A Trip To Thailand | Death Railway in Kanchanaburi



A Trip To Thailand | Death Railway in Kanchanaburi | Semalam yang memenatkan sebab selepas turun dari BTS tu berjalan kaki sikit. Asalnya nak berjalan kaki aje sampai ke hotel tapi bila tahu jauhnya 3km ke depan baik aku naik bas. Silap aku adalah tak check betul-btul train yang lalu kat situ dari airport mana. Kalau dari Survanabhumi Airport boleh turun dekat dengan hotel tu, cuma 5 minit berjalan kaki.

Rancangan hari kedua adalah ke Kanchanaburi melihat Death Railway over the River Kwai. Kali ni kena naik mini bus (van) di Victory Monument. Kumpulan anti government belum bangun lagi kot pepagi tu …lengang aje walaupun di sini diantara port favourite mereka. Dengan tambang 110 baht duduklah kita dalam van tu selama 3 jam. Jalanraya Bangkok dan keluar daerah adalah baik berturap tanpa lopak dan tampalan yang tak rata. Rezeki lagi pepagi tu dapat duduk seat depan walaupun sebenarnya dia dah reserve untuk orang lain.
Sesampai je di Kanchanaburi mulalah penjual pakej mengerumun, tengok elok elok jarak dan harga yang tertulis di pakej tu. Jangan gopoh macam aku nanti kerugian. Aku ambil pakej 3 tempat selama 3 jam yang sepatutnya dilanjutkan sebab banyak benda yang nak dilihat di muzium tu. Tu ko belum tengok rupa tuktuknya lagi hahahaaa….macam baru  lopeh poghang.

Landasan keretapi ini juga dikenali dengan nama lain seperti Burma-Siam Railway dengan panjangnya sejauh 415 km di antara Bangkok, Thailand dan Yangoon (dulu Rangoon), Burma, telah dibina semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942. Sebenarnya askar British dulu dah survey jalan ni tapi nak membuatnya melintasi sungai dan lereng bukit susah. Bila Jepun mengambil alih kuasa buat seketika dikerahnya 180,000 orang Asia dan banduan tentera bersekutu menyiapkan landasan penting ini. Akibat daripada waktu kerja yang panjang, bekerja secara manual, kurang makanan dan ubatan kira-kra 90,000 buruh paksa asia dan 12,399 bekas tentera bersekutu mati. Kalau tengok gambar diorang kesian dow... kurus kering, ada yang pakai cawat je.

Untuk merasai pengalaman menaiki keretapi merentasi River Kwai aku pun naik le keretapi di bawah ni dengan tiket 40b. Macam naik tram kat zoo pulak. Aku tak sure ada berapa trip dalam sehari, lepas trip yang aku ikut tu mereka park tram ni ke tempat lain sebab ada keretapi nak lalu. Kita akan dibawa beberapa kilometer melihat pemandangan sawah padi dan perkampungan sambil tenggelam dalam perasaan cuba merasai pengalaman mereka yang mula-mula menaiki keretapi asal. Kalau uolls nak naik keretapi yang melalui tebing bukit tu ada juga tapi di tempat lain.


 Nak berjalan kaki pun boleh sampai ke hujung sana.



Di mana ada semut di ditulah adanya gula, di mana ramai pelancong di situ jugalah orang berniaga. Aku tertarik dengan kraftangan di bawah tapi ku tawar tawar tak turun harganya jadi aku lupakan saja. Ada gajah terbang, ikan terbang, monyet terbang dan burung. Eh, memanglah burung terbang. Dipasangkan bulu ayam di belakangnya supaya ia berpusing bila ditiup angin.
.

 Yang ini pula kraftangan dari tali

 Batu permata yang terkenal di sini

Kemudian aku ke muzium perang yang terletak berdekatan. Sebenarnya ada beberapa muzium perang, yang ini agak besar juga dan banyak exhibit yang sebahagian besarnya hasil tinggalan tentera Jepun. Ruginya sekejapan saja aku di sini.




Kemudian aku ke sebuah lagi muzium perang. Yang ini rasanya lebih teratur dan direkodkan dengan baik serta mendapat sokongan dan bantuan dari pihak luar. Muziumnya tak berapa besar tapi siap dengan kemudahan untuk OKU. Di hadapannya terletak sebuah kubur askar tentera bersekutu. Kiranya kubur yang ini a must visit bagi ahli keluarga mereka.

