Recents in Beach

header ads

Visit Malaysia | 1Malaysia Super Sale is back!!

Visit Malaysia | 1Malaysia Super Sale is back !! Wohoooo....berita gembira ni uols! Marilah kita bersama-sama memeriahkan shopping malls 😆😆😆

Image result for 1Malaysia Super Sale

Karnival membeli-belah tiga kali setahun yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia adalah usaha untuk menjadikan Malaysia destinasi shopping berkelas dunia untuk rakyat tempatan dan pelancong asing. Malaysia pernah berada di tempat keempat destinasi shopping terhebat tau!

Bila tu?

1 Mac - 31 Mac 2017 (block weekend cecepat)

Petang ini Menteri Pelancongan, YB. Dato’ Seri Mohammed Nazri Aziz akan merasmikan National Sales Campaign Grand Launch 2017 di KLCC. 

Sebagai rakyat marhaen yang menunggu harga murah harga runtuh harga merudum... aku akan cuba bantulah kempen ni harharharrr... aku pergi Popular je la, di SOGO pasti berlaga punggung. 

Kalau suami uols jenis tak tahan menunggu, tinggalkan dia di rumah dengan anak-anak. Kita pergi berjemaah dengan kengkawan, takdelah orang paksa kita pilih barang cecepat hahah.... Siapkan makan tengahari lengkap pencuci mulut dan kuih/pengat/roti untuk minum petang sekali. Kalau pukul tujuh nanti u rasa takkan sampai rumah lagi call dia cakap, "dinner on me tonight!" 😁😁 

Biarlah orang di rumah dan di shopping malls sama sama bahagia. Kah!


Nota penting:
Kalau nak beli emas pergi ke Kuala Pilah. Murraaaaahhhhhhh baq hang! Dalam perjalanan tu boleh berhenti makan makan makan di sini.














Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.