Lamin Dana Cultural Sanctuary in Mukah



Assalamualaikum.

Aku pernah membawa korang semua ke dalam masyarakat yang pekat dengan adat dan mistik. Satu budaya yang telah banyak ditinggalkan disebabkan pemahaman agama yang meningkat dan dikejar arus kemodenan.




Kali ini aku nak berkongsi pula satu lagi kekayaan budaya yang masih dipertahankan iaitu Lamin Dana Cultural Sanctuary di Mukah, Sibu. Jarak bandar Sibu ke Mukah hanyalah 2 ½ jam perjalanan darat. Oleh kerana Mukah ni coastal town boleh juga menggunakan perkhidmatan bot ke sini. Domestic flights pun ada.

‘Lamin’ yang bermaksud rumah dan ‘dana’ pula bermaksud lama.  Rumah lama yang asal setinggi 40 kaki telah musnah dalam sebuah kebakaran pada tahun 1890an. Oleh sebab itu dapur rumah yang sekarang didirikan secara berasingan. Rumah yang berdiri sekarang ini dibina pada tahun 1991 dengan tujuan untuk memelihara budaya dan warisan nenek moyang setelah ramai ahli keluarga berhijrah ke Miri mencari penghidupan yang lebih baik.


Menurut Puan Diana Rose yang menguruskan Lamin Dana, beliau telah mempelajari tentang adat resam Melanau semenjak berumur 8 tahun lagi tetapi sayangnya tidak dapat mempelajari cara perubatan tradisional daripada ahli keluarga yang lebih tua kerana beliau terlalu muda pada ketika itu. Sejarah kaum Melanau telah bermula lama sebelum kisah Rajah Brooke dan kesultanan Brunei, dikatakan semasa kemasyhuran Sriwijaya dan Majapahit lagi.

Menurutnya lagi Mukah bakal menjadi smart city dan pihaknya sedang berusaha dengan pihak-pihak tertentu untuk menggazetkan kawasan ini sebagai UNESCO Heritage Site. Mereka juga mendapat sokongan daripada kerajaan, NGO dan badan antarabangsa. Sekiranya berjaya Lamin Dana akan menjadi landmark kepada bandar Mukah.

Kawasan Lamin Dana yang berkeluasan 1 hektar ini akan dikekalkan sebagai kawasan kajian sejarah dan budaya. Semenjak tahun 1999 mereka telah memulakan operasi homestay dengan 2 bilik keluarga dan 8 standard. Harganya pula bermula daripada RM80 semalam. Program yang diaturkan di sini seperti Melanau Cultural Team Building dan belajar menari daripada Borneo Moves. Para penari yang membuat persembahan di sini terdiri daripada penari-penari cilik yang kiut miut.







 Gambar yang ini macam lukisan kalau tengok yang high resolution

Bercakap mengenai kaum Melanau, mereka juga mempunyai sejarah hitamnya iaitu Jerunai. Cuba godek godek balik post lama aku tentang jerunai ni. Tak pun ko google jer. Di Kampung Telian yang mempunyai 200 buah rumah ini masih terdapat 4 buah jerunai yang tidak digunakan lagi. Masyarakat Melanau yang kaya dengan adat ini juga mengukir keranda mengikut jantina. Keranda yang ada gambar buaya untuk lelaki, yang berkepala katak berbadan buaya untuk wanita. Gambar buaya tersebut adakah untuk mengesahkan lelaki suka membuaya? krik krikk…

Jemput baca Mukah Kaul Festival : A Journey To Melanau Heartland dan Tebaloi dan World Cup Berpisah Tiada yang juga produk pelancongan Mukah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai budaya orang Melanau di Mukah, Sarawak.

Untuk maklumat lanjut bolehlah terus berhubung dengan :

Puan Diana Rose
Lamin Dana Cultural Sanctuary
Kg Telian Tengah
Mukah
Tel : 019-8495962 / 084-871543
Facebook : Lamin Dana Cultural Boutique Lodge


Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada @SarawakTravel diatas jemputan ini.

2 comments

Nice! I'm from Sibu and I've been to Mukah a couple of times (love the place - ate a lot of umai, umai jeb, sago grubs, and other local Melanau delicacies there).

I've never seen this place before, looks like a nice cultural retreat! I'll make sure to stay there next time I'm back home! :)

Foreigner suka ke sana. I like tebaloi and umai jeb too

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free