My travel plan la kununnnnnn...



Gila ah promo Air Asia tahun ni, start 12pm 23 Mei baru petang semalam dapat beli tiket murah. Normally the sales starts at midnight, kalau dah pukul 3 pagi tak celuih jugak aku tidoq dulu then the next morning senang je nak booking. This time tempat-tempat yang aku dah shortlist nak pergi dengan family satu pun tarak yang murahnya baik local baik over the selat. Dah la memanjang masuk waiting room, bila dapat habiskan isi guest list tu which are 9 of us untuk satu page (total 14) dia hang pulak. Kena ulang berkali-kali. Arghhhh.... Bila dah lepas yang tu berpuluh kali pulak dok kat screen verified credit card tu...... tension! Sudahnya tambang sekupang tu gone. Takdo joki.

Semalam aku tengok ada lagi tambang murah ke a few places like Padang tapi tak berminat pulak nak ke sana. Like i said, i'm thinking of going north this time. Tambang murah pun tak murah macam dulu.... dah ada fuel surcharge, convenience fee pun dah naik... kalau nak ke London pulak satu lagi fee apa entah. Saja je tengok bukan nak pergi pun. Belum lagilah melainkan ada orang nak belanja.... rm2k++ tu yang. Bila dapat repeat ke sana nih? Rindunya......................

Beriya-iyalah aku tanya mak aku, omak nak poi Bandung tak? Murah ni... tak sampai seghatuih doh....omak tanyo abah kang omak tipon balik yo....... At last tak dapat. Kesian omak abah den. Memang la tix yang ada pun masih dikira murah tapi kalau dah kami sendiri pun 7 orang, nak bayar airport tax kat sana lagi, tak ke nanti jadi beribu-ribu lemon? Makan kat sana pun tak la murah mana melainkan kita makan apa yang local people makan. Accomodation lagi? Kalau pergi dengan husband aku je takde hal..... backpacking je. Nak bawak gi Langkawi tahun ni mak aku akan kesana. Ke KK dah Kuching pun sudah so nak la ajak dia jenjalan ke tempat lain. Next time la omak yo.....

Bila aku tengok attractions di sesetengah tempat tu kebanyakannya temples aku dah jadi kurang minat pulak. Maybe sebab aku visits banyak temple kat Bali hari tu but i still nak ke Bali lagi. Yeahhh.... aku selesa ke Indonesia. It has a lot to offer in terms of tourism - the landscape, people, watersports, food, handicraft and shopping.  Kira all in one place lah. Dalam satu negara ada pelbagai etnik dan budaya mengikut tempat. Kalau nak dive kat Bali memang berbaloi harganya berbanding Langkawi. Pada aku tentang makan tu takde masalah sangat asal dapat alas perut dengan makanan halal cukuplah tak perlu sampai kenyang.

Aku nak ke India tapi bos tak mau. Okaylah, aku tukar plan ke lain. Ye.... aku yang plan bos ikut je hehehhe.... tapi bila aku survey lagi India .... adoiii.... best ler pulak. Nak buat macam mana, dah terlepas. Dari cerita orang kebanyakan tempat di India kotor, ye la dah penduduknya berbilion orang yang homeless pun ramai.... yang tak bersekolah lagi. What do you expect? Kalau itu budaya mereka just except it. Utara India dengarnya ramai yang handsome dan cun. Hyderabad mudah dapat makanan halal sebab kawasan  muslim. Sebelah selatan pulak ada juga keistimewaannya. Takpelah lain kali je. Takkan lari India dikejar.

Plan aku yang lain-lain:
1) Tokyo (yang ini tetiba je masuk dalam plan sebab murah) so aku sms bos
    Aku: Tokyo? rm25
    Bos : Kos tinggi

Aku accept sebab dia pernah attend course di sana. Bila aku google terjumpa homestay yang 2 jam naik tube ke Tokyo rm187 semalam. Harga hotel 3 star gitu.....

2) KL-Bangkok-Chiengmai-Phuket-KL
Memang murah kalau sorang tapi kalau 2 orang? Duit pulak nak keluar dari 1 poket. Tambang memang murah cuma airport tax tu tak tahan.

3) Kl-Bangkok-Ho Chi Minh-KL
Sama seperti di atas

4) KL-Jakarta-Bandung-KL
Tak dapek....... bermacam date aku try. Kena ambil kira jugak hari persekolahan anak-anak aku tu dan masalah cuti adik-adik, makcik, cousins

5) KL-Hangzhou-Beijing-Tianjin
Mahal wehhh...... berapa kali naik fast train tu. Train biasa pun ada tapi kita nak kejar masa

6) KL-Macau-HK-Shenzhen-KL
Aku nak bergambar kat casino hehehh.... sama jugak keseluruhan perjalanan akan memakan kos yang agak tinggi dengan tambang murah yang dah habis

7) KL-Macau-HK-Guangzhou-Shenzhen-KL
Lagi la jauh...... kena tunggu anak-anak aku masuk kolej baru dapat berjalan lama-lama dan jauh. Takkan nak duduk 1 hari je kat satu-satu tempat lebih-lebih lagi di Guangzhou. Selain kos wang ringgit kos masa pun kena ambil kira

8) KL-Shanghai-Suzhou-Hangzhou-KL
Yang ini la pun yang paling munasabah selain no 5 sebab Suzhou tu in the middle kalau tak nak singgah pun tak apa. Sedihnya takdak tiket murah jugak

Berbanding dengan India, rasanya China lebih maju transportation system nya so nak connect dengan bandar-bandar lain pun senang. Sebagai contoh:
Guangzhou - Zhuhai 99km
Guangzhou - Shenzhen 111km
Shanghai - Hangzhou 120km
Shenzhen - Zhuhai 65km

Itu antara yang aku taulah. Nak shopping pun murah........ China kan world's factory, barangannya dieksport seluruh dunia sebab murah termasuklah amoi-amoinya. Kalau nak beli handbags immitation grade A berhati-hati ya sebab di sana pun ada serbuan pihak berkuasa. Pelik tak? eeiiiiiiiii.... nak pergi jugaklah ke Guangzhou dan Beijing tu, 1 tempat dulu pun okay.

Tiket ke mana yang aku dapat beli dia atas kesabaran aku yang sangat tinggi itu?
Ho Chi Minh je dik, itu pun dapat time senja semalam. Ok la tu alhamdullillah...... sempat la laki aku ngumpul duit nak serah kat aku ;-)








   

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnyerr nak gi melancong kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  2. berangan je dulu, ntah bila sampainya

    ReplyDelete
  3. hi sis..sy kemang, travelholic juga..btw dah follow n ltak dlm bloglist..boleh kite ahre tips travel nnti..sy dpt tix promo AA kl-jkrta return rm60 je bln 6 nnti:)

    btw have fun kat ho chi minh nnti :D

    ReplyDelete
  4. hi kemang!
    sebagaimana i dpt info from others' blog, harapannya begitu jugaklah kpd blog ini. My next visit to Bandung pun tak dpt nak masukkan Jakarta sbb mengejar masa.

    Tq for visiting.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.