Thailand | Trip sehari suntuk ke Chiang Rai & Golden Triangle

Thailand | Trip sehari suntuk ke Chiang Rai & Golden Triangle | Selepas empat hari melawat tempat-tempat menarik di Chiang Mai aku meneruskan program ke Chiang Rai. Alang alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan, alang alang dah dekat kita lawatlah semua sekali supaya tiada penyesalan di dalam hati.


Ada kawan kata aku suka trip macam ni... penuh padat dalam sehari. It depends kepada lokasi yang dituju juga sebenarnya. Kalau tempat yang instagrammable, lebih sesuai jika stop lebih lama. Itu pun jika dibenarkan mengambil gambar dan video. Aku takde high expectation untuk trip ini sebab banyak juga tempat yang kami singgah. 

Hari keempat aku berpindah ke Shambala Homestay di tengah bandar Chiang Mai. Homestay ni di sebelah pasar buah tapi tak berkesempatan pun nak menjenguk sebab sibuk ke sana ke mari. Check-in malam balik dari tour pun malam. Bilik private baru 250 baht je uols... kecil tapi cukuplah untuk aku seorang. Lagipun di musim sejuk ni okay je bilik kecil supaya rasa suam suam kuku sket, takdelah mengerekot tidur.

Pakej ke Chiang Rai aku beli dari ejen lain sebab homestay aku tu jual sampai pukul enam petang je. Harga yang aku dapat 850 baht. Then aku add-on apa entah dia jadi THB1150. Yang pastinya tak book boat di Golden Triangle sebab seller tu kata sekadar pergi ke pusat jualan souvenir saja (tapi ikut juga kemudiannya 😕.... dan menyesal hukhukk..


A packed day trip to Chiang Rai
Dari Chiang Mai ke Chiang Rai mengambil masa selama 3 suku jam tapi after two hours drive kami berhenti di RnR Mae Kachan yang mana ada beberapa hot springs. Bukan sahaja di stesen bas tetapi di seberang sana pun ada. Lapaq dah masa ni sebab tak breakfast lagi. Mujur ada orang jual pisang salai.

Mae Kachan hot springs. Sempatlah nak try merebus telur di sini.

Tujuan pertama ke Wat Rong Khun (White Temple). Sampai juga akhirnya aku ke Buddhist temple yang terkenal ini. Dah selalu sangat tengok gambar orang lain tu yang rasa teringin benar nak menjejakkan kaki. Sesiapa yang minat architecture and art tu disarankan ke sini. Ramainya manusiaaaaa... kemain payah nak dapatkan clean background. Owh kat sini baru nampak seramai-ramainya pelancong China. Jangan kau lambat ambil gambar, dikuisnya.

The Wat Rong Khun direka oleh seorang artis visual terkenal Thai, Chalermchai Kositpipat, yang sebahagian besarnya menggunakan dana sendiri. Sehingga kini ia masih belum benar benar siap. Dengan langit biru musim sejuk ni, White Temple kelihatan sangat cantik dari jauh. Tengok je lah gambar di bawah ni... cantik kan?

Sebelum kita naik ke jambatan tu ada ukiran tangan manusia mengambarkan golongan yang dimasukkan ke dalam neraka. Kuil itu sendiri tak besar tetapi dilengkapi dengan beberapa bangunan lain dengan fungsi memasing. Nanti ai buat satu blog post khas ya sebab ada banyak gambar, gambar luar sahaja sebab di dalam tidak dibenarkan bergambar.



Selepas itu kami ke Thawan Ducanee's Baan Dam @ Thawan Ducanee's Black Museum. Aku tak masuk pun so cannot comment anything. Sambil menunggu yang lelain tu aku masuk ke galeri seni. Persoalannya di sini.... kenapa sclupture artist suka ukir penis? Why? Musykil gak ni. Tak terbawa zakar dek badan hahahah...



😁😁

Next, we went to Karen Village. Tak sangka makcik yang I bergambar tu seorang yang famous, pernah keluar kat magazine. Patutlah seperti pernah ku lihat. Owh sangat tak selesa memakai rantai leher yang tinggi sejengkal itu ya. Betullah kata orang, beauty is pain. Sekarang pun kanak-kanak perempuan di sini masih dipakaikan dengan rantai besi bertingkat ni. Macam manalah nak menggaru haihh..

Tak ada apa sangat di sini sekadar gerai yang dibina memanjang di kiri dan kanan menjual shawl and souvenirs. Tak beli apa apa pun sebab sebelum ke sini dah survey harga shawl di night market. Rumah mereka pun dedekat situ je siap ada parabola sebesar kawah. Rasa awkward pula sesaja nak ambil gambar mereka sedang menunggu pelanggan. Yang di bahagian luar tribe lain, Hmong kot. 


