Recents in Beach

header ads

Menyambung raya di Seremban

Kami sampai kembali ke gagang jam 3.30 pagi Ahad, terus-menerus dari Baling. Berhenti sekejap kat r&r Nilai sebab di situ saja senang nak parking. Sampai rumah je seperti biasalah....... terus mesin kain dua tiga round, tolak habuk di lantai baru bammm! tidur.......

Masa kami ke utara pada raya kedua hari tu jalan okay je tak jamm tapi tak boleh lansung nak masuk ke r&r...penuh padat dengan manusia. Anak aku Ali terpaksalah kami bagi dia 'meracun rumput' kat tepi highway jek. Ada satu lagi kete kat depan sikit pun berenti tepi jalan sebab mak depa yang tua nak buat projek yang sama tapi dalam semak la..... takkan tepi jalan jugak kot. Kesian weh, lemah je orang tua tu aku tengok.

Raya kali ni semakin kurang rumah yang kami ziarah. Nak kata masa tak cukup sama jugak macam sebelum-sebelum ni ........ but now only 4 houses yang kami ziarah in both kampungs. Aku tanya bos, ngapa? Dia bilang dulu lain sekarang lain............ Aku pulak bilang, anak-anak dah besar nanti tak kenal sedara (macam aku). Hopefully tahun depan kami akan buat seperti tahun-tahun yang lepas tapi masa kat Kedah ya Allah panasssss...... nak keluar rumah pun malas.

Raya kali terasa kurang meriah sebab adik aku yang baru kahwin hari tu balik rumah mak mertua dia dulu, kesian omak den. Kalau tak dialah yang dok melayan anak-anak aku main mercun. Mak mertuaku pun uzur sikit sejak puasa hari tu. Minggu depan pulak UPSR, bulan depan UPSRA pulak so lomaulah raya kali ni ............ lotih den melaung memanggil anak bujang den duduk belajar. Asal aku bangun je dia pun bangun. Adoiii....... payah le pulak dengan budak jantan ni weh, nak becokau baru nak belajar. Sampaikan aku tanya dia, abang tak sayang mama ke bang? Teghiyak pulak tu. Sensitif.

Yang buat budak-budak ni happy depa dapat main futsal hari khamis malam tu.......... anak buah ada, pak menakan ada, pangkat ce pun ada....... orang boroi lawan budak muda mana tak pancit! hahahha..... yang dah kawen semua boroi.

Satu perkara yang aku tak berkenan time raya nih, kekadang bila pergi beraya orang sibuk mengadap tv. Volume tv pulak umangaiii..... tu yang bila nak berbual macam nak bergaduh. Macam orang kerja kilang papan pun ye jugak, kena cakap kuat-kuat nak lawan bunyi tv. Tetamu kat depan dilayan lebih kurang. Cerita yang dilayan pulak yang jenis tak laku kat panggung dan diulang berkali-kali kat tv pulak. Aku pun tak sure itu filem lawak komedi ke lawak bodoh, cakap menjerit-jerit, dengan muka dibuat macam orang terencat.

Kat rumah MIL pun sama budak-budak yang ramaiiiiii tu control tv sampaikan nak tengok berita pun tak dapat. Depa nak bangun dari situ pun siap sorok remote takut kami ambik heheheh ...... jenuh mencari remote astro weh.... dalam sarung bantal rupanya..... kekadang selit kat belakang badan. Selain daripada tu rancangan nyanyi-nyanyi saja yang ditonton. Kalau rancangan yang informatif, kartun ke ok jugak. Ada yang kata biarlah, kita kenalah ikut budak-budak punya selera........ aku pulak kata Micheal Jackson yang sangat masyhur di dunia tu pun kawal rancangan apa yang patut anak-anak dia tengok. Kita lepaskan layang-layang tapi ada masa kita tarik talinya.



Kalau anak-anak tu boleh tahan lagi tapi kalau mak pak nya? Teringat aku pada kata-kata seseorang yang pernah tinggal lama di oversea, katanya, time krismas di sana tv disimpan dalam stor, tetamu dirai. Kita yang muslim ni bagaimana? Tetamu yang baik datang membawa rahmat Allah.

Post a Comment

0 Comments