WW II | Kinabalu War Memorial, Kundasang

Kita sambung lagi pengembaraan di Kundasang, Sabah. Semua tempat kita tak mahu terlepas nanti bila balik rumah teringat-ingat pula. 



Kami membawa anak-anak mengimbau sejarah lampau yang tidaklah begitu lama tetapi sangat terkesan di hati mereka yang terlibat secara lansung. Satu sejarah pahit perang dunia ke-2 dirakamkan di Kinabalu War Memorial, Kundasang. Ada beberapa artikel akhbar yang dipamerkan di sini untuk tatapan generasi muda dan orang yang ingin mengambil tahu.

Kisah Prisoners of War (POW) yang kebanyakannya tentera Australia yang dipaksa berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau. Dua orang sempat melarikan diri diawal perjalanan manakala empat lagi setelah sampai di Ranau dan mendapat bantuan orang kampung tetapi lebih ramai yang meninggal dunia akibat keletihan, kelaparan, penyakit dan diseksa. Betapa kejamnya tentera Jepun pada masa tu. Zalim betul mereka di zaman perang tu tapi sekarang hampir kesemua barangan elektrik dalam rumah kita dari Jepun. Selipar pun selipar Jepun. Aku pun masih menaruh harapan untuk sampai di Jepun.


Kisah Sandakan Death March banyak dikaji oleh seorang pakar kaji sejarah, Lynette Silver. Pada 29 Mei tahun depan genaplah 70 tahun Death March yang kedua. Hanya empat daripada 536 orang yang berjaya hidup. Perjalanan maut yang pertama berlaku pada Januari 1945 dengan rancangan asalnya untuk menjadikan banduan perang yang sihat ini sebagai kuli di Jesselton (kini Kota Kinabalu) tetapi terpaksa dihentikan setakat Ranau akibat aktiviti pemantauan dan pertahanan tentera perikatan. Manakala perjalanan maut yang ketiga hanya melibatkan 75 orang di pertengahan bulan Jun tahun yang sama.

Kira-kira separuh daripada mereka berjaya sampai ke Ranau tetapi akhirnya mati jua disebabkan masalah yang telah aku beritahu tadi. Gila weiii...bukannya ikut jalanraya macam sekarang, ketua kampung yang diarahkan Jepun membuat laluan hutan tu tak tahu pun tahanan perang ni nak menggunakannya jadi dia buatlah jalan jauh yang tiada akses kepada perubatan dan makanan. Secara keseluruhan 1400 orang yang meninggal dunia merangkumi dari beberapa negara. Daripada 2434 banduan, 1787 berasal dari Australia manakala 641 British.
hahaa...aku pun ada bergambar macam ni dulu






Sekiranya ada yang sihat tubuh badan dan fit teringin nak mengikut track banduan perang ni boleh hubungi beberapa orang nature guide and jungle trekker berpengalaman. Cari yang hampir tiada kedengaran kes kemalangan ya. Kalau dulu mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 250km dalam kelaparan dan kesakitan untuk sampai ke Ranau aku yakin guide korang tu akan bela korang elok-elok...maklumlah orang Malaysia kan mesti cukup makan huhuhuuu....  Tahun 2011 dulu dah ada kumpulan yang mengikuti death track ini sepenuhnya.

Lokasi WW II | Kinabalu War Memorial, Kundasang
Di Pekan Kundasang

Harga tiket pelancong tempatan
RM2 sahaja



Sebahagian perjalanan 2014

https://plus.google.com/photos/114318030142147562925/yearinphotos2014?authkey=CMPcn4jdrM-tDQ


err...kenapa dia bagi 50 saat jer??

Menyusukan anak lembu di Desa Dairy Farm

Pernah tak tengok iklan susu jenama apa ntah di tv yang pemandangannya sangat indah membuatkan kita terfikir...tu mesti kat New Zealand. Ada kan??...



Fikiran kita seperti dah diset yang cantik cantik dan best semua di tempat orang, kat negara omputehs. Walhal di negara sendiri begitu banyak tempat yang menarik. Hampa rajin-rajinlah mai blog aku ni... masih banyak post dalam draft yang boleh dijadikan panduan melancong.

