Salam sejahtera semua!
Hari ni 12 Mei I melakukan aktiviti yang paling menarik di Garut, mendaki gunung untuk menikmati keindahan Gunung Papandayan, gunung berapi aktif yang terletak di Garut, Bandung. Sejak empat tahun yang lalu berhajat ke sini kini baru ada rezeki. Rezeki ayam bolehlah nampak di kaki ye tak?
Petang semasa sampai di Cipanas sibuklah aku mencari pakej ke Gunung Papandayan tapi tak ada sebab hari Isnin. Kalau
weekends memang ada so boleh share transport. Ikhtiar terakhir kena naik motor
dan harga sewanya pulak lebih mahal dari tiket flight aku ke Bandung. Kecewa
den, tu belum termasuk tiket masuk dan kos servis guide lagi. Ah! Lain kalilah
nampaknya. 😢
Malamnya datang seorang pakcik ni sembang-sembang di lobi. Aku rasa dia dah tahu aku nak ke
Gunung Papandayan so dia offer naik motor 250k rupiah dan katanya guide dalam
100k rupiah, boleh tawar harga katanya. Yang harga dia pulak dapat dikuranglan
20k rupiah aje. Terima ajelah dah itu aje pilihan yang ada.
6.25
pagi kami bertolak naik sepeda. Perjalanan ambil masa sejam setengah lebih kurang. Tak jauh
mana pun …. 20km je tapi jalannya hmmmm…. Pemandangan menakjubkan dengan hamparan sawah padi dan padi bukit. Ada juga yang ditanam di lot-lot kecil
tepi jalan macam di Bali. Suhu di sini agak sejuk.
Sampai
di Cisirupan, ambil mountain guide di rumahnya then naik motor lagi 7 km naik keatas.
Jalannya huiyaiiii….bergegar badan, tak payah beli mesin gegar punggung yang
diiklankan kat tv tu lagi 😄. 7 km baru sampai ke parking lot, nak tengok
kawah gunung berapi kena naik lagi 2300 meter. Parking lot tu pulak dah ke bawah
sebab yang dulu dah rosak akibat letusan tahun 2002. Kalau yang lama tu
kita kena berjalan dalam 10 minit je untuk sampai ke kawah.
Ada
10 kawah besar yang aktif di atas gunung, campsite pun ada. Antara kawah-kawah
tu ialah Kawah Belaganama, Kawah Seeng, Kawah Pengantin, Kawah Gas, Kawah Danau,
Kawah Es, Kawah Manuk, Kawah Racun, Kawah Emas. Dalam banyak-banyak ni Kawah
Emas yang paling besar dan Kawah Danau yang terbaru hasil letusan 2002.
Air
sungai yang terhasil dari gunung ni ada empat warna bemula dengan warna perang,
hijau, putih dan jernih. Gunung Papandayan ni pula tingginya 2622m dan aku
berjaya naik sampai kawah baru yang setinggi 2300m! So unbelievable! Baru je
aku bercerita yang aku ni tak pernah naik gunung.
Nak
ke puncak jalannya agak landai berbatu bersesuaianlah untuk pendaki amatur macam aku ni tetapi perjalanan turun agak bahaya
jugak. Aku sendiri pun dua kali jatuh, sekali sempat tahan dengan tangan (sakit
ok) sekali lagi terduduk sebab batunya bergerak. Guide den pun jatuh inikan
pulak den. Jalan ni berkeadaan natural yang mana kalau hujan lebat jalannya
akan beralih ke lain.
Batuan gunung berapi ialah batu yang terbentuk daripada lava yang meletus daripada gunung berapi. Jenis batuan hasil letusan gunung berapi antara lain batu apung, batu basal, ignimbrit, dan berbagai material piroklastik lainnya seperti abu vulkanik, lapili dan bom vulkanik. Aku tak tahu apa jenis bantuan di sini tapi ia batu kerikil yang besar besar.
Sangat hebat perasaan bila dah berjaya mendaki gunung
walaupun taklah setinggi mana. Okaylah tu kan sebagai permulaan. Takrif
kejayaan kitakan tak sama. Pada akulah, walaupun lebih jauh jaraknya nak ke atas tapi lutut taklah terseksa macam turun 1.2km ke Kawah Domas di Gunung Tangkuban Perahu dulu. Trekking di Kinabalu Park pun aku rasa lutut dan betis ni seksa gak.
Di
waktu pagi tu berkabus tebal so tak nampak apa yang ada di bawah gunung, bila
dah pukul 11.30 pagi barulah nampak daerah Garut. Kalau nak bermalam di
campsite perlu menggunakan khidmat guide juga dan jalannya di sebelah kanan
selepas kawanan kawah tu. Masa berjalan naik kami bersekali dengan seorang pakcik yang mengangkut dua buntil baja di bahunya. Kebun dia ko nak tahu di mana? nun di sebalik gunung. Gigih betul dia.... haishh kesian pulak. Teringat seorang pekerja Indonesia di kampung aku, katanya pada mak, kalau di sini susah susah pun boleh dapat rm100 sehari kak.. kalau di kampung saya rm15 aja. Lubuk duit sebenanya negara kita.
Enjoy gambar yang tak seberapa ni ya…!
Tak ready apa pun... tak exercise tak berlatih turun naik tangga tak pakai kasut!
Menderu-deru asap keluar dengan bau sulfurnya. Kalau tiba-tiba meletus without warning jadi sate lah aku.
Masyaallah masyaallah masyaallah subhanallah
Bersauna sat.
Sulfur
Berdekatan dengan car park ada sebuah kolam air panas untuk mandi-manda. Surau pun disediakan.
Tak sangka aku dah sampai ke atas Gunung Papandayan!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.