Kelantan | Eksplorasi Ekopelancongan Ke Dabong & Jeli



Halluuu....

Lama betul tak update blog. Sebenarnya ada ikuti beberapa trip tapi artikel kena pos di majalah dahulu, ditambah pula buat kerja sementara sebulan dua hari tu lama kelamaan terus sepi. Kemain susah nak mula balik. 

Bulan Ogos-September dapat tiga jemputan tapi satu je mampu dipenuhi sebab dah start bekerja tetap semula. Hari kedua kerja dah apply cuti 😄 kuranglah gaji empat hari bulan ni. Hmm... apa nak buat, berjalan-jalan memang seronok tapi kos hidup yang semakin meningkat perlu difikirkan juga. Tak kerja insyaAllah dapat makan tapi simpanan masa depan tiada. Akhirnya tepuk dada tanya akal sendiri. Fikirkan baik buruk untung ruginya. Hidup kita maka kitalah bertanggungjawab.

Sebelum menulis panjang lebar lagi ai nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang pernah recommend my name/blog to the organizers untuk trip terdahulu dan akan datang. Really appreciate it. Yang recommend paid job lagilah kita appreciate...haa gitu...


PERTAMA KALI KE KELANTAN

Sesungguhnya bila aku cakap tak pernah ke Kelantan dan Cameron Highland dalam umur dewasa ni pasti ada kengkawan yang menganjeng. Owh jejauh kau pergi, Cameron tak sampai. Itulah versi sopannya 😛 

Bukan tak pernah dapat jemputan melawat Klate tapi jenis food trail, tak mencabar. Dalam trip kali ni pun huii... makanan manis blake. Sambal nasi lemak manis kopi manis teh o terlebih manis huhuuu...tokleh gi (tapi nasi kerabu akak tu sedap betul). Mujur ada budu.

Bila dapat aturcara lawatan kali ini owh woww....ada mendaki gunung, trekking, mandi air terjun, caving dan berakit! Tak sangka betul di Kelantan ada ini semua, takkan nak tolak?


DARI PUTRAJAYA KE DABONG

Eh tak, tak naik keretapi. Kami naik bas dari bangunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di Putrajaya. Jenuh aku fikir macam mana nak ke Putrajaya dari Seremban ni. Bila google website bas, takde. Yang nak ke Putrajaya tu sila naik bas pekerja jam 6.25pagi di seberang KM Plaza, Seremban. Tambangnya RM10 sehala. Yang depan KM Plaza tu bas ke KLCC.

Biasalah majlis gomen ada ucapan gimik pelancaran semua tu. Sedap juga dengar Datuk Takiyuddin Hassan berucap, orang politik khens...  Bab makan minum angan risau...sarapan pagi je ada spagetti, kuih tiga jenis, air dua jenis.

Ikut jadual asal kami akan ke Lata Jarum dahulu tapi tanpa aku tahu sebab, kami terus ke Stong Hill Resort di Dabong. Alhamdulillah...sampai juga ke Kelantan. Syok aih naik bas dua tingkat, dapatlah tengok apa yang ada di sebalik penghadang bunyi yang tinggi di kawasan tertentu Kuala Lumpur. Pembantu pemandu siap bawa galah plastik panjang untuk jolok kabel supaya tak tersagkut di bas.

Kami sampai lewat petang, check-in → makan malam  → taklimat untuk aktiviti keesokan hari.


ATURCARA TIGA HARI DI DABONG DAN JELI

Dalam artikel kali ini ai bagi ringkasan dululah.

Hari kedua seawal 6 pagi sarapan telah disediakan. Kami agak terlewat dari jadual asal memulakan dakian maklumlah memasing nak kosongkan 'tangki'.. risau kot terpaksa gali lubang untuk melepas haha... Selepas mendengat taklimat daripada pihak bomba dan ketua malim gunung kami pun bergerak ke stesen satu.