Ada lebih banyak gambar pemandangan di ladang lembu yang menarik dalam A visit to Desa Cattle Farm . Lepas ni boleh tengok ya. Ladang ini adalah tempat yang paling menarik di Kundasang (pada aku lah). Dengan pemandangan Gunung Kinabalunya, lembu susunya, susu segarnya dan hands on experience memberikan rumput serta menyusukan anak lembu di Desa Dairy Farm!

Ladang ini terletak di kaki Gunung Kinabalu. Aku rasa ketinggiannya dalam 1600 meter dari aras laut berdasarkan apa yang ditulis di homestay tempat tinggal kami. Apa yang akan kita lihat adalah suatu pemandangan yang sangat indah, sangat tenang dan nyaman. Lembu-lembunya taklah yang macam kek kampung den tu hahhahaa...sesiapa yang pernah melalui jalan Seri Menanti ke Kuala Pilah fahamlah apo yang den kobakan hahaaa...


Bagaimana nak ke  Desa Dairy Farm?

Setelah menempuhi perjalanan selama 2 setengah jam dari bandar Kota Kinabalu kita akan sampai di Pekan Kundasang. Belok kiri menghala ke Mesilou Nature Park. Di pekan Kundasang tu letaknya Kundasang War Memorial dan kita akan dapat melihat perkampungan dan ladang sayuran di sepanjang jalan. Di bahagian bawah ni suhunya dah tak berapa sejuk berbandung tahun-tahun yang terdahulu, dah sama macam Cameron Highlands akibat pembukaan ladang yang meluas. 

Aku tak sure berapa kilometer naik ke atas tapi jalannya memang menegak, banyak guna gear 1, 2 dan 3 sahaja. Kepada korang yang menginap di Mesilou adalah lebih baik membeli barang keperluan di pekan Kundasang dahulu bimbang kedai runcit yang di atas nun tak ada barang yang ko perlukan. Ikut je signboard pasti sampai ke ladang tenusu ni. Ada seorang driver yang kami bawa tu mengalah dari awal, tak berani katanya.



Ia dibuka kepada umum jam 9 pagi dengan bertiket. Kalau datang awal dapatlah melihat puncak Gunung Kinabalu dengan jelas di sini. Lebih lewat kita sampai kabus akan melindungi keseluruhan puncak gunung tu tapi ikut nasib jugaklah kan. Namun berpagi-pagi itu lebih baik. Cuma, susu lembu diperah pukul 3 petang. Dah beberapa kali aku ke sini barulah dapat melihat sendiri proses memerah susu lembu. Bukan dengan tangan tapi mesin. Sakit tak lembu tu eh?

Kalau nak melihat proses ini boleh ke kedai yang menjual produk tenusu, di bahagian belakang tu je.


Lepas tu kami bergegas pula ke tempat menyusukan anak lembu di Desa Dairy Farm ni. Dengan bayaran sebanyak RM1.50 kita akan diberikan sebotol susu to feed the calves. Wahhh berebut-rebut anak lembu nak menyusu daripada 'harimau'. Suka betul anak aku..bersinar mata dia. Aku sebagai mak lagilah gembira sebab mereka sangat suka trip kali ini. Nak pergi lagi katanya...tak dapatlah jang, hujung tahun depan nak pergi Penang pula insyaAllah. Nak bagi ko berayun di Escape Theme Park tu.


Mamat ni tak cukup sebotol, minta duit lagi nak bagi susu kat lembu.


Ini baru iye ladang lembu...nampak lembu saja.

Ladang seluas 199 hektar ini mengahasilkan 900,000 liter susu setahun. Lembu yang diternak adalah dari jenis Fresians kerana mampu menghasilkan susu yang terbanyak.

