Kuala Lumpur | Sharil Regalia Studio @ Regalia Residence| Ini bukan iklan berbayar tetapi jika anda ada mencari penginapan di tengah kotaraya Kuala Lumpur, aku cadangkan tinggal di apartment servis ini.
500 m dari Kuala Lumpur World Trade Centre, bertentangan dengan Stesen KTM Komuter Putra, belakang Sunway Putra Mall yang di sebelahnya LRT Putra. Area Chow Kit. Sebelum 10 malam boleh makan di Sunway Putra, kalau lewat ada kedai mamak sebelah LRT dekat deretan kedai tu. Check-in senang, hos akan berikan maklumat di mana lokasi kunci dan kad parkir. Password wifi pun hos bagi sekali. Bila check-out simpan semula kunci di situ. Satu parkir percuma, wave je dari dalam kereta bila nak keluar. Jika ada kenderaan lain sila parkir di ruang yang guna TnG/Visa di bangunan sama (terus ke kiri).
Ada kerosakan sikit lantai parquet menuju ke bilik persalinan tapi ditutup dengan alas kaki. Seterika ada tapi jenis ringan tu dan takde ironing board tapi aku bawa seterika dan kain alas sendiri. Yang aku komen kat hos hanya ketiadaan cawan je.
Kami dapat harga RM102 semalam. Memang cari bilik untuk empat orang yang tak mahal sangat sebab kami mendaftar masuk jam 9 malam, hanya nak tumpang bermalam di tempat selesa, selamat dan dekat dengan WTC. Infinity pool pun tak sempat guna.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.