Resipi berbuka puasa | Sotong bakar dengan sos pedas Thai



Resipi berbuka puasa | Sotong bakar dengan sos pedas Thai | Halluuuu.... tengah memikir apa nak masak petang nanti ke tu? 


Semalam kami plan nak berbuka puasa di kampung. Anak-anak dah balik dengan makciknya jadi tinggal kami bertiga je lah. Bujang dua orang tak nak balik sebab puasa pertama dah balik. Aku ni pula dah berjanji nak masak buttered chicken (huh, kelmarin masak creamy buttered prawn). 

Yang aku terlupa, bila tiba bulan puasa ni, orang Kuala Pilah dari seluruh pelusuk dunia akan balik ke kampung. Alangkan kucing beranak pun mereka balik inikan pula nak gather gather sekeluarga. Tu dia... baru naik ke jambatan kedua tertinggi di Malaysia dah nampak lampu brek. Jalan ke depan sikit, brek lagi. Waduh!

Aku cakap kat husband kalau selepas simpang jalan lama Bukit Putus tu masih slow juga kita patah baliklah. Sampai di simpang tu dah 6.45 petang jadi kami pun pulang ke pangkal jalan 😔 . Driver pun dok membahan, kesian... nak berbuka kat kampung katanya 😒. Hampeh betul.

Jadi selepas berkali-kali anak ajak balik (sebenarnya dia nak makan ayam mentega tu) kami balik jugalah selepas solat Tarawih.

So today, disebabkan ada seorang yang nak balik ke asrama aku masak awallah. Masak lebih untuk dia berbuka/sahur di sana nanti. Menu hari ini gulai ayam (ayam masak lemak cili api), paprik ayam dan sotong bakar dengan sos pedas Thai. Rajin kan? hmm... sepatutnya Hari Ibu ni makan kat Pine & Dine ke... Tony Romas ke... ni kena kerja juga. Ko jangan lupa belanja mama bila dah bergaji nanti kakak.

Hah jomlah prepare!


Sotong bakar dengan sos pedas Thai


Sotong - bersihkan, buang tulang, kelar badannya tapi jangan sampai putus. Bila nak berbuka nanti baru bakar sekejap. Sekejap je... lelama kang jadi liat pula.

Bahan sos
10 tangkai cili padi
2 biji bawang putih
1 sm sos tiram
2 sm sos ikan (nampla)
3 biji limau nipis - perahkan airnya
daun ketumbar - diracik
garam
gula

Cara menyediakan sos pedas Thai
Tumbuk cili padi dan bawang putih. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan, jus limau nipis, garam, gula dan daun ketumbar. Gaul sekata. Garam dan gula tu ikut kesesuaian sendirilah. Siap!








Post a Comment

0 Comments