Tiket masuk yang dikenakan:
RM4 - pelancong tempatan
RM10-pelancong asing

GPS : 6.013877, 116.593519
Contact Number: +6088-889562
The real attraction here is the cattle farm, producing about 900,00 litres of milk per year. The farm is 199 hectars and most of the milking cows are Friesians, the highest milk producers of all cattle breeds. - See more at: http://www.sabahtourism.com/destination/desa-cattle-dairy-farm#sthash.8UCzuDoA.dpuf
The real attraction here is the cattle farm, producing about 900,00 litres of milk per year. The farm is 199 hectars and most of the milking cows are Friesians, the highest milk producers of all cattle breeds. - See more at: http://www.sabahtourism.com/destination/desa-cattle-dairy-farm#sthash.8UCzuDoA.dpuf

Pasar Karat Jalan Sultan, Kuala Lumpur

Pasar karat sinonim dengan tempat menjual barangan terpakai. Terdapat pelbagai barangan yang dijual seperti jam, beg, kasut, pakaian dan lain-lain lagi. Ada juga barangan yang baru seperti handphone casing, kabel telefon dan stokin.



Kalau dulu berpeluang melawat pasar karat di Johor Bahru, kali ini disebabkan bas dan tren komuter dah terlepas, aku bermalam di Petaling Street dan berkesempatan untuk melihat-lihat Pasar Karat Jalan Sultan, Kuala Lumpur. Letaknya di lorong belakang diantara Jalan Petaling dan Jalan Sultan.


Bila berkunjung ke mana-mana negara pun aku suka ke night market, flea market dan charity shop. Percaya tak aku pernah membeli blazer yang masih baru brand Laura Ashley dengan harga GBP7 sahaja? Kalau digantung di butik tak mampu den weh. Standard mak datin dah tu.

Owh lupa nak bagi tahu, aku stay di Hotel Dragon Inn depan Kotaraya tu. Sewa asalnya RM80 semalam, bila aku berpusing nak keluar mencari hotel lain dia offer RM50 tapi berkipas. Haa...nasib baik...masa check in tu pun dah pukul 12.30 malam takde hal lah guna kipas. Aku pun bukannya terus mandi, sempat lagi pi makan roti canai kat kedai sebelah hehee..

Menurut staf hotel tu pasar karat akan dibuka jam 6 pagi. Pukul 6.30 aku dah keluar. Dalam golap bumin tu den jalan ikut lorong belakang kedai makan. Mak aiii....punya besar tikus lalu lalang, terperanjat mak! hahahaa...rupa-rupanya aku lalu kat tempat pembuangan sampah kihkihkih...dah siang baru nampak.

Ramai yang dah mula berniaga tetapi ada juga yang baru sampai. Pelanggan dah ramai. Dua tiga kali juga aku meronda di situ...sempatlah pergi sedut duit di bank takut duit tak cukup. Diawal waktu tu ada sebuah laptop untuk didagangkan tapi sebijik sama macam aku punya...lebih lima tahun punya barang so aku tak tanyalah berapa harganya. Bila aku patah balik dah tak ada. Laku keras. Habis jugalah rm88 duit aku di sini...membeli barang-barang terpakai tetapi masih bagus termasuk beberapa buah buku yang masih baru.

Sebelum ni DBKL pernah menghalau keluar peniaga pasar karat tersebut 'diatas saranan' sebuah akhbar. Pada akulah kan, lebih baik biarkan mereka berniaga asalkan barangannya 'halal'. Tak perlulah berlesen sebab di mana-mana negara dalam dunia ni ada flea market nya sendiri sehingga sesetengah pihak berkuasa tempatannya menyediakan tempat khas untuk berniaga. Dah menjadi tarikan pelancong pasar pasar sebegini.

Pasar karat di Penang belum berkesempatan nak pergi...nantilah kalau aku ke sana aku update di sini.






Jungle Trekking di Kinabalu Park

Jungle Trekking di Kinabalu Park | Hari kedua, seperti yang dirancang kami bawa anak-anak jungle trekking di Kinabalu Park. Aku dah bagi tau kawan yang ikut tu, walaupun saya bawa famili kak, itinerary tetap macam saya jalan sensorang. Janganlah risau ikut famili aku ni cuma nak mula bergerak di waktu pagi je ada kesukaran sikit. Sikit je. Bawa budak kecik kan...

Dalam perjalanan ke Kinabalu Park kami singgah sebentar di Rumah Terbalik. Tiketnya berharga RM10 untuk pelancong tempatan. Aku tak masuk sebab dulu dah pernah. Ada renovation di bahagian halaman rumah. Kereta merah tu pun dah alihkan tempatnya. Punyalah ramai orang waktu cuti sekolah ni...



