Lagi Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya

Lagi Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya | Assalamualaikum and hellooo... salam Maulidur Rasul kepada pembaca muslim. Terima kasih kepada semua kerana masih sudi mengunjungi blog ini. Cuti empat hari ni kalau tak dapat pergi jenjalan jauh kita pergi #dekatJe... boleh?

 
Ada begitu banyak lokasi menarik di Putrajaya tetapi kurang popular di kalangan pelancong tempatan jadi blogpost ini adalah sambungan kepada Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya dulu. Tak sangka rupanya terdapat 12 taman dengan 12 konsep berbeza di sini.
 
Putrajaya mula dibangunkan pada tahun 1996 dari kawasan ladang getah dan kelapa sawit. Ia sangat sinonim dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika di-twist macam mana pun ceritanya ia tetap akan berkait dengan Dr M kerana ia hasil buah fikiran beliau. Pembinaan Putrajaya yang dulunya dikritik kini menjadi idaman ramai sebagai penempatan untuk membina keluarga.


Pemandangan Putrajaya dari PICC

Bangunan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia.
 
Putrajaya Holding bertindak sebagai kontraktor utama manakala Putrajaya Corporation menjadi pemajunya. Pada tahun 1999 kumpulan pertama bangunan ikonik di Putrajaya siap dibina dan Dr M terus berpindah ke sana sebagai galakan kepada orang lain. Dulu Putrajaya tu yang nama lamanya Perang Besar bukanlah meriah seperti sekarang... macam tempat halau jin. Sunyi.
 
Pembinaan Putrajaya sangat terancang. Setiap presinct yang mempunyai residensi dilengkapi dengan community hall dan medan selera. Terowong untuk lrt/monorel telah lama siap dibina hanya menunggu arahan 'bos besar' sahaja untuk melengkapkannya dengan koc dan stesen. Tahun 2025 nanti tema Putrajaya akan berktukar daripada 'Intelligent Garden City' kepada 'Garden City'.
 
Kalau nak bercerita fasal pusat pentadbiran kerajaan ini tiga hari pun tak habis kerana ia sesuatu yang sangat menarik untuk diketahui dan dipelajari. Nanti kita buat blogpost yang lain ya. Semalam dah tulis tentang 10 Tempat Makan Popular di Putrajaya, hari ini kita teruskan dengan...

 
Lagi Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya :
 
1) Morroccan Pavilion di Putrajaya Botanical Garden
Aku tak pernah perasan pun ada Moroccon Pavilion ni hehe... a hidden gem in Putrajaya, di tengah-tengah Taman Botani buatan yang terbesar di dunia. Bangunan ini dibina untuk menunjukkan kekayaan seni budaya Morocco. Terdapat empat galeri yang dihias mengikut ciri-ciri bandar imperial lama di Morocco iaitu Fez, Meknes, Rabat dan Marakesh yang dibina di dalam ruang seluas 18,000 kaki persegi.

Replika istana lama ini dibahagikan kepada tiga zon iaitu awam, separa awam dan persendirian. Status tetamu menentukan ke zon mana mereka akan dibawa.

Dinding bilik dihias begitu indah dengan surah suci Al Quran. Sangat indah, kena datang melihat sendiri to appreciate.

**Tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan Moroccan Pavilion.
 
 
 

Sumber di sini.
 

 
Moroccan Pavilion Putrajaya @ Taman Botani PutrajayaAdd: Precinct 1, 62000 Putrajaya.
Tel: +603-88877770
Fax: +603-88875037
Email: botani@ppj.gov.my
Website: www.portal.ppj.gov.my
 
 
2) Berpiknik dan Honeymoon dengan Cruise Tasik
Menaiki bot mengelilingi Tasik Putrajaya sememangnya popular tetapi kini telah ada Love Boat dan Picnic Boat yang boleh muat sehingga 8 orang.
 
Pakej Love Boat RM300 untuk satu jam siap light meal dari Secret Recipe manakala Picnic Boat RM50 untuk 30 minit. Pandu sendiri oittt...
Sukanya diorang atas picnic boat tu.
 
Love boat 
 
Romantika di atas Love Boat. Sumber +Gaya Travel Magazine 
 
 
3) Putrajaya Millenium Monument
Dari pintu masuk lagi sudah diceritakan sejarah Malaysia sejak tahun 1400 hingga kini jadi kalau nak baca semua kenalah peruntukkan masa selama dua jam di sini sahaja.
 
Tun Dr Mahathir telah menyimpan kapsul di sini yang hanya boleh dibuka pada tahun 2020, tahun yang diletakkan visi untuk Malaysia menjadi negara maju. Bukan sahaja maju infrastruktur tetapi juga pemikiran. Apalah amanatnya tu ya?



4) Putrajaya Wetlands Park
Merupakan taman yang terbesar di di Putrajaya dengan keluasan 335 hektar. Air dari wetland inilah yang masuk ke semua tasik buatan di Putrajaya.

Sebanyak 70 jenis pokok ditanam dan 24 jenis ikan dilepaskan di sini untuk mengembangkan bio-diversity. Ia juga merupakan santuari hidupan liar. Burung seperti Little Egret, Little Green Heron, Cinnamon Bittern dan burung hijrah dari hemisfera utara juga pernah dilihat di sini. Bird watching syoklah di sini.

 
 

Putrajaya Wetlands Park merupakan kawasan riadah yang bagus bersama keluarga. Kita boleh jogging, berbasikal atau sekadar berjalan-jalan. 
 
 
5) Kumpulan Burung di Upper Wet Land
Tempat ini tidak dicadang untuk dikomersialkan. Siapa yang tahu, tahulah. Sesiapa yang rajin berbasikal atau jogging di sini pagi dan petang insyaAllah akan berjumpa kumpulan burung yang banyak.


Selamat bercuti uolsss !!

 

 

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free