Hotel Review | Chaba Cabana Beach Resort, Koh Samui



Hotel Review | Chaba Cabana Beach Resort, Koh Samui | Koh Samui ialah pulau yag ketiga besar di Thailand. Tidaklah besar sangat sebenarnya, kita boleh mengelilinginya dalam masa dua setengah jam sahaja. Berbeza dengan Phuket, Koh Samui lebih tenang dan sesuai untuk berehat. Turun dari kapal terbang saja pun dah boleh rasa keunikannya.


Jika dapat seat tepi tingkap kapal terbang pandanglah ke bawah, tiada pokok kelapa sawit memenuhi berkilometer radius dari lapangan terbangnya. Dari atas kita akan nampak pantai yang memutih dengan kejernihan air laut menghiasi pulau di Teluk Thai itu.

Ada lapan pantai yang popular di Koh Samui dengan Chaweng menjadi top of the list. Agak panjang jugalah pantai Chaweng ni... keluar saja dari airport kita dah berada di Chaweng area. Pantai ini landai menjadikannya tempat mandi manda yang selamat. Air lautnya sangat jernih dan suam membuatkan kita bertangguh naik ke darat.  Pokok kelapa yang tumbuh melata lagilah menjadikan pemandangan bertambah menarik.


Mengapa harus memilih Chaba Cabana?
As I said in my video kat IG tu, tahun lepas I pernah buat lawatan ke sini. Bila ke tepi pantainya terus kagum melihat air laut yang sangat jernih (terus teringat kenangan mandi-manda bersama anak-anak di Pulau Perhentian 11 tahun dulu). Kira private beach lah. Dari situ timbul impian nak bercuti di memana resort di sekitar Chaweng. Rezeki tidak pernah salah alamat. Tak sangka tahun ini dapat bercuti rehat - berehat sungguh 😁 - di Chaba Cabana Beach Resort. Syukur alhamdulillah.

Resort ini hanya 2km dari Samui International Airport, utara Chaweng. Nak ke city centre pun dekat je hanya 1.4km tapi tambang songteaw dan teksi boleh tahan gak depa caj berbanding daerah lain di Thailand. Mentang mentang pulau... Tambang shuttle bas (van) dari airport 130 baht seorang. 

Pantai Chaweng ni panjang tapi belah utara dekat resort empat lima bintang ni lebih jernih. Ia landai sehingga 100 meter ke depan. Pepagi kalau nak mandi laut kenalah pergi jauh ke sinun, petang nanti baru air sampai hingga ke tangga. Syok weh, kalau bawa anak kecil yang penakut pun boleh bagi dia mandi kat tangga tu je. Jadi sebab utama ke sini, air lautnya.

Resort ini walaupun tepi pantai tapi menghijau dengan pokok. Bila banyak pokok angin yang bertiup pun tidaklah panas membahang bila kita duduk berehat di luar bilik, terasa nyaman ditambah pula haruman bunga harum sundal malam, asyik. Baca buku pun rasa nak lelap hahah..

Ada dua swimming pool tapi pastilah yang menghadap laut menjadi tempat berendam yang awesome. Bila matahari panas mencarak berkumpullah orang dari negara sejuk di situ. Aku tak mandi kat kolam kali ni sebab dalamnya 1.6m (tinggi aku 152cm jer.... takut) dan takde kawan/life guard. I is takut okeh, kalau 1.5m boleh lagi. Takut sket sebab aku tak pandai sculling. Lagi satu pool bersebelahan lobi.

Breakfast selection boleh tahanlah, berlainan jenis dua pagi tu. Mujur ada kentang, ai suka. Lagi satu yang aku suka yogurt dimakan dengan banana in syrup. Seat pula mestilah dipilih yang memandang ke laut. Walaupun kafe tidaklah besar mana tetapi tak pernah crowded and the staffs were very attentive.

Aku tak try pun gym sebab dasar pemalas nak bersenam hahaha.... ngaku je lah kan. Kalau nak berurut spa dekat je di jalan nak keluar ke jalan besar. Kedai sewa motor pun ada. Tak jauh dari resort ni di sebelah bawah ada deretan kedai makan dan spa. Family Mart pun dekat tapi takde sandwich halal jadi silalah cari makan di tempat yang aku senaraikan ini

Kalau rajin boleh je berjalan kaki ke pusat bandar Chaweng, 1.4km je apadehal? Jika kurang rajin boleh tunggu free shuttle service yang resort sediakan pukul 12 tengahari dan 4 petang.


Bilik paling best?
Mestilah villa tepi pantai tu.... tapi bilik lain ok je, ada wifi ada air-cond cuma aku tak rasa tak puas hati sikit sebab day curtain dijahit sekali dengan curtain tebal tu. Dahlah ada bilik bertentangan, tak bolehlah nak selak langsir bagi natural lights masuk. 

Bilik airnya nampak out dated tapi ada hot shower yang power. Penting tu oih nak siram air panas kat betis memalam.

Oh ya, mereka bagi complimentary dodol. Welcome drinks mestilah ada... dua kali aku minum sebab memula tu tersilap, boleh pula pergi ke Chaba Samui hehee...




Bilik deluxe kite...




Aktiviti yang boleh dilakukan di Koh Samui
- makan
- berurut
- shopping
- main golf
- main tembak tembak dengan pistol sebenar
- menonton kabaret 😀
- melawat perkampungan nelayan, jeti ikan
- duduk saja sambil baca buku/dengar muzik/main game


Chaba Cabana Beach Resort
160 Moo 2, Chaweng Beach Road,
Bo Put, Koh Samui Suratthani, Thailand 84320
Tel: +66 (0) 77 231 350 - 9
Faks: +66 (0) 77 230 771
Emel: chaba@chabagroup.com

Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.