Festival Bunga dan Taman di Floria Putrajaya

Acara tahunan Festival Bunga dan Taman di Floria Putrajaya 2014 telah berjaya menarik ratusan ribu pengunjung setiap kali diadakan. Untuk tahun ini ianya telah berlansung pada 14 hingga 22 Jun 2014 di Persisiran Tasik dan Marina, Presint 4, Putrajaya.


Floria Putrajaya 2014 kali ini mengetengahkan Bunga Begonia atau Bunga Asam Batu sebagai bunga tema manakala 'Taman Bertema' dipilih sebagai tema Floria Putrajaya dimana ia  menonjolkan hiasan bunga-bungaan dan taman mengikut tema tertentu seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia. Taman Perkahwinan tu cantik sangat, buat kat rumah kampung pun boleh.

Floria Putrajaya kali ni dah kena bayar beb tapi berbaloi dengan apa yang kita akan lihat. Bayaran masuk RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Kepada yang minat dengan hiasan lanskap boleh je beli pokok bunga atau buah di gerai yang disediakan. Macam-macam ada! Aku takde beli apa-apa pun sekadar mengambil gambar je...best! Tapi cuaca masa ni kan panas bukan main lagi. Di sebelah malamnya pula diadakan Magic of the Nights yang mempersembahkan perarakan kapal berhias di Tasik Putrajaya.

Menarik ke Floria kali ini? Tengoklah sendiri daripada sedkit gambar yang aku kongsikan ni.


Ambil gambar potret di sini memang cantik!

 Yang beridea kreatif dan rajin tu boleh cuba buat kerusi taman ni atau yang seumpamanya. Really love the design. Rostrum pun ada. Aku nak ambil gambar penuh sebenarnya tapi kakak sebelah tu tak bangun bangun pulak.

Tak dapat tengok tulip berkembang di Keukenhof tu dapat tengok yang ini pun okay (sedapkan hati sendiri)

 Tengok ni tetiba teringat Pattaya



Gempak juga pelamin ni yang dihiasi jaring kelabu dengan juntaian kristal

 Motorshow ini di luar kawasan Floria@Putrajaya

Suka tak? Kalau suka tunggu Floria tahun ni pulak.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free