Tempat Wajib Dilawati Di Singapura | The Merlion Park | Salah satu mercu tanda Singapura (Singapore landmark) ialah The Merlion Park. Pelancong yang ke Singapura pasti akan ke sini untuk ‘check-in’. Lokasinya di 1, Fullerton Road di daerah perdagangan utama di negara maju seberang tambak Johor.
Di sinilah makhluk mitos berupa tugu berkepala singa berbadan ikan setinggi 8.6 meter berada. Dari mulut tugu seberat 70 tan ini sentiasa mengeluarkan air yang selalu diambil gambar secara kreatif oleh para pengunjung. Tak jauh dari situ di celah pokok ada ‘anak singa’ setinggi dua meter.
Gambar Merlion ini banyak dicetak di t-shirt, beg dan cenderahati lain dari Singapura.
The Merlion Park di Central Business District, Singapura.
Marina Bay Sands di depan singa tu.
The Merlion cub.
MERLION Sebagai Simbol Negara
Merlion Park telah direka oleh Singapore Tourism Board (STB) di mulut Sungai Singapura pada 1964 sebagai lambang negara kecil tapi bercita-cita besar itu. Patung The Merlion diukir oleh mendiang Mr Lim Nang Seng yang pernah memenangi beberapa pertandingan ukiran. Proses mengukir yang turut melibatkan anak-anaknya berlaku selama lapan bulan bermula dari November 1971 dan siap pada Ogos 1972. The Merlion Park telah dibuka secara rasmi pada 15 September 1972 oleh Perdana Menteri Singapura ketika itu, Encik Lee Kuan Yew.
Pada 23 April 2002 tugu singa ini dipindahkan dari tempat asalnya ke sebelah yang satu lagi jambatan Esplanade berdepan The Fullerton Hotel kerana sejak jambatan Esplanade siap, Merlion tidak lagi dapat dilihat dengan jelas dari Marina Bay Waterfront (satu lagi mercu tanda Singapura di seberang sana). Pada 15 September 2002, 30 tahun setelah perasmian pertamanya, Menteri Kanan Singapura Mr Lee Kuan Yew sekali lagi merasmikan The Merlion di lokasi baharu.
The Merlion pernah rosak disambar kilat pada 28 Februari 2009 dan diperbaiki semula dengan segera.
Kenapa Kita Patut Melawat The Merlion?
Haruslah kan... pergi memana mesti kita nak ambil gambar di mercu tandanya. Bila orang tanya how to say you're in Singapore without saying you're in Singapore kita tunjuklah gambar dekat Merlion tu.
Kepada Merlion melambangkan nama Singapura itu sendiri sebagai “bandar singa” dalam bahasa Sanskrit. Bentuk badan Merlion seperti ikan pula simbol permulaan Singapura sebagai perkampungan nelayan yang dikenali sebagai Temasek.
Bagaimana untuk ke Merlion Park dengan MRT?
Stesen MRT terdekat dengan Merlion Park ialah Raffles Place, kalau dari Bugis LRT tu dua stesen je lah. Sila naik East West Line warna hijau.
Dari Raffles Place MRT Station ambil exit H (Chartered Bank Building) yang menuju ke Fullerton Hotel. Dari Fullerton Hotel jalan ke One Fullerton shopping mall sama ada melintas kat traffic light atau laluan bawah (underpass). The Merlion sebelah One Fullerton, menuju ke Esplanade.
Peringatan:
Di Singapura kena berjaga-jaga sket, tempat tak boleh melintas hang jangan melintas sebab cctv merata, polis berpakaian preman pun ada.
MRT Raffles Place sebelah sana. Jam tu ada dalam filem P. Ramlee eh?
The Merlion Park sebelah sana. Di hujung tu kita akan lalu di underpass.
Nampak The Esplanade- Theatres on the Bay? Bentuknya macam durian atau mata lalat.
3 Comments
https://belogsjm.blogspot.com/2025/05/wang-kemenangan-dunia.html?m=1
ReplyDeletememang trademark Singapura...kalau masuk Singapura, tak sampai sini, tak lengkap lah perjalanannya
ReplyDeletebetul
DeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.