Tu dia...nak sampai ke stesen satu pun nak putus nafas dah hahahah.... aku mana ada exercise, harapkan naik tangga pejabat je dua kali sehari. Kali pertama berjumpa dengan peserta lain pun dah rasa rendah diri, kecilnya kaki memasing huhuu...itu semua menunjukkan yang mereka tu kuat berlari dan mendaki. Mereka fit aku fat.

Kita bagi teaser dulu...

Tempt dituju...Air Terjun Jelawang

Petangnya kami keluar masuk gua (caving). Terdapat lima gua tetapi kami hanya sempat masuk ke Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Ikan. Gua Keris memerlukan lebih masa yang mana kami tak sempat bila hari semakin gelap. 

Gua Pagar dahulunya tempat orang mencari emas (entah entah masih ada). Baru mula tak jauh dari mulut gua dah rasa ekstrem. Mana taknya, laluan sangat sempit tapi Dboy tak tersengkang kat situ 😄 lepas tu kena baring sambil menolak badan masuk ke dalam. Basah lencun!

Balik tu hujan lebat dan berlaku kepala air dari Gunung Stong tapi tak kena resort sebab kedudukan sungai lebih rendah. Malam tu juga air paip tak keluar. Jenuh tunggu nak mandi.  Ada yang rajin, dia pi tadah air hujan dan angkut naik ke bilik. Tak mandi tak boleh sebab tadi dah berbaring dalam lopak air dalam gua. Nak tak nak terpaksalah mandi air keruh bercampur 'bahan galian'.

Hari ketiga kami pergi jauh sikit dua jam naik bas ke Stesen Penyelidikan FRIM di Jeli. Kali ini kena berjalan turun naik dalam 1.8km untuk sampai ke air terjun Lata Mawar (orang Klate sebut Mawo). Sambil berjalan tu En Amir Saaiffudin pegawai FRIM memberikan penerangan tentang tumbuhan baka terbaik yang ditanam di FRIM. Encik Amir pakar buluh, nak tanya apa apa tentang buluh beliaulah orang yang tepat untuk dapatkan maklumat. Nak panggil buat talk pun boleh.

Air terjun Mini juga dikenali dengan nama Diwali. Sungguh berbaloi berjalan ke sini, cantik sungguh air terjun berkembar tu. Subhanallah.

Aku biasalah ambil gambar beseh beshe je tapi ada yang buat video aksi bertinju dan gimnastik. 





Dari air terjun kami berakit. Oohoii...syok sangat!

Eh sebelum tu singgah sebentar ke rumah Pok Kie yang mengusahakan madu kelulut. Agaknya banyak mangga atau limau di sekitar tu membuatkan madu rasa masam sikit. Kalau nak tahu, rasa madu dipengaruhi oleh apa yang disedut kelulut. 

Kisah berakit, kami bermula dari Kg Dendong di batu Melintang menyelusuri sungai sejauh 2km. Aku berdua dengan Dboy dan otai kampung. Dalam pada dipandu otai pun boleh terbabas langgar kayu tengah sungai. Terbalik rakit! Aku suspense giler weh bila kaki tak cecah dasar sungai tapi Dboy boleh gelak, diatak percaya kaki aku tak sampai. Syaitoonnnn...


Hari terakhir sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya, kami melawat Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah di Lancang, Pahang. 

Terdapat 26 ekor gajah dengan enam daripadanya juvana. Sungguh mencabar pekerjaan penyelamat gajah-gajah dan memerlukan kos yang tinggi.. Kasihan tengok yang kena jerangkap samar terpaksa dipakaikan kaki palsu. Elok bawa anak-anak ke sini untuk mempelajari serba sedikit mengenai mamalia yang satu ini. Sayangnya aktiviti mandi bersama gajah telah dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Elok juga jika menderma ke tempat seperti ini. Lebih bagus lagi jika boleh menaja.

Begitulah kisah lawatan singkat ke ngeri Kelantan Darul Naim. Nanti ai tulis lebih panjang lagi dalam pos lain.








Post a Comment

2 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.