Recents in Beach

header ads

Death Railway at Kanchanaburi | Dari Stesen River Kwai Ke Thamkra Sae

Death Railway at Kanchanaburi | Dari Stesen River Kwai Ke Thamkra Sae | Bila kita melancong ke negara orang pastilah kita hendak melawat tempat-tempat yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong. Jika ke Melaka nak tengok tinggalan kota A Famosa, ke Negeri Sembilan harus ke istana lama Seri Menanti... begitu juga ke Thailand, pelawat akan ke jambatan merentasi Sungai Kwai (the bridge on the River Kwai).








Jambatan ini mula dikenali melalui filem "The Bridge on the River Kwai" yang diterbitkan pada tahun 1957. Filem yang menjalani penggambaran di Sri Lanka ini dibintangi oleh Alec Guinness, William Holden dan Jack Hawkins. Walaupun kerajaan Thailand tidak menganugerahkan datukship kepada pelakon-pelakon ni, Kanchanaburi sangat popular okeh hinggakan aku pun terjebak sama ke sana dua tahun lepas. Gigih aku keluar bermusafir pepagi sejauh 120km ke barat Bangkok. Setiap hari ada sahaja pelancong terutamanya dari barat mengunjungi tempat ini. 


The Burma Railway/Death Railway/Burma–Siam Railway/Thailand–Burma Railway adalah landasan yang sama. Dahulunya landasan ini sepanjang 415 km (258 batu) menyambungkan Thanbyuzayat, Burma, dan Ban Pong, Ratchaburi, di Thailand. 304 km landasan di wilayah Thailand dan selebihnya di Burma. Semasa World War II tentera Jepun mengerah banduan perang (PoW) membinanya untuk mengangkut senjata api ke Burma bagi mengelakkan ancaman serangan dari laut.


Bagaimana ia dikenali sebagai Death Railway (landasan keretapi maut)?

Semasa pembinaannya terlalu ramai tentera bersekutu yang menjadi banduan perang mati akibat kekurangan zat makanan, keletihan dan siksaan tentera Jepun. Sejarah negara kita sendiri pun ada menceritakan bagaimana zalimnya tentera Jepun ini ketika menjajah dulu. 16,000 PoW mati sewaktu pembinaan landasan maut ini. Dengan perubatan yang minima kebanyakan banduan mengalami keadaan yang sangat menyedihkan sebelum kematian mereka. Mereka dipukul, melutut diatas kayu tajam sambil berjam-jam memikul bebanan dan diikat dengan kawat tajam di pokok tanpa diberi makan dan minum berhari-hari. Keadaan PoW di dalam hutan yang menyiapkan landasan ini sangat teruk, tak tergambar di fikiran waktu ini terutama di kala monsun tahun 1943. 

Kebuluran, keletihan dan wabak penyakit yang melanda pada tahun 1943 mengakibatkan produktiviti berkurangan. Untuk memastikan projek siap mengikut jadual 200,000 buruh dari Asia dibawa masuk. Buruh-buruh Melayu dari Tanah Melayu, Cina, India dan Burma ini mengalami nasib yang lebih buruk daripada PoW. Dikatakan sejumlah 150,000 maut semasa pembinaan landasan keretapi ini. Kubur-kubur mereka berada di Kanchanaburi, Chungkai (di seberang sungai kira-kira 2 km dari Kanchanaburi) dan Thanbyuzayat di Burma. Pihak tentera Jepun sedikit pun tak pedulikan kebajikan Pow dan buruh yang lain, yang penting landasan perlu disiapkan dengan segera. Uhh... mendengar cerita ni pun sesak dada. 



