Thailand | Bersantai Bersama Keluarga Di Namuang Safari Park

Thailand | Bersantai Bersama Keluarga Di Namuang Safari Park | Lokasi pertama lawatan kami di Koh Samui ialah Namuang Safari Park. Safari ini tidaklah terlalu besar tetapi ia tetap menarik untuk kita menghabiskan sekurang-kurangnya dua tiga jam di sini.



Jika kita mengambil pakej sehari, kita akan dibawa melihat persembahan gajah, menunggang gajah, dibawa ke kawasan pergunungan menggunakan jip 4x4 dan berhenti di beberapa tempat untuk melihat keindahan alam dan hutan kemudian diturunkan di dalam hutan untuk berjalan ke Namuang Waterfalls setinggi 80 meter. Boleh mandi-manda di air terjun tu. Kalau nak menunggang ATV pun boleh. Kalau dah reserve masa sehari suntuk bolehlah buat semua aktiviti tu tetapi kami cuma ada beberapa jam sahaja di sana. Pakej penuh termasuk mengambil/menghantar ke hotel. 


Tarikan Sebenar Namuang Safari Park
Tarikan utama di sini sudah pastilah gajah yang mempunyai tempat tersendiri dalam hati masyarakat Thai. Alolooo comel je anak-anak gajah tu duduk dan bermain bola sepak. Pandai gajah-gajah ni, sebelum show mereka minta upah pisang dulu. Pisang tu ada dijual di pintu masuk, 100b seiikat rasanya. Sewaktu gajah mengurut penonton eiii... seriau je rasa, binatang adalah spesis yang unpredictable, kalau dipijaknya bebetul karang...

Kali ini aku memberanikan diri menunggang gajah. Aiyoo...cukuplah sekali, tangan tak lepas memegang besi tempat duduk tu.... nak memusing badan pun takut hahahha. Rasanya lebih mendebarkan daripada menaiki Ropeway Car di Kunming dulu. Naik binatang kan, bukannya stable macam naik cable car, but it was a nice experience.

Lambat nau lah kau kak... bagi sebiji sebiji...ambil sendirilah!



Berani?


Gajah depan tu berjalan sambil berak 😃😃


Ada juga pertunjukan monyet memanjat dan mengopek kelapa. Yang ni tak teruja sangat sebab dah biasa. Yang terujanya melihat orang memasukkan kepala dalam mulut buaya. beraninya dia... lama pula tu. Yang aku pelik kenapa buaya-buaya tu menganga je mulutnya? Ada yang boleh explain?

Bergambar dengan harimau tak termasuk dalam pakej kami. Kalau ada sesi tu pun aku takkan buat. Again, animals are unpredictable.

Pandai dia datang bergambar.


Namuang Safari Park menawarkan aktiviti keluarga yang menarik. Empat pakej pengembaraan ditawarkan kepada pengunjung iaitu:

Eco tour - pakej 8 jam THB1,950
Mountain & Sight Seeing Tour - pakej 8 jam THB1,850
Relax Packages - 2 hingga 4 jam. Harga bebeza mengikut program.
Exclusive Safari Tour - 5/6 jam THB1,400
Extreme Packages - 2 hingga 4 jam. Harga bebeza mengikut program.


Namuang Safari Park
Ko Samui District
Surat Thani 84140
Thailand

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free