Thailand | Indahnya pagi di Thale Noi, Phattalung



Dalam ringkasan perjalanan 5 hari 4 malam yang diceritakan sebelum ini, salah satu tempat paling menarik yang kami lawati ialah Thale Noi Non-hunting Area.

Ia adalah salah sebuah tasik air tawar asli terbesar di Asia Tenggara, seluas 460 kmp. Thale Noi bermaksud 'lautan kecil'. Thale Noi Non-Hunting Area ialah kawasan paling kecil sebelah utara dalam rangkaian lagun yang membentuk Songkhla Lake, yang melibatkan tiga provinsi iaitu Nakhon Si Thammarat, Phattalung dan Songkhla. Ia adalah kawasan rizab hidupan air yang terbesar di Thailand dan habitat Irrawaddy dolphin (Orcaella brevirostris) yang semakin pupus.

Keluasan Thale Noi kira-kira lima kilometer lebar dan enam kilometer panjang dengan kedalaman purata 1.2 meter. Kedalamannya boleh mencecah tiga meter di musim tengkujuh dan secetek 80cm di musim kemarau.

Pada 1975 kawasan tanah lembap (wetland) ini telah diiktiraf sebagai pusat biodiversiti, a Protected Area Category III (Natural Monuments) oleh Department of National Parks, Wildlife & Flora, dibawah Ministry of National Resources and Environment bersempena dengan International Union for Conservation of Nature (IUCN). Thale Noi Non-Hunting Area merupakan kawasan larang buruan yang pertama diiktiraf secara rasmi di Thailand. Manakala kawasan berbukit kecil Kuan Ki Sian seluas 4.94 km² di dalam ruang lingkup wilayah larangan buruan ini diisytihar sebagai ‘Wetland of International Importance’ pada 1998 oleh Ramsar Convention kerana kepelbagaian spesis flora and fauna, menjadikannya tempat pembiakan sebahagian besar burung.


Apakah aktiviti menarik dari subuh ke senja di Thale Noi?


* Melihat cara penangkapan ikan (asyik sungguh!)

* Mengambil gambar tempat menangkap ikan berlatar belakangkan matahari terbit. Cantiknya....

* Melihat kehidupan kerbau

* Lautan teratai berkambang indah 💕 dan burung yang berterbangan

Untuk membuat semua aktiviti di atas kami memulakan sunrise tour seawal 5.40 pagi. Dihantar van ke jeti kecil kemudian dibawa menaiki bot enam penumpang.  Dalam tiga jam jugalah kami berlegar-legar dengan bot.

Kita kena bermula pagi off course lah sebab nak tengok matahari terbit. Selain daripada itu...panas oii nak bersampan di bawah matahari. Lagipun bunga teratai akan menguncup bila tengahari. It such a stunning trip that no words can describe. As soon as the sun goes up everything around you is so incredibly beautiful. Fishing net, kerbau, burung, teratai..subhanallah cantiknya. Next time kalau ke Hat Yai MESTI datang sini. Bulan Mac-April bunga teratai kembang penuh, melaut luasnya. Romantik betul!

Sewa bot ialah THB450 sejam tapi ada juga yang caj sehingga THB1000, mungkin disebabkan pelancong asing kot. Boleh tanya kat resort sebab biasanya mereka dah siapkan pakej.

Gambar-gambar di bawah tidaklah sama dengan keadaan sebenarnya yang jauh lebih cantik dan mengagumkan.






Di penghujung Februari. Bulan Mac-April paling meriah warnanya.


Bila betul betul mekar...subhanallah


Bagaimana untuk ke Thale Noi?


Phattalung hanyalah 115km ke utara dari sempadan Malaysia-Thai. Jika menggunakan kenderaan sendiri sila pastikan membawa geran asal dan adalah lebih baik membeli insurans komprehensif dari syarikat insurans Thailand masa masuk tu. Mahal sikit tapi tak sakit kepala jika berlaku kemalangan.

Jika menggunakan kenderaan awam, cara senang, naik minivan dari stesen bas Hat Yai Terminal pukul 10 pagi atau 5 petang (dari Phattalung 1 petang dan 5 pagi).

Untuk yang lebih adventurous, semestinya naik keretapi dari Hatyai ke stesen Patthalung. Perjalanan akan mengambil masa dua jam. Kalau nak terus naik keretapi pun boleh, turun di Pak Klong tapi hanya ada dalam tiga kali sehari sahaja keretapi ke sana. Tambang antara THB3 - THB23 seorang. Kemudian naik songteaw atau tuk tuk ke hotel/resort.

Pilihan lain bila dah sampai stesen Phattalung, naik songteaw biru bernombor 8234 yang akan menurunkan kita di Baan Thale Noi. Tempat menunggunya di jalan yang selari dengan Stesen Phattalung. Naik songteaw lambat sikitlah tapi tambang 35 baht je.

Ada banyak penginapan di Satun. Kami menginap di Sri Pakpra, Andacurra Boutique Resort, dimana dari kolam renangnya boleh nampak tempat menangkap ikan yang unik tu.  


Jom tengok video!



Post a Comment

2 Comments

  1. Replies
    1. Tengok sendiri lagi cantik. Pergilah bila border dah buka nanti tapi kena setakat ni warga Malaysia kena kuarantin 14 hari.

      Delete

Feel free to leave your comment below. Thank you.