Pada tahun 1947 landasan ini ditutup tetapi dibuka semula pada 1957 untuk seksyen Nong Pla Duk and Nam Tok. Sekarang pun hanya sebahagian jaringan dibuka kerana kos membaiki dan penyelenggaraan yang tinggi. Keretapi ini masih berfungsi membawa penumpang dari Bangkok hingga sejauh Nam Tok. Menariknya, kita dapat melihat pemandangan ladang ubi kayu, jagung, tebu dan sayuran selain Wang Po viaduct yang memperlihatkan kehebatan kejuruteraan di waktu itu. Manual lagi tu.

Landasan maut ini adalah bukti kekejaman dan keberanian manusia. Ia juga menunjukkan kepada kita betapa bangsa Jepun ini sangat berdisiplin dalam menyiapkan sesuatu projek. By hook or by crook projek mesti siap dalam jangkamasa yang ditetapkan. Dalam negara Jepun yang besar itu ada satu bangsa saja... tak macam di negara kecil yang mempunyai negeri yang kecil-kecil berbangsa-bangsa.. Macam manalah nak kuat, banyak nau bangsa... ditambah pula bangsa baru, makin berpecah ada lah.



Bagaimana untuk ke River Kwai?

Ada boleh mengambil pakej yang ditawarkan dari Bangkok/Kanchanaburi. Naik van boleh, naik keretapi lagi syok. Buat day trip sahaja boleh, stay dua tiga hari lagi best, boleh lajak ke Hellfire Pass.

Jika memilih menaiki keretapi dari Bangkok:
Sila naik train dari Thonburi Station (juga dikenali sebagai Bangkok Noi) ke Kanchanaburi kemudian ke River Kwai Bridge Station.



 Bangkok ► Kanchanaburi & River Kwai

km
Train number:
485
257
259
0
Bangkok Thonburi (Noi) depart
-
07:45
13:55
64 km
Nakhon Pathom depart
-
09:02
15:03
82 km
Nong Pladuk junction
04:25
09:22
15:22
133 km
Kanchanaburi arrive
05:42
10:25
16:17
133km
Kanchanaburi depart
05:57
10:35
16:19
138 km
River Kwae Bridge
06:15
10:44
16:33
-
Thamkrasae Bridge
07:38
11:53
17:51
-
Wang Po
07:49
12:06
18:01
210 km
Nam Tok arrive
08:20
12:30
18:30
Sumber di sini.

Sesungguhnya Tuhan sangat memahami dan maha pemberi. Jika dua tahun lalu aku tertanya-tanya ke manakah akan dibawa sekiranya menaiki koc sebenar dari Stesen River Kwai, tahun ini telah terjawab.

Jika dahulu hanya menaiki tram menggunakan "death railway" menyeberangi River Kwai, tahun ini merasa menaiki keretapi sebenar yang bertolak dari Bangkok. Dari InterContinental Hua Hin yang serba mewah tu, kami bergerak ke Kanchanaburi seawal tujuh pagi agar tak terlepas keretapi. Keretapi ini untuk kegunaan awam jadi sesiapa yang lambat nasiblah kau kena tinggal.



Tulisan tangan je haa nombor tempat duduknya.

Setiap penumpang akan diberikan tempat duduk bernombor dalam koc kelas tiga. Aku suka third class train ni sebab senang nak ambil gambar dengan tingkap terbuka. Seperti biasalah akan ada para penjual yang mencari rezeki daripada penumpang yang ramai tu. Keretapi akan berhenti di beberapa stesen untuk mengambil dan menurunkan penumpang, melalui lengkokan di tebing bukit, sangat menarik seperti yang kita lihat dalam gambar/video.










Kami turun di Thamkra Sae dan diberi peluang bergambar di landasan maut tersebut. Tinggi weh!


Viaduct




Pengalaman yang hebat!

Harga souvenir di  Thamkra Sae lebih murah daripada Bangkok. Lagipun sesetengah design tu hanya dijual di sini sahaja. Jangan teragak-agak membeli, nanti menyesal macam aku huhuu..

Selepas makan kami checked-in di River Kwai Village Hotel. Hotel besar dalam hutan menghadap sungai. Giler best!







Post a Comment

0 Comments