Recents in Beach

header ads

BSN meletopppp!

Korang ada terbaca tak fasal BSN yang meletup dan terbakar hari tu? Kat newspaper ada sekeping je gambarnya kan...ni aku tempek sikit lagi biar jelas terang korang pandang. Baru je malam sabtu minggu lepas aku nampak kontraktor dok buat renovation sampai pukul 9 mlm tak balik2 lagi tup tup keluar news dah terbakar pulak.


Aku tak tau lah sama ada ATM operating ke tak time tu tapi yang pastinya ada orang tgh tidur kat tingkat atas. Naya betul....nasib baik dapat diselamatkan. Kalau merebak kat restoran sebelah lagi haru biru, mau 2 3 kali meletup lagi sbb ada tong gas.
Eh eh...duit dalam ATM tu tak bertaburan ke?


Masa tempat keje aku dulu under renovations kitorang keje macam biasa dengan takde aircond nyer...masyaallah panas tak boleh nak ceritalah. Badan masam dah tentu, lps tu ruang kat operation dept makin sempit sbb tengah buat kaunter baru, yang lebih menghangatkan hati lagi dlm sempit2 tu ada mangkuk hayon dok lalu-lalang menggesel kat tempat kitorang yang maha sempit tu...grrrrrr!!!!


Ada sekali tu our GM datang buat site visit and dia boleh kata, "kesian customer kena berdiri kat luar" (padahal cust berdiri siap dapat angin sepoi2 lagik).
Itulah nasib pekerja bawahan.....mekap dah cair pun bos tak nampak sedangkan customer pun simpati kat we all yg kena bekerja dalam keadaan sebegitu, nak harapkan bos? huh


Aku jarang pergi cawangan BSN yang ini sbb aku kena tempuh 5 traffic lights kalau nak ke sini lagipun if wrong timing berjanggut la nak menunggu turn sbb pakcik2 nak keluar duit pencen. Lagipun staf kat sini kurang mengancam. hehehehheh...

Post a Comment

0 Comments