Kami drive sampai ke Timpohon Gate tempat permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu, gunung yang berada di Banjaran Crocker dengan ketinggian 4,905.20 meter dari aras laut. Ia merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara yang terbentuk daripada batu granit. Suhu di kawasan ini pun dah sejuk sampai berasap mulut apatah lagi di atas gunung nun yang boleh mencecah 0 darjah selsius.

Biasanya para pendaki akan bermalam di resort atau hostel di dalam kawasan Kinabalu Park ini juga. Kira tempat berkumpullah kerana pendakian akan dimulakan di waktu pagi sehingga sampai ke rumah rehat di ketinggian 11,000 kaki. Kemudian pukul 2 pagi esoknya kembali mendaki hingga ke puncak. Selepas selfie bagai di puncak tu barulah turun semula. Kalau berhajat mendaki silalah buat latihan keras ya sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mendaki. Bukan sekadar berjogging, turun naik tangga, panjang bukit dan gunung, nak test lutut tu dulu dan tempah tempat setahun sebelum pendakian. Demi keselamatan dan penjagaan alam sekitar jumlah pendaki dihadkan untuk satu satu masa.
  
 
 
 
Yang untung 'anak ghimau' tu, berdukung sampai atas hehe... nasib baik dia kata nak ayah..nak ayah..

Sejak aku dan bos datang sini dulu kami dah berazam hendak membawa anak-anak trekking di tempat yang indah ini. Biar mereka tahu menghargai alam. Dan sememangnya mereka exited sayangnya cuaca tidak mengizinkan menyebabkan kami dapat mendaki sehingga 500m sahaja. Dulu ayahnya boleh pergi sampai 1000m, aku 800m jer. Letih weiii nak tambah 50m lagi pun tak berdayo. Kali ni bawa budak kecik so bila hujan makin deras rintiknya kami pun berpatah balik. Takut juga nak turun dalam hujan lebat...karang tergelincir ke tak ke naya?

Carson Fall

 Yang seorang ni dok heboh mulut berasap


Setiap kali aku lalu di kawasan berhutan, bukan sahaja di Kinabalu Park ini, aku akan minta anak-anak pandang sepuasnya dan nikmati kehijauan tu. Kebetulan di sini, hidu udara bersih dan bau dedaunan tu. Nyaman. Sekarang zaman duit dan ketamakan, asal jadi duit semua nak ditarah dan dijual. Apalah yang tinggal untuk anak cucu kita nanti.

Kinabalu Park telah dinobatkan sebagai taman negara pada tahun 1964 (antara yang terawal) dan yang pertama di Malaysia diberikan taraf World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 2000 disebabkan "nilai luar biasanya". Ia juga berfungsi sebagai antara kawasan biologi yang terpenting di dunia dengan 4,500 spesis flora dan fauna, termasuk 326 beburung dan 100 spesis mamalia. Aku adalah nampak rerama dan burung seekor dua. Mungkin masih di kawasan rendah kot. Lagipun dah tengahari memang susahlah nak nampak hidupan hutan ni. Mereka kan dah keluar mencari rezeki sejak pagi lagi, macam manusia juga.

Rekod kehebatan manusia mendaki gunung

Kita bawa mereka jalan-jalan dulu... mana tahu pengalaman ini boleh inspire mereka untuk mendaki Gunung Kinabalu suatu hari nanti? Aku dan suami sokong je... perkara yang baik kita sokong. Yang penting jaga keselamatan diri dan jangan sesekali lupa Tuhan. Nak harapkan mak dia? entahlah...hehehe

Kepada yang berminat untuk mendaki silalah book tempat setahun awal dan book sekali guide yang disukai. Kalau tak kenal mana-mana guide pihak taman negara akan beri mana-mana yang ada je lah tapi jangan risau mereka ni terlatih. Elok sewa porter sekali tolong angkatkan barang. Mereka tu urat dawai tulang besi. Upahnya mengikut kilo, boleh bajet dari sekarang.




Percutian keluarga bersempena wedding anniversary yang ke-17. Alhamdulillah semua happy. Nanti kita sambung ya..banyak lagi tempat kami pergi.





