak mahal berbanding yang biasa saya makan di Bandung dan Msia. Harga berbeza mengikut restoran dari rm7-20++ per head. If u on tight budget di resto minang/nasi padang ambil nasi campur pilih sendiri lauk yang nak dimakan aje

Berapa bayar utk transport yeee ... ada senarai harga tak ???

Harga bergantung kps jenis kenderaan biasanya 350-500k rph per day

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.

ada contact tak utk tansport? ingat nak pegi 10/3/2012 nie..

Salam Rugged Mom, saya dah booking bilik Deluxe tingkat atas tu pada Jun depan. Boleh saya tahu no bilik yg mana gambar no.12 dari atas (ada budak kat tepi kiri gambar dgn juraian akar pokok tu)? Sebenarnya nak book bilik depan tasik tu... cantik view... tapi seriau la pulak...

seriau tang mana tu? Bilik tu actually slanting sikit, yg betul2 mengadap tasik bilik standard. Nombornya, sorry tak ingat

ala..teringin nak g medan..kalau 2 org je..akak x amek ke...atau harga berbeza?terima kasih.

hai anon!

pergilah tengok tempat orang dah tentu takde di negara kita ni. Jauh berjalan luas pengalaman.

Kalau nak pi 2 org boleh jer tapi harga lainlah. Saya boleh uruskan semua.

hehe..sy dtg lg..akak, nti leh bg details utk 2 org 4D3N (all-in) ke Bali n Medan..somewhere in May/June. Nak tgk quoat harga(kot x mampu kena pecah tabung ayam jugak kih3)...email kat sy zumanequeen@yahoo.com

Salam rugged mom, nk tnya bilik yg rugged mom "nak yang murah walaupun tak dapat yang termurah jadi aku kena duduk atas langit" tu blk standard or deluxe? hape beza ye..

pastu nk tny lg klo g medan just nice to stay @ Lake Toba atau dok chinatown kt pekan skali? sbb ada 2 hotel under consideration skrg ni..tgk Carolina Hotel mcm best jek sbb highly recommended kan..tp adakah x mengapa if x stay kt bandor? haku ni walo macamanepun ttp nk bersoping! hehe

muja, tu bilik yg dikira 2nd paling murah tak tau dipanggil apa sebab yg standard mengadap DT. Wuiii...mencungap naik. You banyak energy takde hal la kot.

Kalau u pergi 4h 3m i suggest 1m DT, 1m Berastagi, im Medan. Kalau DT 2 malam pun best gak tapi depends on kesukaan u lah. Kota Medan takde apa sangat setakat nak shopping bika ambon dan kek bolehlah. Yang lain2 baik shopping kat KL je. Broach biasa yg dijual 5rm kat sana ada yg jual 7rm. So how?

Rugged Mom.. nak tanye sket.. bilik u kat Carolina Hotel tu how much per night?. Ada yg suggest tido kat Niagara Hotel.. tp jauh dr DT.. nampak scenery aje.. mana yg better ek? what say u?

Promooooo.. Rental mobil Mulai dari Rp. 350.000
Klik www.medanstarrentacar.com
The best rental cars in Medan
Medan Star Car Rental|Rent Cars,Sewa Mobil Medan
Medan Star Rent A Car, Jasa Sewa mobil(Rental mobil) di Medan
http://medanstarrentacar.com/
HUBUNGI 0852-6283-1660
0852-9700-0264

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free