Recents in Beach

header ads

Menyusukan anak lembu di Desa Dairy Farm

Pernah tak tengok iklan susu jenama apa ntah di tv yang pemandangannya sangat indah membuatkan kita terfikir...tu mesti kat New Zealand. Ada kan??...



Fikiran kita seperti dah diset yang cantik cantik dan best semua di tempat orang, kat negara omputehs. Walhal di negara sendiri begitu banyak tempat yang menarik. Hampa rajin-rajinlah mai blog aku ni... masih banyak post dalam draft yang boleh dijadikan panduan melancong.

Ada lebih banyak gambar pemandangan di ladang lembu yang menarik dalam A visit to Desa Cattle Farm . Lepas ni boleh tengok ya. Ladang ini adalah tempat yang paling menarik di Kundasang (pada aku lah). Dengan pemandangan Gunung Kinabalunya, lembu susunya, susu segarnya dan hands on experience memberikan rumput serta menyusukan anak lembu di Desa Dairy Farm!

Ladang ini terletak di kaki Gunung Kinabalu. Aku rasa ketinggiannya dalam 1600 meter dari aras laut berdasarkan apa yang ditulis di homestay tempat tinggal kami. Apa yang akan kita lihat adalah suatu pemandangan yang sangat indah, sangat tenang dan nyaman. Lembu-lembunya taklah yang macam kek kampung den tu hahhahaa...sesiapa yang pernah melalui jalan Seri Menanti ke Kuala Pilah fahamlah apo yang den kobakan hahaaa...


Bagaimana nak ke  Desa Dairy Farm?

Setelah menempuhi perjalanan selama 2 setengah jam dari bandar Kota Kinabalu kita akan sampai di Pekan Kundasang. Belok kiri menghala ke Mesilou Nature Park. Di pekan Kundasang tu letaknya Kundasang War Memorial dan kita akan dapat melihat perkampungan dan ladang sayuran di sepanjang jalan. Di bahagian bawah ni suhunya dah tak berapa sejuk berbandung tahun-tahun yang terdahulu, dah sama macam Cameron Highlands akibat pembukaan ladang yang meluas. 

Aku tak sure berapa kilometer naik ke atas tapi jalannya memang menegak, banyak guna gear 1, 2 dan 3 sahaja. Kepada korang yang menginap di Mesilou adalah lebih baik membeli barang keperluan di pekan Kundasang dahulu bimbang kedai runcit yang di atas nun tak ada barang yang ko perlukan. Ikut je signboard pasti sampai ke ladang tenusu ni. Ada seorang driver yang kami bawa tu mengalah dari awal, tak berani katanya.



Ia dibuka kepada umum jam 9 pagi dengan bertiket. Kalau datang awal dapatlah melihat puncak Gunung Kinabalu dengan jelas di sini. Lebih lewat kita sampai kabus akan melindungi keseluruhan puncak gunung tu tapi ikut nasib jugaklah kan. Namun berpagi-pagi itu lebih baik. Cuma, susu lembu diperah pukul 3 petang. Dah beberapa kali aku ke sini barulah dapat melihat sendiri proses memerah susu lembu. Bukan dengan tangan tapi mesin. Sakit tak lembu tu eh?

Kalau nak melihat proses ini boleh ke kedai yang menjual produk tenusu, di bahagian belakang tu je.


Lepas tu kami bergegas pula ke tempat menyusukan anak lembu di Desa Dairy Farm ni. Dengan bayaran sebanyak RM1.50 kita akan diberikan sebotol susu to feed the calves. Wahhh berebut-rebut anak lembu nak menyusu daripada 'harimau'. Suka betul anak aku..bersinar mata dia. Aku sebagai mak lagilah gembira sebab mereka sangat suka trip kali ini. Nak pergi lagi katanya...tak dapatlah jang, hujung tahun depan nak pergi Penang pula insyaAllah. Nak bagi ko berayun di Escape Theme Park tu.


Mamat ni tak cukup sebotol, minta duit lagi nak bagi susu kat lembu.


Ini baru iye ladang lembu...nampak lembu saja.

Ladang seluas 199 hektar ini mengahasilkan 900,000 liter susu setahun. Lembu yang diternak adalah dari jenis Fresians kerana mampu menghasilkan susu yang terbanyak.

Tiket masuk yang dikenakan:
RM4 - pelancong tempatan
RM10-pelancong asing

GPS : 6.013877, 116.593519
Contact Number: +6088-889562
The real attraction here is the cattle farm, producing about 900,00 litres of milk per year. The farm is 199 hectars and most of the milking cows are Friesians, the highest milk producers of all cattle breeds. - See more at: http://www.sabahtourism.com/destination/desa-cattle-dairy-farm#sthash.8UCzuDoA.dpuf
The real attraction here is the cattle farm, producing about 900,00 litres of milk per year. The farm is 199 hectars and most of the milking cows are Friesians, the highest milk producers of all cattle breeds. - See more at: http://www.sabahtourism.com/destination/desa-cattle-dairy-farm#sthash.8UCzuDoA.dpuf

Post a Comment

3 Comments

  1. Suatu pengalaman yang sangat bermakna, fefeling macam kat Aussie kan. Rasa tak puas walaupun dah pergi 2nkali ke sana. I love Sabah heheh. Jemput follow dan berkunjung ke blog saya juga http://mummyfiras.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. I love Sabah too...

    Memang syok berada di area Mesilou. Dah pasang angan-angan nak ke sana lagi

    ReplyDelete
  3. Dah lama nak pergi Kundasang, belum ada rezeki lagi huhu

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.