Recents in Beach

header ads

Bila aku dan anak-anak tabika ke PD Ostrich Show Farm (sabar mak... sabar...)

Bila aku dan anak-anak tabika ke PD Ostrich Show Farm (sabar mak... sabar...) | Adoilaa dah nak habis cuti baru nak update blog. Taklah busy mana pun just...


Seperti kebanyakan sekolah yang menghampiri pengakhiran tahun persekolahan, selain majlis jamuan kelas lawatan ke tempat-tempat menarik juga menjadi satu acara wajib. Maka cikgu pun bawalah anak-anak tadika termasuklah my intan payung the youngest son ke Port Dickson. Punyalah bebudak tu excited masa cikgu beritahu sebulan sebelum hari kejadian. Mereka ingatkan cikgu bawa mandi laut hehehh...

Asal ke Port Dickson je nak mandi laut walhal ada banyak tempat menarik untuk dilawati. Apa kata kita bawa anak-anak tengok burung unta dulu? PD Ostrich Show Farm is one of the three attractions that we visited. Letaknya di sebelah Politeknik Port Dickson tu je. Ladang ini sesuai untuk kanak-kanak juga dewasa sebab kita bukan sahaja dapat melihat tetapi boleh memberi makanan kepada binatang yang ada di situ. Bukan ostrich sahaja, kambing, burung, kuda, lembu, arnab pun ada. Binatang yang kita panggil setan masa dia mengejar time balik mengaji dulu pun ada... angsa! hahahahah...

Aku sebagai emak ni pun dapatlah belajar sesuatu. Barulah ku tahu perbezaan dua binatang dalam kumpulan yang sama ni, kambing dan biri-biri. Ekor kambing naik manakala ekor biri-biri turun. Kambing makan pucuk manakala bebiri makan rumput. Dah dapat ilmu baru.



 

Menariknya kita boleh berlumba dengan burung unta yang dipelihara. Burung unta dikatakan binatang kedua terlaju di dunia. Ia mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam. Bila aku dengar Mr Rajen cakap macam tu kemain teruja anak-anak tabika nak berlumba. Alah burung je... mereka ingat boleh menang agaknya.

Walaupun nampak besar dan kasar, tekstur bulu burung ini lembut. Terbayang pakaian penari Swan. Burung betina berbulu kelabu berparuh hitam manakala burung jantan berbulu hitam berparuh merah. Ia boleh hidup sehingga 50 tahun. Ada lebih kurang 20 ekor burung unta di sini, yang masih infant pun ada. Untuk mengetahui samada jantan atau betina kena tunggu burung tu besar sikit.


Kalau nak tahu, kulit burung ini bernilai tinggi dan sering dibuat beg tangan. Good quality ostrich skin handbag can cost us sebulan gaji (atau lebih). Tak kisahlah kan... kalau mampu beli aje asalkan guna duit suami sendiri 😃 . Kita juga diberi peluang memijak telur burung unta ini. Dulu aku pernah pijak tapi kali ini selepas kenaikan berat badan sebanyak 20kg tak berani kite 😂 Saiz telur burung unta di negara kita ni tidak sampai pun 2kg kerana suhu yang tidak berapa sesuai. Nak bergambar secara dekat dengan burung yang jinak pun boleh.


Di restorannya pula ada menjual sate burung unta. Bukan burung milik mereka tetapi dibeli dari pihak lain. Selain daripada belajar tentang binatang, pengunjung juga boleh main ATV, menunggang kuda dan naik kereta kuda. Sekali naik RM5, seronok bebudak. Satu pengalaman baru bagi anak-anak kecil bila berpeluang memegang dan memberi makan kambing. Bermain dengan arnab lagilah mereka suka hinggakan ada yang 'tak makan saman', staf kata jangan berlari dalam petting zoo dia bantai berkejar-kejar juga. Aku rasa nak piat je telinga bebudak tu hahahha... mujur tak jadi cikgu. 

Aku rasa tempat ni bagus dengan staf yang friendly and helpful. Cuma... mungkin jika mendapat bantuan modal ia boleh diperindahkan lagi. Dicat dengan lebih menarik je, susun atur lanskap yang lebih baik ke... hiasan yang doesn't look cheap ke... PD Ostrich Show Farm dah wujud selama 15 tahun. Jika dalam bidang perhotelan sekurang-kurangnya sekali perubahan wajah telah dilakukan dalam tempoh tersebut.

Anyway, it's a good place to bring your kids. Surely the gonna enjoy it.


Ciri-ciri Burung Unta
Burung Unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Ia tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan ratite (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio Camelus. Ia berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah, namun tidak berfungsi sebagai kerajang udara. 

Burung Unta mempunyai leher yang panjang dan paruhnya tidak bergigi. Untuk membiak, beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang, dieramkan oleh betina alpha pada waktu siang dan jantan pada waktu malam. Telurnya besar dan berkulit keras.

Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Saiznya membolehkan manusia berbadan kecil menunggangnya. Di sesebahagian Afrika Utara dan Arab ia digunakan sebagai tunggangan lumba.

Burung Unta diketahui merendahkan kepala dan leher mereka ke tanah untuk melindungkan diri apabila rasa diancam pemangsa. Apabila diancam, burung Unta mampu menyebabkan kecederaan yang serius dengan tendangan dari kaki mereka yang kuat itu.


PD Ostrich Show Farm
Lot 1419, Jalan Kemang 13
Batu 9 Jalan Pantai
73000 Port Dickson
Negeri Sembilan

Tel: 06 6627 496

Harga tiket:
Dewasa            RM15
Kanak-kanak   RM10


Post a Comment

1 Comments

  1. Seronoknya bawak ank2 p sini..boleh bg ostrich mkan ..btw jmput snggah dan follow blog sya..
    https://aimanziyad.blogspot.com/2019/12/sahut-cabaran-30-hari-dengan-jeanc.html

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.