Recents in Beach

header ads

Thailand | Bangkok Canal Tour & Yodpiman River Walk

Thailand | Bangkok Canal Tour & Yodpiman River Walk | Bangkok yang terkenal dengan ratusan wat dan Sungai Chao Phraya juga memiliki tarikan lain yang berada di sepanjang sungai tersebut. Kebanyakannya berdekatan pusat membeli-belah dan boleh diakses dengan menggunakan penggangkutan awam darat dan air. 



Banyak sejarah berlaku di sepanjang sungai Chao Phraya termasuk menjadi saksi perpindahan ibu kotanya dari lokasi asal di Thonburi kepada yang sekarang di Rattanakosin Island. Sungai Chao Phraya bermula dipertembungan Sungai Ping dan Nan di Nakhon Sawan, mengalir sejauh 372 km melalui Bangkok dan berakhir di Teluk Thai. Dalam aliran yang panjang ini ia juga membentuk terusan (small canals or khlong) yang digunakan untuk pengairan sawah padi.




Wat Arun.


Sungai Chao Phraya juga menjadi nadi pengangkutan awam di Bangkok dengan rangkaian feri, feri seberang dan teksi air yang dipanggil longtail boat. Sebanyak 15 boat lines yang beroperasi di sungai dan terusan di Bangkok. Sungai ini juga digelar "the Venice of the east". 





THE CANAL TOUR 

Kami menaiki longtail boat dari Tha Maharaj pier. Jeti ini ada restoran, kedai dan kiosk. Kami menyelusuri sungai masuk ke terusan melalui kawasan perkampungan lama dan baru, ada rumah kayu dan batu, kecil dan mewah. Ada rumah atas daratan, ada juga yang di aur. Singgah sebentar di sebuah wat lalu memberi ikan makan. Ikan besar tu monk tak makan, sekadar buat terapi minda je. Seronok melihat ikan-ikan tu berebut roti yang kami baling. 




Bagi aku yang gemar menaiki bot ni memang puas hatilah kali ni keje turun naik bot je di Bangkok, Ampawa dan Kanchanaburi. Kat Negeri Sembilan ni mana ada bot. Nak tunggu river cruise di Sungai Kelang dan Sungai Gombak tak tahulah will be materialized ke idok. Tak tahulah projek River of Life yang sedang giat dijalankan sekarang ni di area Masjid Jamek KL tu include river cruise ke tidak.


Pemandangan sepanjang terusan sangat menarik. Melihat rumah persendirian yang siap tempat lepak dan tangga untuk turun ke bot merupakan sesuatu yang asing. Mungkin biasa bagi kengkawan yang hidup di sepanjang sungai tetapi tidak aku. Sebenarnya dahulu pengangkutan yang ada hanyalah bot tetapi apabila kerajaan menyiapkan jalanraya, kebanyakan penduduk tidak menggunakan bot persendirian lagi. Syokkan tunggu bot penambang di belakang rumah. Samalah macam menunggu bas. Best-nya lepak pepetang minum teh o sambil makan cekodok di pondok tu. 













Secara amnya, sungai dan terusan di Bangkok (juga tempat lain yang kami lawati) termasuk dalam kategori bersih walaupun airnya tidak jernih. Hundreds of boat trip dan cruise ships menggunakannya setiap hari memang takkan sungai bertukar jernih. Memang tim pembersih sungai itu ada tetapi sebenarnya culture rakyatnya sendiri yang menghargai kebersihan dan sayangkan negara itu yang lebih penting. Di Bangkok tidak ramai pendatang asing (nampak ramai di Asiatique) jadi sifat sayangkan negara itu lebih menebal. Rakyat tempatan sendiri pun pentingkan kebersihan kerana mereka amat bergantung kepada aktiviti pelancongan. Orang asing datang reramai ke negara orang apa dia kisah kotor ke apa.. dia fikir nak mencari duit semata... nak nak yang tempat asalnya sendiri pun tak berapa bersih, budaya itu jugalah yang akan dibawa ke tempat baru.



YODPIMAN RIVER WALK
Ianya bangunan perniagaan dan restoran di Bangkok lama yang menghadap Sungai Chao Praya. Lifestyle mall ini rekabentuknya diinspirasikan senibina zaman Ayutthaya. Mungkin untuk mengekalkan suasana lama Bangkok kot. Tempat paling best untuk makan dan lepak di tingkat atas. Minum petang di sini mesti best. Apa tidaknya dengan pemandangan sungai dan wat terkenal seperti Wat Arun di seberang sana, ditambah lagi dengan hembusan angin yang nyaman... tu yang order air segelas duduk tiga jam hahah... kalau kat kedai mamak berkali-kali kena jeling dah.

Still in office hour sebab tu lengang.





Di belakangnya ialah Bangkok Flower Market yang merupakan pasar bunga keempat terbesar di dunia. Ke-4! Ianya dibuka 24 jam.






 

 Sedang sibuk menyiapkan tempahan.


Sayur-sayuran turut dijual di Yodpiman Flower Market.

 Ini baru sado.










Post a Comment

0 Comments