Festival Songkran di Bangkok DIBATALKAN



UPDATE: Menurut Tourism Authhority of Thailand KL Office, festival tidak dibatalkan tetapi dilakukan dalam skala yang lebih kecil. Berita dibawah diambil daripada Reuters dan Astroawani pada hari terbitan. Sila rujuk Bangkok Post hari ini.


Tiada Festival Songkran di Bangkok tahun ini | Songkran disambut secara besar-besaran dan meriah selama tiga hari setiap April di Thailand, bagi menandakan permulaan tahun baru Thai.


Image result for songkran
Sumber Klook

13 April yang digelar Maha Songkran, merupakan hari terakhir tahun semasa dimana matahari bergerak ke Aries. 14 April pula ialah Wan Nao, perubahan dari tahun semasa ke tahun baru manakala Wan Taloeng Sok ialah tahun baru.

Songkran yang asalnya adalah perayaan agama kini menjadi satu acara terkenal yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang termasuk pelancong asing. Keseronokan bermain air, 'tembak-menembak' dilakukan dengan bebas tanpa rasa bimbang dimarahi. Khaosan Road dan Silom menjadi lokasi yang sangat meriah sewaktu acara tahunan ini berlansung.


Songkran Festival is now CANCELLED!
Festival Songkran, yang sering menarik perhatian pelancong antarabangsa untuk ke Bangkok hanya akan dilakukan dalam skala kecil kali ini. Majlis bandar raya telah mengeluarkan arahan tentang pembatalan penganjuran di dua lokasi utama tersebut, bermakna TIADA penganjuran rasmi oleh kerajaan atau agensinya. Penaja air serta kelengkapan menembak bagi edisi kali ini pun tiada kerana pihak berkuasa sedang giat mempersiapkan majlis pertabalan raja baharu Thailand. 

Istiadat rasmi pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Mei akan dilakukan di tengah Bangkok. Istiadat pertabalan raja akan menjadi acara besar yang akan disertai rakyat Thailand keseluruhannya. Kini pihak berkuasa Bangkok sedang menjalankan kerja-kerja berkaitan istiadat pertabalan di sekitar kawasan Khaosan, termasuk membaik pulih jalan raya dan kawasan siar kaki, mengecat bangunan dan mengemas kini kabel elektrik.

Namun tidaklah bermakna rakyat dilarang menyambut Songkran... ia masih boleh dijalankan secara kecil-kecilan tetapi peringatan telah diberikan bahawa tidak boleh menggunakan pistol air tekanan tinggi, mengambil minuman keras, mahupun mengadakan persembahan hiburan umum. Eh, tahu tak, mengikut peraturan di Thailand minuman beralkohol hanya boleh dijual pada waktu-waktu tertentu saja?

Dah sahih ye uols, festival Songkran di Bangkok tahun ini DIBATALKAN. Maka silalah naik bas/keretapi pergi ke Kanchanaburi ke.. Ayutthaya ke... Hatyai ke... kalau nak ber-Songkran juga.


**Kalau gi Bangkok nak shopping takde hal. Moh tengok tempat shopping popular di sini.








Post a Comment

0 Comments