Recents in Beach

header ads

Indonesia | Island hopping tour di Kawasan Mandeh, Padang

Eh, boleh buat island hopping ke kat Padang? Itulah yang terdetik di hati. Tak pernah dengar pun.


Betul, macam tak percaya... padahal Padang mempunyai 43 km panjang pesisir pantai. Selalu yang aku dengar kalau orang pergi Padang-Bukit Tinggi shopping je kerjanya selain melawat Istana Basa Pagaruyung. Disebabkan itulah walaupun ada tiket penerbangan semurah RM15 untuk ke sana aku belum terbuka hati untuk pergi. Tak minatlah kalau sekadar shopping jer...

Alkisahnya, ramai surfers esspecially the westerners pergi ke Pulau Mentawai atau Pulau Nias dari Padang. Mereka naik bot laju selama lima jam dari pelabuhan tertua, Pelabuhan Muara (Muaro) di kota lama Padang. Aku dah berani swim kat laut nanti bolehlah belajar main luncur air pula kot. Pelabuhan Muaro yang dibuka oleh pendatang Cina itu hanyalah untuk kapal kecil, yang lebih besar mendarat di Pelabuhan Teluk Bayur (dahulunya dikenali sebagai Emma Haven).


Pertama kali di Padang
Kami naik flight pagi dari KLIA2 dan disambut oleh Ibu Linda and team dari Bukit Tinggi Minang Wisata. Untuk lawatan kali pertama tambahan pula lokasi yang nak dilawati jejauh belaka rasanya memang sesuailah menggunakan khidmat travel agent. Kalau dari Malaysia boleh book dengan ejen berlesen macam Precitech Tours (012 3155295 / www.jomjalanjalan.com.my) yang kat Stadium Selayang tu. Kang naya je nak jimat seratus dua ratus ringit semua pakat tersadai kat airport.

Eh masa kat Batam aku ada bagi tau seorang pegawai Kemenpar yang aku dah sampai sini... dia bilang dia pun not aware tentang tempat ni. Bangga seh aku dah sampai dulu daripada dia heheh... tak pelik pun dia tak tahu sebab wilayah Indonesia tu sendiri sangat besar dengan 17,500 pulau.

Tujuan pertama kami adalah berwisata di Kawasan Mandeh. Jadi dalam perjalanan ke Dermaga Cerocok tu tour guide kami Pak Feri berceritalah tentang Padang, tentang kedatangan kaum Cina, tentang kaum Minang yang mendominasi Sumatera Barat, serba sedikit tentang sejarah, tentang bantuan Malaysia dalam pembinaan masjid tertentu, tentang sumbangan kerajaan Negeri Sembilan dalam pembinaan semula Istana Basa Pagaruyung yang terbakar dan lain-lain lagi. Nampak well versed lah Pak Feri tu selain sekali sekala buat jokes dan teka teki.

Perjalanan ke kawasan Dermaga Carocok sejauh 86km disajikan dengan hamparan hijau sawah bendang dengan bukit bukau di belakangnya. Sangat cantik, sangat damai, best! Bumbung bangunan seperti tanduk kerbau yang menjadi identiti Minangkabau terlihat di mana-mana. Sewaktu ternampak air sungai depan Masjid Mahabbatul Qulub di Siguntur aku  tu pun rasa nak mandi dah. Dah lama sangat tak tengok pemandangan macam ni.


Sawah padi di Siguntur.

Pemandangan di Dermaga Carocok, tempat menaiki bot ke kawasan Mandeh.

Setelah menghadapai perjalanan selama dua jam dua puluh minit dari Minangkabau International Airport di Padang kami bertukar ke bot pula di Dermaga Carocok. Dermaga Carocok ialah pelabuhan perikanan sebab tu banyak kapal besar berlabuh.

Sejam jugalah nak sampai ke Desa Kapo-Kapo. Bila melepasi kawasan paya bakau tu air laut surut maka kami pun terpaksa turun berjalan dalam lumpur. Mujur dah dekat. So if you nak buat trip yang sama, sebaiknya bertukar pakaian di dermaga/pelabuhan.



Desa Kapo-Kapo. Ada juga orang duduk sejauh ini ya.

Desa Kapo-kapo ni menghadap Lautan Hindi tetapi sayangnya waktu tu hujan jadi tak dapatlah nak ke tepi laut, makan tengahari dan solat je kat situ. Nak masuk sini kena bayar 5000 rupiah seorang. 

Selepas tu kami dibawa snorkeling di Pulau Mandeh. Air di kawasan tu jernih tapi ikan tak banyak sangat, mungkin salah lubuk kot... apa apapun aku enjoy mandi air laut yang bersih suci lagi menyucikan tu. Alahai jeolous betul dengan orang lain yang berenang tak pakai life vest. Bilalah nak berani ni... level swimming pool je  aku ni.. ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜•


Next, aktiviti cliff jumping di Pulau Sironjong Ketek. Sebenarnya ada dua tempat untuk terjun tapi yang lagi satu tu berarus deras. Ya rabbi seronoknya diorang terjun! Awak yang takut takut ni haa duduk je lah dalam bot rakam video. Dahlah kau reti berenang so so je kan, dengan over weight lagi... memacam aku terbayang nanti tersangkutlah,  tak timbullah hahahah... Alif kata aku banyak sangat tengok movie hahahaha.... 

Yang kanan tu bukan saya. Alahai seronoknya dia dapat dua tiga kali terjun.

Selepas tu dibawa ke Pulau Soetan pula. Ya Allah cantiknya air laut, lagi cantik dari yang tadi. Sangat jernih dan tempat kami mandi tu tiada karang. Beriya aku mandi kat sini sementara yang lelain naik banana boat. Di sini tiada resort so just for day trip only. Bawa bekal pun okay juga kalau ke sini sebab penjual di situ menjual minuman dan jajan je. Paling penting sila jaga kebersihan ya. Sayang sangat kalau tempat seindah ini menjadi tempat pembuangan sampah. Dah 2019 dah ni... takkan pemikiran mundur lagi.

5-tempat-wisata-berpetualang-di-pulau-mandeh-z7B0Vv9SQL
Sumber di sini.


Tak habis di situ... naik bot lalu hutan bakau lagi. Nun di dalam sana tersorok air terjun Sungai Gemuruh. Ya Allah syok sangat mandi air terjun tu. Kami tak naik jauh ke atas tapi kat situ pun dah best. Mandi cecelah batu dengan disiram air deras are indescribable kepuasannya. Yang tak nak mandi tu boleh lepak makan minum di kedai kecil yang ada di situ.


Air terjun Sungai Gemuruh.


Haa kena lalu di celah hutan paya bakau dulu untuk sampai ke sini. Dari laut sana tak nampak pun.

Kami akhiri percutian di Padang dengan makan malam di Pondok Ikan Bakar Cabang Khatib Sulaiman. Besar restoran ni, dua tingkat dan aku rasa semua rombongan Malaysia akan singgah makan sini.

Malam pertama ni kami checked-in di Hotel Rangkayo Basa (Orang kaya besar kah?). Dalam trip 4 hari 3 malam di Padang-Batu Sangkar-Bukit Tinggi ni aku perasan semua hotel akan memaklumkan bahawa mereka hotel syariah, yang bukan muhrim tidak boleh menginap sebilik.

Nanti kita sambung lagi.

Meh tengok video yang ai post kat IG

Image result for logo wonderful indonesia

Post a Comment

3 Comments

  1. What a good information and I really like the pictures๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  2. What a good information and I really like the pictures๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa jejalan Padang. I've never been to Padang before but mmg teringin sangat nak sampai.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.