Koh Samui Revisited | Another day another ride... syoknya bercuti di pulau!



Koh Samui Revisited | Another day another ride... syoknya bercuti di pulau! | Selepas bersantai di hotel, pulangkan motor aku checked-out dan berpindah ke Green Guesthouse di tengah bandar Chaweng. This one no star tapi tilam sedap juga dan boleh pilih na air-cond ke idok. Stay kat pantai elok sewa yang ada air-cond lah. Tujuan berpindah ke sini, dah malam terakhir ni nak lepak di pantai yang lebih happening and enjoy the night. Gitchuuu...

Dari bilik ni pun boleh dengar muzik berdentam-dentum, walking distance to everywhere.


Memula tu fikir tak nak sewa motor dah tapi bosan pula tak ada apa aktiviti. Pelan asalnya hari ketiga aku akan ikut day trip ke Angthong Marine Park tapi badan rasa semacam selepas enam jam berjemur atas motor semalamnya so I cancelled the plan. Kang demam pula aiyoo.. lusa takut tak lepas balik.

Aku sewa motor dari guesthouse tu aje tapi motornya tak sebanyak yang ada di kedai sebelum ini. Bila dah bawa jauh baru terasa tayar belakang macam bergegar tapi masa pulangkan tu aku tak komplen pun, kang tak memasal kena bayar pula. 

Di Koh Samui masih ramai penunggang motorsikal termasuk pelancong yang tak memakai helmet walaupun di sesetengah tempat ada papan tanda amaran. Memang syok naik motor tak pakai helmet, rasa lepas bebas. Polis trafik pun aku tak pernah nampak. Mereka quite lenient bab ni tapi aku pakai je sebab:

1) Kalau kemalangan susah worrr...
2) Masuk kandang kambing mengembek. Just follow local rules.

Hari ni aku ke Hua Thanon fishing village sekali lagi untuk mencari makan. Actually trip kali ini nak try lain-lain kedai yang belum pernah dicuba tahun lalu tapi pergi ke sana pun dah petang jadi kedai Samira pun dah tutup maka makanlah juga di Melayu Samui Seafood Restaurant. Time tu aku seorang je... ai order nasi goreng special. Tunggu punya tunggu punya tunggu.... kenapa lama benau? Rupanya telur ayam dok di market lagi hehee... nasib baik nasi tu sedap, kenyang hingga ke malam. Tak boleh order memacam sebab ai sorang je nak makan.


Selepas melalui jalan yang sama dan tak sama i quite understand semua laluan tu. Otak pun dah mula berhubung heheh... ikut jalan ni keluar kat situ, masuk sini bersambung di sinun. Kali kedua aku lalu di Ihsan Halal tapi tutup juga. Tak merasalah nampaknya...

Aku jalan terus ke depan (Ihsan Halal di kanan) hinggalah melepasi Raggae Bar. Owh... di sinilah lokasi go-kart dan 'terbang sendiri' tu. Di sini pun ada hostel. Nampak baru tapi quite a distance juga kalau nak ke pantai sana, kena melintas tasik. Harus ada basikal/motor. Kalau hendakkan suasana yang lebih tenang boleh sewa di sini. Sepanjang jalan ke sini di kiri kanan jalan dipenuhi small scale pub. Lalu pepagi lengang je tapi bila petang baru keluar yang berskirt pendek berbaju sendat.


Kemudian aku pergi ke pasar malam di Chaweng, kiranya belakang Central Festival. Terdapat enam peniaga muslim di sini menjual makanan yang hampir sama iaitu ayam goreng, sate daging dan nasi. Seorang jual air. Malam tu beli lagi pulut mangga, murah je makcik tu jual 60 bath. Dahlah mangganya manis menggiurkan, sebiji pula dia bagi. Puas hati den tiga malam berturut-turut dapat makan pulut mangga. Malas nak buat so makanlah pepuas kat sana. Sate daging pun sedap juga, empuk. Yang kecil 25 baht sebatang.



Next, massage time! Dapat yang 250 baht for one hour.

Urutan Thai ni walaupun namanya sama tetapi mesti ada sedikit perbezaan diantara spa. Yang kali ni dia pijak belakang tapi aku rasa si tukang urut lebih ringan daripada anak aku yang obes tu hahaha... sedap juga dia pijak, jari kaki dia akan menekan pada points yang tepat. According to her, September adalah peak season di Koh Samui tapi tahun ini tidaklah sesibuk tahun lalu. Hari itu pun dia tak ramai pelanggan. Bukan sahaja spa dia, spa lain pun sama, ramai staf duduk di luar daripada mengurut di dalam tapi kedai urut di Hatyai sangat sibuk waktu itu. Penuh dengan Malaysian beb, macam bercuti kat Malaysia je.