Gadis dan wanita di sini menenun selendang untuk dijual. Halus buatan tangan mereka hasil kreativiti dan berkat kesabaran. Tak sabar aku buat benda ni hehehe... Orang dedulu zaman mak ayah tok nenek kita kalau nak pilih menantu perempuan, yang pandai menjahit atau menenun kain selain pandai memasak berada di rating teratas. Sekarang ni kalau ada lagi mak pak bakal menantu lelaki yang macam tu kita nak tanya juga...

Anak lelaki puan tu solat Subuhnya pukul berapa? (ke Subuh gajah?)
Bangun sendiri ke perlu dikejutkan? (hmmm...)
Solat solat lain di awal waktu ke di hujung? (ke combine sekali dua?)
Reti memasak masakan yang ringkas tak? (survival skills kena ada, kang cucu aku makan telur kicap telur kicap je time mak dia outstation)
Nak cari tukang masak/jahit ke isteri/soulmate ? (kalau nak tukang masak kahwinkan saja dengan chef)

Eh macam macam lagilah aku nak counter attack. Gitu. 

Kan dah membebel 😁😁


Cantik budaknya. Boleh tahan cantik gegadis di sini.


Different tribe.

Kemudian sambung ke Golden Triangle pula. Pada asalnya tak nak ikut tetapi bila semua dah ikut aku pun bayar lagi 300 baht untuk ke Myanmar dan Laos. Ke Laos je sebenarnya, elok tunggu je mereka hari tu hmm..


Memula kita akan dibawa ke sebuah pulau kosong (abandon island) yang dahulunya menjadi opium trade centre. Masa itu mereka membayar dengan Thai Baht sebab nilainya lebih tinggi. Myanmar (dulu Burma) pernah menjadi pengeluar opium kedua terbesar di dunia selepas Afganistan dan hasilnya menyumbang kepada GDP. Bersama Thailand dan Laos, ketiga-tiga negara di Segitiga Emas ini pernah menghasilkan 50% daripada bekalan candu dunia pada 1990. Lapan tahun kemudian turun kepada 33%, tapi masih besar lagi jumlahnya tu. 

Hairan pula kita kenapa guide tu cakap Cina saja... kami dah pandang memandang dah sebab tak faham sepatah pun. Bila bot berpatah balik menuju ke Laos barulah English spoken tour guide mengambil alih. 

Masa dalam bot tu TG tunjukkan kasino-kasino di sebelah Laos. Di Thailand TIADA KASINO jadi kalau mereka mahu berjudi kenalah pergi ke Poipet di Cambodia atau Donsao, Laos (lokasi/negara terdekat). Tak berani ahli politik mereka melawan cakap "alim ulama" dan rakyat. Tell me agama mana yang membenarkan perjudian? Negeri antah berantah tu bagi alasan 'demi pelancong'. Logiknya dah orang datang rumah kita kenalah ikut cara kita. Dah kenapa kau nak berjudi juga kat rumah aku, kan?


Bot berhenti di jeti Laos dan kita perlu membayar 30 Baht Land Tax. Bayar je lah tapi takde nampak polis atau pegawai imigresen yang menjaga. Apa yang dibuat di sini? Takdepape...jalan je. Sama je barangannya dengan yang dijual di Thailand tapi ada satu kedai beg yang besar. Mungkin t-shirt murah sebab pelancong China memborong sakan. Rokok pun murah kot. Hati hati ya, ada yang dicukai Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia. Mereka sangat effisien tau bab cukai mencukai ni 😔. Durian pun laku. Orang China suka betul makan durian, main minta je takde tawar menawar sebab tu agaknya durian kita pun mahal.

Aku berjalan sampai ke belakang kedai macam spy hahahaha.... suspens aku bila ada mata yang memerhati. Polis ke dia? Selain deretan kedai tu takde apa pun di situ tapi langit indah, biru je.

Dansao, Laos.

Kanak-kanak yang meminta sedekah di jeti Laos. Mereka akan mengekori kita sewaktu mahu pulang. 

Pemandangan dari sebelah Thai di kala senja. Yang bertulisan merah itulah Myanmar, anak panah putih tu the abandon island, kanan Laos. Kita naik bot di jeti bawah ni kemudian pergi ke pulau terbiar tu lalu berpatah balik dan turun untuk membeli-belah di Laos. 


Golden Triangle merupakan lokasi terakhir kami. Dari sini pun dah senja dan kami sampai ke bandar Chiang Mai pukul 10 malam (dan aku kena heret beg pindah ke homestay lain dalam suhu sejuk mencengkam tu). Itulah pertama kali aku tumpang motor roda tiga OKU sebab tuktuk takde. Nasib baik panjang akal, 1.6km tu nak berjalan!  Pengalaman betul hahahaa.... 


Nota:
Lebih baik ikut muslim package (jika ada), senang nak solat dan makan.




Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free