Recents in Beach

header ads

Jenis-jenis pengangkutan awam di Bandung


Jenis-jenis pengangkutan awam di Bandung | Sesuai namanya Kota Belanja, Bandung berjaya menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk mengunjunginya saban waktu. Sering dibanjiri warga Malaysia, ia menjadi destinasi membeli-belah yang menjadi sebutan ramai wanita. Yang pernah pergi ingin mengulang, yang belum sampai meyimpan angan-angan.


Lokasi membeli-belah yang terkenal di Bandung tidaklah jauh antara satu sama lain. Factory Outlet, pusat jeans, pusat barangan kulit, pasar kaget mudah dijelajahi hanya dengan menggunakan pengangkutan awam sekiranya kita tahu di mana untuk menunggu dan di mana akan diturunkan. Yang penting, bertanya. Cuma jika mahu ke pusat penghasilan barangan kulit yang besar dan menjadi industri daerah di Garut haa... yang tu perlukan kenderaan sewa khas. Buang masa kalau naik public transport ke Garut.

Dalam reramai pengusaha van dalam friendlist ai tu takde ke yang nak sponsor ai?


Pengangkutan awam yang pelbagai
Bergerak ke sana sini menggunakan kereta/van sewa paling mudah di Bandung terutamanya jika membawa kanak-kanak dan warga tua. Nak shopping bawa budak? hmmm.... tak nak aku! hahah... biarlah dia tinggal dengan bapaknya di hotel 😁

Banyak je pilihan public transport di Bandung. Nak yang roda dua tiga atau empat semuanya ada. Di Indonesia amnya penguatkuasaan undang-undang jalan raya adalah longgar. Jarang nampak polis trafik di jalanraya. Kalau ada pun buat letih je... ramai yang tak makan saman hehee... tu yang aku rasa polis trafik kat Malaysia power betul, angkat tangan dari jauh semua kenderaan berhenti. Macam Superman, kan? 😁

Mari kita tengok pilihan yang ada.

1) Ojek/GoJek/Grab bike
Ojek adalah motorsikal teksi tradisional. Ramai yang menawarkan servis ini, asalkan ada motor dan boleh bawa penumpang. Bagusnya naik kenderaan jenis ini sebab ia lebih pantas dan boleh ikut short cut. Melawan arus pun dia boleh hehe.... seram!

Sejak ada sistem sewaan atas talian, bisnes ojek agak terjejas jugalah sampaikan bertekak kalau GoJek/Grab salah parking atau menunggu penumpang di tempat mereka. Yang ni aku nampak di Jakarta.

Bagusnya penunggang kedua-dua syarikat ni (sepatutnya) pakai helmet dan jaket yang seragam. Motor pun sepatutnya bersih dan menggunakan motor yang didaftarkan dalam sistem mereka tetapi berdasarkan pengalaman aku bebaru ni hanya trip yang pertama dan terakhir saja dapat penunggang yang mengikut spesifikasi. Yang last tu siap offer, ibu mau pakai mask? Wah, bagus betul adik tu. Lagi satu bagusnya GoJek dan Grab bike ni, each operator has the record, siapa yang ambil, dari mana menuju ke mana, motor apa... rasa lebih selamat.

Aku download kedua-dua aplikasi jadi sebelum ke mana-mana destinasi aku akan check rates for both operators. Nampaknya harga GoJek lebih 2,000 untuk ke tempat-tempat yang hendak aku tujui. Harapnya CEO GoJek saudara Nadiem Anwar Makarim buat promosi hebatlah. Kaya tau dia, yang ke-100 terkaya di Indonesia daripada 250 juta penduduk. 

Motorsikal teksi ni bagus, banyak dan pantas namun begitu harapnya tidak dibenarkan di Malaysia. Kesesakan jalanraya yang sedia ada ni pun dah tak tertanggung rasanya. Dahlah kena bayar tol berlapis-lapis.

2) Grab car

3) Teksi
Sila pilih Bluebird atau Gemah Ripah kerana menggunakan meter.

4) Beca 

5) Angkot
Owh... aku suka naik angkot. Ia sama seperti tuk tuk di Thailand. Nak naik angkot kena tahu laluan dan selalunya dia akan beritahu di mana dia akan turunkan kita. Contohnya aku nak ke Gedung Sate hari minggu, driver angkot tu beritahu dia akan turunkan di persimpangan terdekat sebab dia mengarah ke tempat lain. Aku okay je...

Ask people how much the fare before you board the angkot. Aku selalu perhatikan berapa penumpang lain bayar sebab pernah terkena orang lain bayar 5k rupiah aku kena 10k. Dahlah turunkan aku kat tengah jalan.

Lagi satu, selalunya angkot ni bila ramai penumpang baru dia gerak. Bila nak berhenti cakap, "kiri.. kiri!" .

Angkot ni akan dimasukkan penumpang sampai padat tapi during non peak hours lengang je.

6) Kereta kuda
Best kan kat tengah bandar besar pun ada kereta kuda (tetapi di tempat tertentu sajalah).

7) Basikal sewa
Stesennya di Masjid Raya Bandung.

Stesen basikal di Masjid Raya Bandung.


Itu pengangkutan di tengah kota Bandung. In between districts/cities kita boleh naik van Isuzu Elf yang dijadikan mini bus. Bas mini ini  mereka sebut "elep". Ia untuk perjalanan yang jauh sedikit (ke Jakarta pun ada).

Elf 

Selain daripada itu boleh bas, keretapi atau kapal terbang juga digunakan untuk perjalanan yang jauh. Tiket keretapi kena beli online sekarang ni. Kalau dari Malaysia beli di www.tiket.com (they will charge a minimal fee) atau download applikasi Keretapi Indonesia sesiap. Beli online dan bayar di Alfamart, Indomaret atau bank. Mudah kan?

Selepas Subuh di Stasiun Kereta Api Bandung. I always love train rides.
 sebab dapat melihat pemandangan indah seperti di bawah.











Post a Comment

1 Comments

  1. Banyak rupanya pengangkutan yang boleh digunakan kat sana. Kereta kuda tu kalau nak bersiar-siar boleh la kan.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.