Penginapan Murah dan Best di Kundasang dan Kota Kinabalu


Bila pergi melancong salah satu perkara yang penting adalah tempat tinggal. Biasanya kita membuat penempahan awal melalui rekomendasi kawan-kawan ataupun pembacaan diblog. Ejen penempahan juga banyak membantu.

Bila peruntukan yang banyak telah dibelanjakan kepada pengangkutan, makanan dan pakej pelancongan di sesuatu tempat maka bab penginapan akan kita akan korbankan. Eh eh…betul tak? Itu untuk orang yang perlu berbajet bajetlah. Oleh sebab itu tajuk kali ini adalah Penginapan murah dan best di Kundasang dan Kota Kinabalu berdasarkan pengalaman aku baru-baru ini ke Sabah; sebuah destinasi percutian dalam Malaysia yang SANGAT menarik. Sebut saja nak meneroka darat, laut atau gunung Sabah bersedia memenuhinya. Ini kali keempat atau lima aku ke Kota Kinabalu, tak muak muak ke sana.

Malam yang pertama kami di Kota Kinabalu

Oleh kerana kami sampai pun dah senja adalah tidak sesuai untu terus ke Kundasang. Kami menginap dekat Le Meridien. Faham betul betul…dekat Le Meridien bukannya di Le Meridien hahahaa….Tempat rehat kami di Iskandar Sinsuran berdepan dengan Pasar Filipina. Ulasan ringkas aku, sangat berbaloi kepada sesiapa yang tidak kisah tentang ‘kelas’. Biliknya agak luas, bilik air pun bersih malahan bila aku request extra bed kami diberikan dua buah tilam spring 10 inci yang ditindan supaya sama level dengan katil sedia ada serta dipasangkan cadar dan selimut seperti katil yang lain. Servis pun baik pulak tu. Di bawahnya ada kedai runcit dan restoran mamak. Pasar Fillipina pula bertentangan haishhh... nak apa lagi? 

Di KK kehidupan malamnya taklah semeriah mana bagi orang yang tidak ke kelab malam so nak mudah tidur kami makan apa suka di gerai depan tu kemudian jalan jalan cuci mata di pasar malam. Balik pasang air cond, mandi dan bammmmmm tidur. Tak banyak songeh dah memasing.


Malam kedua kami di Jilienija Homestay, Mesilou

... 1600m dari paras laut yang tertinggi dan tersejuk di Malaysia

Dulu aku pernah menginap di The Pines Resort, di homestay sebelah PR, hotel di pekan Kundasang dan kini bertukar angin ke Mesilou. Homestay ini berhampiran dengan ladang lembu Desa Dairy Farm. Jika nak ke ladang tu belok kiri homestay ni terus ke depan. Memang nak stay di tempat tinggi dan dekat dengan Mount Kinabalu. Haa….di sinī ada cerita sikit. Eloklah pihak pihak tertentu ambil perhatian sikit dan perbaiki mana mana yang patut.

Homestay di Mesilou ni aku dah tempah awal. Aku nak homestay 2 bilik berharga RM200 semalam dan pihak yang menguruskan tu telah menghantar gambar melalui whatapps. Disebabkan banyak aktiviti dalam perancangan ditambah anak-anak tak ada experience lansung tinggal di penginapan jenis itu jadi homestay adalah paling sesuai untuk menimba pengalaman baru.

Awak tahu tak konsep homestay yang sebenar?

Konsep homestay sebenarnya ialah penyewa tinggal bersama tuan rumah. Breakfast pun tuan rumah yang sediakan. Lunch dan dinner kalau kita minta dan dipersetujui dengan harga tertentu. Hakikatnya ramai yang menjual nama homestay sedangkan mereka hanya menawarkan penginapan sama seperti hotel dan rumah tumpangan dengan harga yang lebih rendah sedikit. Walau bagaimanapun ramai daripada kita yang tak kisah sebab lebih selesa tanpa kehadiran orang luar, lainlah kalau kita ke negara lain nak juga merasa tinggal bersama Rangga di rumahnya. Heh! Tetiba nak serumah dengan Rangga.