Ke Ark Bar lah seterusnya. Ramai betul pengunjung duduk minum sambil menonton orang bermain api. Kalau kita nak duduk di bangku yang disediakan kenalah order minuman, at least, and after show seeloknya bagilah tips kepada orang yang buat show tu. It's a risky job tau. Sambil duduk tu nanti adalah yang akan menjual bunga hiasan kepala, mainan kanak-kanak, ambil gambar dengan iguana... Aku duduk setempat je... malas nak gerak ke lain sebab orang asyik pandang je, lain dari yang lain kot.

Sambil tengok api tu aku ralit memerhatikan staf yang menyediakan minuman. Cocktail ke mocktail ke aku tak tahu namanya hahah... Sukat dengan sudu campur tu campur ni sekejap dah siap. Ais pun tak ditambah dengan banyak macam kita beli air kat Mekdi Keepci atau gerai tepi jalan sekalipun yang aisnya penuh segelas. 

Gambar-gambar di bawah adalah gambar tahun lepas.



Tamat day 3.

Good morning day 4!

Pagi ini ke Lam Diem Market. Pasar ini di Chaweng juga dan senang je nak jumpa, berdekatan dengan Petch Buncha boxing stadium. Saja je nak melihat pasar basah mereka. Di luar ada satu gerai muslim. Akak tu jual sejenis kuih yang diperbuat daripada telur. Ia lebih lembut daripada bahulu dan dimakan dengan kelapa parut.


Akak tu ada sebut nama tapi aku tak ingat nama kueh ni. Dijual depan Lam Dien Market.

Aku teruskan ke depan sebab nak makan di Faria Halal depan Bangkok Hospital tu. Ikut je jalan tadi hingga jumpa traffic lights. Ke kiri menuju ke Bangkok Hospital, ke kanan Bo Phut. Hari pertama hari tu untuk ke Bangkok Hospital aku ikut Bo Put, bapak jauh. Ibarat ko nak tendang bola ke gol sini boleh pula pi heret bola tu pergi ke gol sana pusing padang baru tendang bola. Tapi tak pe... pengalaman tu yang buat kita lebih faham dunia.

Masa di Faria Halal ni baru aku jumpa ramai orang Malaysia. Aku rasa mereka ni geng riders, datang bawa 'mem' memasing. Datang dari arah bertentangan so mesti jauh pusing tu. Kat restoran ni aku makan nasi putih setengah, ikan keli tiga keping (dihiris nipis), sup tanpa daging dan teh tarik = THB85. Murah ke mahal?

Aku berpatah balik ke Chaweng city centre. Oleh kerana jalannya sehala kita kena ikut kanan bila jumpa round about tapi kali ni aku ikut kiri. Saja nak habiskan minyak motor 😀. Bila ikut jalan ni kita akan berjumpa dua buah lagi gerai halal, terjumpa juga kedai menjual barangan seramik yang besar (nasib baik takde yang berkenan huhuu), pasar malam dan.... gay resort! Patutlah masa tiba di airport hari tu ada mat saleh tersengih tengok bag strap aku yang berwarna-warni, cis! Tak kuasa ai dengan orang bengkok nih. Senang nak kesan beg bila guna warna terang camtu. 


Boonchoo Ceramics

Tid Nom Night Market

Susu pekat manis dalam tiub yang mudah dibawa ketika travel.

Flight ke KUL 5.50 petang maka mereputlah aku duduk di taman hingga pukul tiga. Nasib baik still boleh guna wifi selepas check-out unlike hotel berbintang yang akan terus cut off connection. Hari terakhir tu jugalah baru aku nampak motor taxi jadi dapatlah ke airport dengan tambang murah sikit. Deal sesiap sebelum naik. Aku dapat 150 baht instead of 200 baht. Teksi nak 300 baht. Airport DEKAT jer... if uols beli simkad download apps NaviGo untuk transport service similar to Grab/Uber.

Short cut ke Samui International Airport tu senang je... ikut lorong sebelah Hard Rock Cafe tu. Airport kecil tapi still boleh meringankan dompet. Jika anda suka product Harnn, boleh dapatkannya di sini. Aku pernah berurut dan buat essential oil sendiri di Harnn Heritage Spa di Bangkok dulu. 

Untuk kengkawan muslim, there is a small musolla next to the gate to domestic departure. Minta izin dari security staff tu. Telekung dan sejadah dah ada, kalau tak membebankan sudilah kiranya belikan sebuah cermin kecil dan tandakan arah kiblat.

One of the souvenir.

Gate 6 and 7 are for international flights. Gate 7 air conditioned dan ada Courtesy Corner di mana disediakan free flow coffee and tea beserta snacks, kek/sandwich/kuih. 

Ai dah dua kali ke Koh Samui, awak bila nak ke sana?


Huge hut at Samui International Airport

Bangkok Airways

Sunset from above.

Post a Comment

0 Comments