“Women’s Journey Thailand” | Applikasi Telefon Untuk Pelancong Wanita



“Women’s Journey Thailand” | Applikasi Telefon Untuk Pelancong Wanita | Dalam usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong wanita tempatan dan asing Tourism Authority of Thailand telah mengisytiharkan Ogos sebagai "bulan untuk pengembara wanita" bersempena dengan hari kelahiran Queen Sirikit. Strategi ini ialah untuk mempromosi Thailand sebagai Destinasi Pelancongan Berkualiti.
 
TAT telah memperkenalkan lima konsep promosi sebagai inisiatif untuk menggalakkan pelancong wanita untuk mengembara di Thailand; Beautiful LOOK, Beautiful SHAPE, Beautiful RETREAT, Beautiful MIND, Beautiful EXPERIENCE, untuk memenuhi keperluan wanita yang pelbagai.
 
“Women’s Journey Thailand,” ialah satu applikasi telefon pintar yang dicipta khas untuk memudahkan para pengembara ini mengetahui tentang tawaran dan promosi serta mengatur jadual perjalanan mereka. Ia boleh dimuat turun daripada Play Store and iStore.
 
 

 
Untuk menyokong kempen ini jualan murah the Amazing Thailand Grand Sale  akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2016!

Hah, apa lagi uolsss.. lets SHOPPING!!

 

Post a Comment

0 Comments