Kami tiba di homestay yang dipersetujui lewat petang. Aku tak kisah sangat bilik yang sempit sebab sejuk dan telah compensated with attached bathroom. Yang tak puas hatinya dapur tak ada seperti yang aku minta. Gila frust tak dapat masak hahaaa….isteri mithali sangat. Tuan rumah tu nak besarkan rumah so dapurnya tak boleh digunakan. Alah kalau ada pun kat luar…tak sesuai sangat. Sejuk weiiii… siang pun 20c. Towel pun tak ada. Bila aku minta dapatlah sehelai sedangkan masa aku tinggal di homestay yang seberang sana dulu siap towel dan hot shower lagi. 

Aku tak puas hati lalu minta tukar. Dapat rumah yang di bawah ni….aku suka! Highly recommended! Lengkap serba serbi. Satu perkara kena ingat, walaupun hot shower disediakan, Mesilou sangatlah sejuk jadi kalau dipulas sampai nombor 4 pun taklah panas sangat airnya.

Rumah ini juga mempunyai dua bilik dan disewakan dengan kadar RM250 semalam.
 

Salah angle aku ambil gambar rumah ni. Di sebelah kanan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu manakala di sebelah kiri arah matahari terbit ada sebuah sekolah rendah SK Mesilou. Sampai je rumah semenanjung aku teruslah minta anak buah apply sekolah ni hahaa...murid dahlah tak ramai, dapat banyak elaun pulak tu. Pemandangan cantik dengan udara yang bersih. Sihat tubuh badan duduk sini.
 

Letih betul menjaga budak sorang ni asyik turun naik tangga, sudahnya kami sorokkan tangga tu. Di bilik sebelah ada katil dua tingkat ini saja. Tak banyak songeh pun budak-budak tu sebab sejuk. Sila abaikan segala yang bersepah tu ya.

Lepas angkat semua barang dari rumah pertama kami diberitahu yang rumah ini dah ada yang booking keesokan harinya. Aduh! Frust giler. Nak marah pun ada tapi tuan rumah ni punyalah baik tolong carikan rumah lain. Lepas aku buat site visit I decided to shift there on the next day. Poneklah den berpindah randah. Lagipun dapur kat Homestay Salman kecik sikit. Yang menariknya di situ boleh dengar deruan air sungai di hadapan homestay. Haishhh pindah lagi esok hari. 

Di Sabah subuhnya bermula jam 4.48 pagi. Anehnya boleh pulak aku bangun awal dan berjaga sampai ke malam. Gambar di bawah ni dalam pukul 5.30 pagi kot. Bila di sini janganlah korang melepak di dalam rumah aje sangat rugi okay. Lihatlah alam ciptaan Allah ini sepuas-puasnya...entah bila lagi akan sampai ke sini. Bertuahnya orang Sabah.

 
 



Oleh sebab sejuk, baju tidur boleh recycle sampai 3 hari. Travel light gituh.

Di kawasan ini ada sebuah kedai runcit yang dibuka sehingga pukul 8 malam. Bangun pagi tu aku terus berjalan-jalan di sekitar kampung. Banyak pulak anjing pepagi tu yang bukan main garang lagi menyalak. Teringat satu tips, kalau ada anjing menyalak garang kat kita kita pura-pura tunduk ambil batu. Memang berkesan tapi aku memang pegang pun batu tu siap acah nak lempar lagi hahaaa...

Jika jalan terus ke hadapan tempat aku berdiri tu kita boleh ke sebuah kelab golf. Di simpang kiri sebelum kelab golf tu arah ke Mesilou Nature Resort. MNR adalah salah satu tempat permulaan pendakian Gunung Kinabalu yang dikatakan lebih mencabar berbanding di Pondok Timpohon di Kinabalu Park. Kata orang cantik tempat tu. Aku ajak bos naik tapi bila tengok jalannya menegak naik tak jadi lerrr...kami pusing di banglo Maple Brook tu aje.

Di bawah ni Sek Keb Mesilou. Betapa cantiknya pemandangan di sini kalau you all tengok secara live. Kita berada di atas awan.