 Tengok tu... sedang mencari-cari nama ahli keluarga. Jenuh jugaklah nak menatap satu persatu

Kebetulan terserempak dengan sebuah majlis perkahwinan. Memula kami melawan arah, oleh sebab aku nak tengok so driver pusing se-round. Berjumpa sekali lagi dalam sebuah lorong mengarah ke rumah pengantin perempuan. Sedap juga bunyi muzik kahwin di Thailand ni.


Asam jawakah?

Lebih kurang pukul 3 petang aku bertolak balik ke Bangkok. Lapar toksah ceritalah, sejak pagi cuma buah saja yang masuk ke dalam perut. Bergegas ke Hua Lamphong station untuk membeli tiket ke Pattaya esok. Sia-sia je buang tenaga, staf di information counter suruh beli keesokan harinya.

Oleh kerana petang tu free and easy so aku pun Bercadang ke Bo Bae market nak mencari baju budak kononnya. Orang pergi pasar pepagi aku pulak dah petang mana nak ada barang lagi dah, semua dah bungkus. Cuma sempat ke Bo Bae Tower (itu pun ada sebuah saja kedai yang masih buka) dan dua tiga buah kedai sekitarnya. Tak ada yang berkenan pun.... Masa nak ke sana tu memula nak naik motor taxi tapi 85 baht dimintanya huhuhuuu... mentang mentanglah kita orang asing. Naik taxi biasa baru berapa ringgit je. Masa nak balik dari sana pun sama, aku buat jual mahal je la kan sudahnya tuk tuk tu setuju dengan harga aku.Gilalah try nak mencekik!

Macam sedap jer macam sedap jerrrrr....



Tanpa arah tujuan yang pasti aku ke Si Lom berjalan-jalan. Area Si Lom ni ada banyak shopping malls. Kalau nak ke Lumphini Park ambil exit 1 di Si Lom Station. Thailand memang terkenal dengan industri hiburan dan seks. Malah industri maksiat menjadi salah satu daripada punca ekonomi Thailand. Dalam pada aku berjalan-jalan di pasar malam ternampak sebuah kedai corner lot menjual beg. Dari depan ke belakang segala jenis beg dijual. Then di bahagian dalam lorong ada kelab malam yang masih sunyi sebab belum malam lagi dengan signboard yang boleh membuatkan serban pun tanggal hihiii....ko faham kan??

Aku bertanya kepada tuan kedai beg, is this Patpong?
Yes, this is Patpong 2, Patpong 1 inside!

Hahaa... kan dah betul...patutlah gambar berbikini gesel gesel kat tiang bagai hahahh.... Patah baliklah, nak buat apa pulak aku masuk situ. Lepas tu ada orang offer massage service. Hok ni meme aku suke. Asal pergi luar negara je mesti nak cuba sebab murah. Setakat ni paling best di Bali, 100k rupiah urut dan facial, gila murah! Yang menyeramkan di Ho Chi Minh dulu. Ko kena search kalau nak tahu kenapa. Taubat den hahaha...

Mereka ni beramai-ramai panggil kita di kaki lima bangunan KFC tu tapi tempat mengurutnya di tingkat 3. Disebabkan pengalaman pahit di HCM banyaklah soalan yang aku tanya sebelum bersetuju. Walaupun aku dah pilih tukang urut perempuan, si bos lelaki ni still tanya are sure you don't want me to massage you? weiii takkan nak bagi ko urut pulak? hahahaa.... dah biasa dengan mek saleh kot.

Di sini tempatnya bagus dibuat berbilik bilik taklah setakat tirai kain saja. Tukang urutnya kurus tapi tangannya kuat macam jantan. Masa dia kat belakang aku tu aku dok fikir dia ni perempuan ke ladyboy... sakit badan aku dikepak-kepaknya. Dari perbualan singkat confirm dia perempuan. CSI lah pulak.

Daripada balik awal dan melangut di hotel aku pun naik Skytrain menghala ke Sukhumvit, area up market. Di sini ada shopping mall Terminal 21. Shopping mall lain tu tak pasti, tak berminat nak masuk. Di sekeliling kawasan ni pun penuh dengan hotel berbintang dan kondo. Ada juga peniaga makanan halal di sini. Pulut mangga siang tadi tak cukup, nak try roti pisang pulak malam ni.

Balik hotel kemas apa yang patut, esoknya akan ke Pattaya pulak. Setakat ni kesemua mode of transport dah dicuba kecuali klong.







Post a Comment

1 Comments

  1. Untung kebetulan dapat melihat ada perkahwinan orang Thailand.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.