Vandalism

Tags

Aku memang sakit hati benar kalau public amenities DIJAHANAMKAN oleh tangan tangan dan kaki kaki gatal neh...rasa nak kerat kerat je. Intro pun sudah panas.


Semalam masa outing Kevitons kat Dataran Seremban lampu yang kat air pancut tu dah pecah, rumput pun terbongkang. Bila tak disediakan kemudahan hendak sangat bila dah diberi perangai macam beruk mendapat bunga. Vandalism to the max!

Anak-anak aku selalu ajak kesini but my hubby tak berminat sebab always penuh dengan orang asing terutamanya during weekend. Tengok muka dia orang pun dah tahu. Macam kita pulak yang menjadi pendatang di Malaysia ni. Bimbang juga kalau dibuatnya imigresen serbu dengan aku sekali kena angkut pulak. Aku ada ic weh...

Actually this is the 3rd time aku kesini all because of Kevitons activity. Kat negara kita ni specifically NS and Seremban bukannya ada kawasan rehat dan riadah yg besar2, ada rumput, pokok-pokok besar yang banyak macam kat UK nun. Hyde Park je dah melaut-laut belum lagi taman taman yang lain. All in walking distance dengan pusat bandar- lepas shopping boleh terus berlunjur merehatkan kaki. Dataran Seremban ni pun lepas 20 tahun baru wujud so jaga le baik2. Tu belum ke public toilet lagi tu. 1st class infrastructure 3rd world mentality. Macam hampeh!

Aku rasa MPS patut letak cctv kat kawasan strategik senang nak skodeng malaun malaun ni dan yang buat keje tak senonoh tu. Kasi penjara ke seminggu dua takpun hantar buat comunity service kt Singapore ke China ke..Guantanamo Bay pun okay jugak. Mesti insaf ke akhir hayat.

Tak salah kalau terapkan pelancongan Islam macam yang Terengganu buat tu. Ramai jugak org ke sana.

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free