Recents in Beach

header ads

Nak lawatan percuma? Jom ke Muzium Polis Diraja Malaysia!

Nak lawatan percuma? Jom ke Muzium Polis Diraja Malaysia! | Readers yang selalu follow blog aku ni pasti tahu that almost a year ago, cuti sekolah Disember, kami bercuti di Kuala Lumpur. Heyy... jangan gelak, ramai je orang KL yang belum sampai ke tempat-tempat yang kami tuju tu.


Selain Planetarium Negara, , Tugu Negara, BNM Museum & Art Gallery dan Masjid Negara satu lagi tempat yang aku ingin bawa anak-anak ialah Muzium PDRM, untuk melengkapkan edu-tourism tersebut. Dukacitanya kereta kami rosak, memula di Planetarium Negara dan kali kedua di Masjid Negara. Plan changed so we decided terus ke hotel kedua di Bukit Bintang. Walaupun rosak tapi terasa sangat Allah membantu sebab kereta tidak rosak di tengah jalan dan kami selamat pulang ke rumah keesokannya. Mungkin ada bantuan kecil yang kami buat untuk memudahkan orang seperti menyusun pinggan selepas makan/tahan pintu bila ada orang nak masuk/ajak kawan-kawan anak solat dan seumpamanya membuatkan urusan kami dipermudahkan Allah. Bukan riak tapi itulah yang aku beritahu anak, kita buat jahat Allah balas buat baik pun Allah balas. 






Koperal Haris yang menjadi pemandu pelancong di dalam Muzium PDRM.

Sejarah awal kepolisan
Di zaman kesultanan Melayu Melaka laksamana, temenggung dan hulubalang bertugas untuk menjaga keselamatan dan keamanan. Tugas Temenggung seperti inspektor polis, beliau juga mengutip cukai-cukai perladangan dan perlombongan. Pada masa itu perkataan "polis" belum digunakan. Duit cukai yang dikutip oleh laksamana dan temenggung disimpan di rumah pasung (balai polis) terlebih dahulu. Logiknya kat balailah tempat paling selamat kan?

Perkataan "polis" berasal daripada bahasa Greek "polteia" yang bermaksud sesuatu organisasi atau kerajaan. Penggunaannya berubah mengikut negara dan zaman. Pada tahun 1589 perkataan "policer" digunakan bagi petugas yang menjaga keselamatan. Bermula 1730 di Scotland, "police" merujuk kepada orang yang mengawal selia undang-undang dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Di Tanah Melayu perkataan "polis" mula digunakan sewaktu zaman penjajah Potugis-Belanda-British. Sekarang kita panggil mereka "abam pulis" hahaha.... hello pulissss...


Sejarah kewujudan Muzium PDRM
Muzium bertema yang terletak di Jalan Perdana, antara Masjid Negara dan Taman Tasik Perdana ini diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis, iaitu PGB Waller pada tahun 1950. Lokasi asalnya ialah di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Gurney, kini Jalan Semarak, yang dirasmikan pembukaannya 9 Januari 1961 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-3. 

Berikutan pertambahan artifak dan kesesuaian semasa, sebuah muzium yang baharu telah dibina pada tahun 1983, diilhamkan oleh Tun Hanif Omar di Mes Pegawai Kanan PDRM di Jalan Venning (kini Jalan Perdana). Muzium Polis DiRaja Malaysia ini telah dirasmikan pada 24 Julai 1999 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi dan dibuka pada orang awam pada 2 Oktober 1998.

Di lokasi baharu ini terdapat koleksi lebih 2,000 exhibits dan maklumat bersejarah berkenaan PDRM dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini. Himpunan menarik berkenaan kepolisan dari zaman berlawan menggunakan keris dan tombak sehingga zaman moden, koleksi foto pengganas dan memorabilia. Keris yang dihadiahkan oleh Sultan Sir Hishamudin juga ada di sini.

Untuk memudahkan pengunjung memahami sejarah dan tugasan polis, galeri muzium ini terbahagi kepada 3 iaitu galeri A, B dan C yang mana memaparkan koleksi-koleksi berikut:

- fungsi kepolisan bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, era penjajahan Portugis, Belanda, British, pendudukan Jepun sehinggalah merdeka.

- sejarah evolusi pakaian seragam PDRM

- koleksi senjata-senjata yg digunakan oleh PDRM dan juga yang dirampas dari gerila komunis, kongsi-kongsi gelap dan individu.

- koleksi anugerah dan pingat-pingat yang telah diterima oleh anggota-anggota PDRM

Polis Portugis. Pernah tak uols terfikir mengapa orang Portugis di Melaka tu wajahnya tak sama seperti polis ini atau Cristiano Ronaldo? Ai dah dapat dua jawapan, satu dari sumber lain.

Baju Melayu yang disulam benang emas pernah dipakai oleh Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Charles Henry Samson, yang ditempah khas dari Terengganu pada 1939.

