Bandung, Indonesia | Industri kulit di Sukaregang, Garut




Bandung, Indonesia | Industri kulit di Sukaregang, Garut | Balik dari Gunung Papandayan tu check out lalu naik angkot ke pusat industri kulit di Sukaregang, Garut. Aku suka naik public transport cuma belum berkesempatan naik kereta kuda sebab banyak tempat yang nak dituju tetapi masa tak cukup. Bukan sahaja di Garut ada kereta kuda, di kota besar Bandung tu pun ada. Murah kot for local people.




Kagum aku dengan adik ni...sungguh bergaya dia mengawal kuda. I wish...i wish cuti hujung tahun nanti dapatlah menghantar anak aku berlajar menunggang kuda. Itupun jika kosnya masih di dalam kemampuan. Banyak benar yang nak dipelajari x 4 orang serentak boleh luruh bulu kaki bapaknya.



Ya Allah banyak betul jaket dan handbags di Sukaregang ni.... sepanjang jalan! Kalau nak yang mengikut citarasa sebaiknya kita tempah hari pertama sampai dan ambil hari ketiga. Aku ada bertanya seorang pakcik pembuat barangan kulit ni fasal nak tempah handbag malangnya stok kulitnya tak cukup untuk sebuah handbag so tak dapeklah. Next time kot. Kata pakcik tu syarikat dia supply handbags ke factory outlet di Bandung.

Aku tak beli yang dah siap sebab kebanyakannya besar gedabak. Nak sumbat diapers paket yang 15 keping tu pun muat, nak buat beg sekolah penuh dengan buku teks pun boleh, nak seludup baby pun boleh hahaaa... Adalah kriteria yang kita dah tetapkan...nak saiz begini, nak tali yang begitu, boleh sangkut di bahu, boleh sling...nak colour ni...eh pompuan kan?



Proses memotong. Dalam jahitan fungsi tukang potong adalah sangat penting. Barangan kulit dari Garut ni dieksport sampai ke eropah nun. Rajin mereka ni berniaga.

Satu yang aku tak faham pakaian sesetengah daripada mereka ni. Aku ada nampak budak sekolah dasar pakai baju putih, ber-skirt pendek paras lutut dan bertudung! Yang pakai kain sekolah paras betis tu satu hal jugak, yang pakai seluar dan skirt takat lutut je ni... tak faham sungguh. Muslimkah mereka? Mazhab apa? Di Indonesia ni kekadang agak susah nak meneka agama mereka sebab menggunakan nama Indonesia tambahan pula suku kaumnya banyak. Dengan rakyat yang seramai 250,000 juta, bayangkanlah betapa banyak perbezaan budaya dan bahasa.
 
Haihh....best pulak Garut ni.

Time nak balik ke kota Bandung kononnya tak nak naik bas yang pendek hari tu, sempit. Naik bas panjang konon... baru setengah jam bas rosak pulak...kena tunggu bas gantian. Cancel terus program ke FO malam tu.
 
 

Post a Comment

0 Comments