 

Malam ketiga kami di Salman's Homestay, Mesilou

... 1600m dari paras laut yang juga homestay tertinggi dan tersejuk di Malaysia 

Walaupun kami sangat suka tinggal di Jilienija Homestay rumah tu dah ada orang booking keesokannya. Itulah yang aku katakan diawal tadi perlu penambahbaikan dalam proses booking dan pemilihan rumah untuk pelanggan. Aku redha je lah walaupun leceh berpindah randah. Nasib baik bebudak ni bawak beg sekolah masing-masing sonang kojo den bagi arahan yo. Homestay yang ini berada dalam 100m dari rumah tadi.

Ada sesuatu yang kita boleh belajar dan pengalaman ini sesuatu yang menarik juga. Aku tak rasa terbeban sangat sebab bos sama-sama menguruskan anak-anak. Homestay yang ini ada kelebihannya tersendiri walaupun susunatur ruangnya agak sempit. Tapi, tempat 'lepaking'nya meletop!

Pemilik homestay yang ketiga ini merupakan seorang lelaki muda dari Kota Kinabalu. Rumah ni jenis papan sederet empat pintu. Yang seunit lagi masih dalam pembinaan. Suasananya memang menarik dengan adanya ladang sayuran dan sungai mengalir deras di bahagian hadapan dan puncak Gunung Kinabalu kelihatan jelas di belakangnya. Scenery wise ngam. Yang tak berapa best dapurnya kecil, terbuka dan di bawah (luar). Kalau korang tak nak masak beriya-iya okay je kat sini. Masa kami sampai tu banyak perkakas yang tiada atau tak cukup. Kami dok ulang minta itu īni sampai rasa segan pulak. Susahlah cik kiah nak menyediakan hidangan untuk anak-anak burung yang ramai ni kalau perkakas tak lengkap… adakah sebab dia bujang? hohohoooo... 

Kami check-in dalam pukul 6.45 malam, dah gelap. Plan asalnya nak buat bbq tapi ayam yang kami beli pun bukan main keras kejang lagi baru keluar dari freezer kedai. Badan pun boleh tahan letih berjalan dari pagi sampai senja siap naik Canopy Walk di Poring Hot Spring lagi. Lagipun dalam hujan tu suhu bukan main sejuk lagi. Sesiapa yang keluar masuk tak tutup pintu siaplah kena bebel.


Setiap unit homestay ni ada dua bilik dengan katil queen bertilam foam. Tak berapa best tilam tu. Extra bed lengkap tilam bantal selimut cuma RM15 sahaja satu set. Dapurnya secara terbuka di bahagian luar macam gambar atas tu (yang dituup dengan papan sekerat tu-masih kawasan rumah kitalah). Dari dapur tu boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas. Mesin basuh dan fridge pun ada di luar. Wifi pun ada...request password awal sket sebab diorang ni tidur awal. Macam pelik je aku pun tidur seawal pukul 11.00 hehee..

Masa aku masak malam tu takdelah rasa sejuk sangat...sebab berdiang agaknya...tapi air paip wuiii macam baru keluar dari peti ais. Sangat sejuk! Untung penduduk kampung tanpa wayar ni, elektrik aje kena bayar, air free dari gunung. Tak sanggup nak mandi malam tu walaupun ada air panas. Air je panas tapi lantai sejuk.

 Kalau nak buat bbq sila inform tuan rumah lebih awal. Bakar kat varandah ni je...


Di sebelah kanan atas tu ada ladang sayuran manakala di bawahnya pula air sungai menderu kuat. Sangat indah alam ciptaan tuhan ni. Aman damai sangat berehat di beranda ni. Orang rumah sebelah dari Sipitang pun ramah, dapatlah berbual-bual menambah informasi.

  Nampak tak yang putih berbintik-bintik di tengah tu? Burung baru bangun mencari rezeki. Indahnya suasana dikala matahari terbit.
Duduk breakfast di sini sambil mendengar deruan sungai owhhhh...


Kalau berminat bolehlah hubungi tuan rumah si lelaki ganteng bernama Salman di nombor 013-8595737 atau boleh tengok gambar lain di fb beliau.

Wahhh masa aku tengah siapkan blogpost ni tetiba bos kata next time kita beli ikan siap siap dari KK untuk bbq. Huiyaiii...bilo nak poi laie tu bang??


Updates
Disebabkan ramai yang membaca post ini maka aku akan tambah lagi homestay menarik di Kundasang/Ranau dari semasa ke semasa.