Dahulu semua urusan dalam Bahasa Melayu bertulisan jawi. Penjajah pun terpaksa menggunakannya dalam urusan rasmi kerana Bahasa Melayu merupakan lingua franca ketika itu. Sejak bila agaknya tulisan jawi mula diketepikan?

Haji Aris bin Musa yang pernah bertugas dengan tiga kerajaan.

Apa tarikan utama Muzium PDRM ini?
Sesampai sahaja kita di sana kita akan dibawa ke teater mini untuk menonton video berdurasi tujuh minit mengenai penubuhan pasukan polis negeri-negeri. Dipenghujung lawatan pula ada sebuah lagi dokumentari ditayangkan mengenai kepolisan. Aku rasa video kedua lebih menarik.

Di bahagian luar muzium dipamerkan Kereta Perisai (GMC), Ferret Scout Car, Sankey, kapal terbang CESSNA, meriam-meriam dan bot marin PA4. Kenderaan yang pernah digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM turut dipamerkan. Nama-nama anggota PDRM yang telah terkorban sewaktu menjalankan tugas pula dipatrikan di Dataran Perwira.

Duit syiling lama juga sebahagian daripada barang pameran. Sewaktu Francis Light dapat Pulau Pinang dari Sultan Kedah dahulu, dia hanya mendapat hutan belantara. Walau hutan pun perjanjiannya selagi ada bulan dan bintang Pulau Pinang tu milik dia. Kedah kalah di sini. Kedah kalah sekali lagi masa Piala Malaysia lawan JDT minggu lepas (eh? šŸ˜‚). Ermm... janganlah marah.

Okay sambung balik. Orang kata untuk menarik ramai orang datang ke Pulau Pinang Francis Light mengarahkan tembak meriam dengan duit syiling. Bila orang asyik jumpa duit je bila buat kerja maka makin ramailah yang datang mencarinya. Konon begitulah ceritanya...

Ada satu bahagian yang menyenaraikan para anggota polis pelbagai pangkat yang menerima anugerah atas jasa dan keberanian mereka. Ada beberapa jenis anugerah, Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa adalah lebih tinggi nilainya daripada Pingat Gagah Berani. Kita kena ingat walau tanpa penganugerahan pingat pun mereka tetap golongan yang banyak berjasa sama seperti tentera juga. Ada juga bekas anggota yang menghabiskan usia tua secara low profile tidak mahu gambar dan nama ditayangkan kepada umum atas alasan tersendiri. Mungkin demi keselamatan, mungkin juga mereka merasa sudah puas menabur bakti tanpa perlu publisiti.

Namun pada aku tarikan utama Muzium Polis ini ialah koleksi senjata yang dirampas daripada komunis, pesalah dan pengganas. Kena tengok sendiri sebab media pun tak dibenarkan mengambil gambar.


Sejarah dan cerita polis
Pada yang belum tahu, dahulu pasukan polis negara-negara yang dibawah jajahan Britih atau disebut sebagai negara Komanwel semuanya memakai seragam biru muda. Di Malaysia, anggota PDRM memakainya sehingga ke tahun 1980an sebelum ditukar ke warna biru gelap pada 1996 sepertimana sekarang ini. Walaupun berlaku penambahbaikan dalam rekaan pakaian seragam bentuk poketnya masih dikekalkan. Sekarang ini tiada lagi anggota wanita yang memakai skirt, tak sesuai dengan skop kerja.

pasukan polis 80 an
Ingat lagi tak seragam biru ni?

Untuk menambah keanggotaan, penjajah British telah membawa gurkha dari India sebagai polis di sini. Gurkha ni sebenarnya adalah tentera Nepal atau rakyat India yang berketurunan Nepal. Gurkha dikenali sebagai seorang yang berani dan setia. Bekas Ketua Staf Tentera India Field Marshal Sam Manekshaw pernah menyatakan, "jika seseorang menyatakan bahawa dia tidak takut mati, samada dia menipu atau dia Gurkha". Eh, VVIP kita pun guna servis gurkha ni tau, ala.. beliau yang selalu pakai selipar tu. Setahu aku sebenarnya sekarang ini pekerja Nepal yang dibawa masuk ke Malaysia hanya boleh bekerja dalam bidang keselamatan je contohnya menjadi security guard.

Golongan yang membesar dari tahun 1960an-1980an... 1990an pun ada kot, mesti pernah dengar lagu "Pukul berapa datuk harimau?". Pernah dengar kan? Sebenarnya datuk harimau tu ialah polis, seperti mana logo yang terdapat pada topi mereka. Bagaimana ia bermula? haa.... Masa dahulu tak ramai penduduk yang memiliki jam jadi mereka bergantung kepada bunyi yang kedengaran dari balai polis. Polis akan memukul satu plat besi setiap jam 24 jam sehari. Macam beduk di surau/masjid tu. Kalau 12 tengah malam tu 12 kalilah pukulannya, bukan 24. Kalau siang berbunyi dua kali maknanya dah boleh solat Zohor. Kehidupan yang mudah dan praktikal.

