Thailand | Hin Ta & Hin Yai Rocks - 'alat sulit' di pesisir pantai

Thailand | Hin Ta & Hin Yai Rocks - 'alat sulit' di pesisir pantai | Teringat dulu sekitar 1998 dimana selain our key personnel hanya aku seorang saja yang ada emel. Jadi kengkawan atau pasangan staf lain akan forward emel kepada aku utuk dikongsi. Kira jadi posmenlah. Pernah sekali salah seorang daripada mereka ini menghantar gambar pelancong wanita memeluk 'alat sulit lelaki'. Waktu tu hanya terfikir ini mesti gambar yang edited sehinggalah aku semakin kerap melihat peta pelancongan Thai berthaun kemudian.



Hin Ta & Hin Yai Rocks terletak di Lamai Beach yang tenang, 11km dari Chaweng Beach. Ia juga tidak jauh dari Hua Thanon Muslim Village yang ada kedai makan sedap tu. Bila kita turun dari kapal terbang di Koh Samui International Airport ambil sesiap peta pelancongan yang diberikan percuma. Dalam tu ada ditunjukkan tempat-tempat menarik di Koh Samui.


Apa sebenarnya Hin Ta & Hin Yai Rocks?
Batu berbentuk kemaluan lelaki dan wanita ini ada mitosnya tersendiri. Menurut lagendanya, Ta Kreng (Grandpa Kreng) and Yai Riem (Grandma Riem) yang tinggal di daerah selatan Nakhon Si Thammarat. ingin mengahwinkan anak lelaki mereka dengan anak gadis Ta Monglai dari daerah Prachuap Khiri Khan.

Semasa belayar (dedulu mana ada jalanraya) bot mereka terbalik dan mereka mati lemas. Jadi orang kampung percaya batu itu terbentuk sebagai memperingati niat mulia mereka untuk menjadi ibu bapa pengantin.

Begitulah dongengnya. Heh, percaya ke? Marah cikgu geografi oii. Baca tentang rock formation di sini. Macam mana boleh membentuk kemaluan pula eh. musykil betul.


Pemandangan Menarik Lamai Beach
Jika dari Hua Thanon, kita akan dihidangkan dengan pemandangan kebun dan lembu kerbau. Begitulah agaknya suasana Koh Samui yang asal sebelum hangat dengan kedatangan pelancong, sebelum wujudnya resort mewah dan separa mewah di sepanjang pantai peranginan ini.

Untuk ke batu ini kita akan melalui deretan kedai cenderahati. Keluar saja dari kawasan tu akan terbentangah kawasan pantai saujana mata memandang. Kena pula masanya waktu kami datang tu langit membiru indah. Ada kawasan yang airnya sangat jernih hinggakan boleh nampak ikan-ikan berenang di dalamnya.

Hin Ta tu memang jelas nampak macam zakar tapi Hin Yai... aku agak aku salah angle, sebab tak sama pun. Kalau sama malu pula nak ditunjukkan di sini 😃

Kawasan ini dibuka sepanjang hari secara PERCUMA.
 



Hin Yai. 

Tour guide yang sporting, Mr Anusit Chaidet (Luis). Bagus dia ni, jika perlukan khidmatnya boleh emelkan ke loveradiosamui@gmail.com / +66 8647 57577.

Mereka sedang meihat Hin Yai. Tersengih memasing.

Okay, i dah sampai ke Hin Ta & Hin Yai.










Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free