Hounon Ridge Farmstay & Camping
Kg Himbaan, Bundu Tuhan, Ranau, Sabah.

HOUNON bermaksud berkabus dalam Bahasa Dusun yang merupakan salah satu suku dominan dalam negeri Sabah

 


Sumber di sini.

Tak perlu bercerita panjang kot, tengok gambar dan baca komen di facebook Huonon Ridge Farmstay pun dah tahu best.











Apa lagi yang menarik di Pulau Pinang?

Apa lagi yang menarik di Pulau Pinang? | Sejarah Pulau Pinang sebenarnya telah berusia lima hingga enam ribu tahun jika mengikut kajian G.W. Earl. Namun begitu kebanyakan pengkisahan sejarah negeri ini berkisar sekitar kedatangan Francis Light dan perjanjian antara dirinya yang mewakili Syarikat Hindia Timur dengan Sultan Kedah untuk memiliki Pulau Pinang pada tahun 1786. Sebagai balasan di atas penyerahan ini Sultan Kedah dan jajahannya akan dilindungi oleh pihak Inggeris daripada serangan musuh di sekitarnya yang kuat.

 
Begitulah perjanjiannya tetapi bila Malaya diserang Jepun depa semua cabut lari, bila Jepun menyerah diri boleh pulak depa claim kesemua negeri jajahan tu masih hak dia. Bagus betul perangai. Pada tahun 1800 Francis Light dapat pula Seberang Perai yang dulunya dinamakan Province Wellesley sempena nama Gabenor British di India. Cerita penjajah yang banyak kita tahu sehinggakan penduduk asal termasuk yang di Seberang Perai seolah-olah diketepikan didalam penulisan sejarah. Kelebihan penjajah ni... mereka merekodkan setiap peristiwa.

Penempatan orang-orang di Pulau Pinang seperti diatur mengikut kaum contohnya orang-orang Eropah menetap di Light Street, orang Serani dari Kedah dan Phuket tinggal di Bishop Street dan Church Street (Lebuh Gereja). Pedagang China Selat yang berhijrah dari Kedah dan Melaka telah bertumpu di China Street manakala pedagang India menetap di Chulia Street. Orang-orang Acheh, Sumatra dan Melayu menetap di Acheh Street manakala orang Armenia di Armenian Street. Ada orang Armenia jugak eh? Diorang datang ke sini tumpang kapal siapa eh? Boleh baca lebih lanjut di sini.

Kepelbagaian itulah yang membentuk negeri selat yang satu ini. Kalau perkahwinan pun bercampur makanannya apatah lagi. Macam-macam ada di Penang ni... Apa lagi yang menarik di Pulau Pinang?

Bangunan lama dan baru yang menarik
 


Masjid Kapitan Keling yang memanggil manggil 5 kali sehari. Di sebelah kanan pagar ini lah letaknya kedai Nasi Kandar Beratur. Jangan tak cuba, operasinya bermula jam 10 malam.

Hotel Yeng Keng yang berhadapan dengan Chulia Mansion tempat kami menginap. Memula aku ingatkan chinese temple


  
 Hang kenai dak bangunan yang tinggi tu? tu la Komtaq (komtar)


Fort Cornwallis...yang asalnya dibina untuk menangkis serangan lanun dan kerajaan Kedah

Budak pacak, Paris dan Naw Ked


The clan jetty
Chew Jetty yang dah kuceritakan di sini



Mini temple di setiap clan jetty

Chocolate Boutique


Burmese Buddhist Temple
ada banyak gambar di kedua-dua kuil so akan ada blogpost yang lain selepas ini


Thais Buddhist Temple (the reclining buddha)

Botanical Garden

The food
jangan lupa mencuba nasi kandar dan nasi beriyani Penang. Sampai teringat ingat kau!



The Street Art along Gat Lebuh Chulia, Armenian Street, Ah Quee Street, Upper Penang Road, Muntri Street, Cannon Street and Chew Jetty. Meronda naik basikal baru syok
 


dan...sebahagian driver di sini yang terkenal dengan kehebatan dan kegarangan di jalan raya huhuuuu... jangan sebarang hon, boleh bergaduh worrr

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free