Besi inilah yang diketuk setiap jam. Pukul berapa tu asalnya bermaksud dah dipukul berapa kali?

Pernah dengar lagu ni tak?

Polis entry one two jaga,
Polis mati pencuri jaga...

Lirik sebenar adalah...
Police and thief
went to jungle..

Lepas tu polis mati dalam hutan kena makan dengan rimau pencurilah pula jaga... harharhar.... betullah kot eh?


Belajar tentang musuh dan senjata


Gatling gun yang pernah digunaka di balai polis Alor Setar.

Pengganas komunis yang telah ditembak mati. Macam group photo pula.

Sewaktu pengganas komunis berleluasa mereka mengubahsuai pistol menjadi senapang. Selain kelihatan seperti mereka menggunakan senjata canggih di waktu itu, luncuran pelurunya itu juga boleh pergi lebih jauh disebabkan asakan bahu. Senjata ini mereka gunakan sehingga 1989. Komunis juga memotong but mereka dan dipasang semula secara terbalik untuk mengelirukan pasukan keselamatan kita. Maksudnya mereka berjalan ke hadapan tetapi kesan but mengarah ke belakang, tak ke confuse dibuek ea? Sepertimana yang kita semua tahu kerajaan Malaysia telah membuat perjanjian damai dengan komunis pada 2 Disember 1989 di Hatyai. Tan Sri Rahim Noor terlibat waktu itu.

Ada satu seksyen yang sangat menarik iatu senjata. Kita tak dibenarkan untuk mengambil gambar di kawasan ini. Ada pisau, pistol separa otomatik dan otomatik juga senapang dipamerkan di dalam ruang kaca. Walaupun ada banyak senjata tapi kesemuanya tidak boleh digunakan lagi kerana telah dimatikan, dipateri bahagian dalamnya. Tak payahlah acah John Wick nak pecah kaca kemudian tembak orang hehe...

Penggunaan senjata oleh penjenayah adakalanya terdapat beberapa perbezaan mengikut kawasan. Samseng di kawasan penempatan nelayan menggunakan ekor pari sebagai senjata ampuh. Bahagian tajam diletak racun lalu dibenamkan diantara dua rusuk mangsa dan dipatahkan. Kejam. Bila dah melekat di dalam badan kemungkinan nak jadi arwah tu sangat besar. Ada lagi satu senjata yang hujungnya berbentuk segi tiga tu kalau kena doktor boleh jahit dua bahagian je, yang satu lagi akan terbuka. Kerambit pula termasuk dalam senjata berjadual ye... dalam kes jenayah melibatkan pendatang asing banyak dijumpai kerambit ni.

Bab pistol, barulah aku tahu bahawa yang kena masukkan peluru satu persatu tu dipanggil revolver. Macam koboi. Yang masuk peluru dari bawah tu pistol otomatik. Apa eh dia panggil peluru tu... catridge ke calibre. Bebudak yang suka main game Counter Strike kenallah senjata-senjata ni semua. Teringat masa kerja di bank pertama dulu, ada seorang businessman tunjukkan pistol dia. "You mau tengok pegang la...". Tak beranilah kita wak... entah siapa ditembaknya karang tak memasal cap jari kita ada kat situ pulak.

Kalau nak tahu negara Filipina ada kilang senjata M16 yang kualitinya dikawal Amerika. Patutlah...

Ini antara ilmu baru yang aku dapat dalam lawatan ke Muzium Polis. Kalau kita pergi dengan kumpulan elok kita request guide menerangkan tentang bahan pameran. Kumpulan kami Koperal Haris dan rakan sekerjanya yang memberi penerangan. Oleh sebab aku suka dan selalu menonton crime/investigative/thriller movie memacamlah aku tanya šŸ˜ As I always suggest, please allocate two hours when visiting museum.


Muzium Polis Diraja Malaysia
5, Jalan Perdana
Tasik Perdana
50480 Kuala Lumpur

Waktu beroperasi: 
Selasa - Ahad   10 pagi - 6 petang
Jumaat              10 pagi - 12.30 tengahari & 2.30-6.30 petang

Masuk adalah PERCUMA tetapi kita digalakkan memberi sumbangan ke dalam kotak yang disediakan.


***
Pernah semasa aku membawa group trip, seorang peserta diarah membuka beg kerana kastam kata ada pistol. Terkejut kami. Rupa-rupanya.... key chain pistol hahahaha...








Post a Comment

2 Comments

  1. Seronok baca blog ni. Byk info yg berguna yg selama ni saya percaya ramai yg tak tahu.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.